Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Wednesday, August 17, 2011
Monday, March 14, 2011
[Gambar] Kesan Tsunami Di Jepun 2011 - Pray For Japan
Gambar diambil dari Facebook Dave Chan
p/s: Tsunami di Jepun petanda kiamat semakin hampir. Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.
Label :
Facebook,
Jepun,
Kiamat,
Maria Ozawa,
Pengajaran,
Tsunami,
Ultraman
Sunday, January 16, 2011
Jersi Bola Sepak Malaysia: Yang Mana Lagi Laku
Dah lama dah peram entri ni hari ni baru terasa nak publish. Okay berlandaskan fenomena peningkatan skuad bola sepak negara kita baru baru ini dalam kejohaan Piala Suzuki AFF 2010 yang akhirnya Malaysia muncul juara, gua berpendapat bahawa penjualan jersi juga meningkat. Itu budak sekolah pun tahu kan. Tapi yang menjadi persoalan gua ialah jersi yang mana yang menjadi pilihan.
Jersi Kuning Atau Biru
Base on the match result in AFF Suzuki Cup, skuad Hariamau Malaya mengharungi 7 perlawanan.
Perlawanan Kumpulan A
Malaysia vs Indonesia 1-5 Kalah Jersi kuning
Malaysia vs Thailand 0-0 Seri Jersi biru
Malaysia vs Laos 5-1 Menang Jersi biru
Peringkat Separuh Akhir
Malaysia vs Vietnam 2-0 Menang Jersi biru (home)
Vietnam vs Malaysia 0-0 Seri Jersi kuning (away)
Peringkat Akhir
Malaysia vs Indonesia 3-0 Menang Jersi biru (home)
Indonesia vs Malaysia 2-1 Kalah Jersi biru (away)
Jersi kuning = Kalah 1 Seri 1
Jersi biru = Menang 3 Seri 1 Kalah 1
[Ramalan]
Jadi ramalan gua ialah lebih ramai orang akan membeli jersi biru berbanding jersi kuning. Gua anggap la kan jersi biru yang dipakai waktu kejohanan ini lebih membawakan tuah kemenangan. Ini teori gua yang menyokong pembelian jersi. Bab player dan team mana lawan gua malas nak sentuh. Mungkin akan berkait tapi itu cerita lain. Cerita ni cerita jersi. Lagi satu sebab apa gua prefer jersi biru dari jersi kuning kerana pada pandangan gua jersi biru itu lebih menggambarkan negara Malaysia dan jersi kuning itu lebih menggambarkan FAM. Bukti??? Hanya pandangan gua saja.
[Keputusan]
Gua ingatkan peminat akan borong lebih kat jersi biru ni berdasarkan teori 'tuah' gua tuh. Tapi ramalan gua silap. Sebab mengikut pemerhatian, gua nampak ramai rakyat Malaysia cenderung untuk memilih jersi belang kuning hitam berbanding jersi biru. Ni pemerhatian rambang kat kawan2 yang dah beli jersi, dari gambar peminat di facebook yang pergi stadium, dan pendapat kawan2.
[Persoalan kedua]
Kenapa ini orang lebih ramai beli jersi kuning hitam dari jersi biru? Fakta ni tak semestinya betul. Gua main agak je ni.
1. Ada golongan yang dah dari turun temurun membeli jersi kuning hitam. Dari awal awal jersi kuning diperkenalkan. Zaman Mokhtar Dahari mungkin...
2. Golongan ini membeli atas faktor minat berdasarkan design jersi belang kuning hitam ini lebih menarik dan menonjol. Kata nama harimau malaya, mesti la mau nampak seperti harimau. Belang2 gitu...Auuummm!!
3. Golongan ini membeli kerana tiada pilihan kerana jersi kuning hitam je yang tinggal. Jersi biru kat semua kedai dah sold out. Faktor pengeluar juga mungkin. Stok jualan jersi kuning sengaja disediakan lebih banyak kuantitinya berbanding dengan jersi biru.
4. Golongan ini membeli jersi atas dasar jersi belang kuning hitam ini jersi tuan rumah. Dengan kata lain jersi ini boleh dianggap sebagai jersi utama negara. Ini fakta mungkin...lol
5. Golongan ini membeli sebab mengikut style kawan2 sendiri. Tengok member beli jersi malaysia rasa macam nak beli juga. Ia boleh diistilahkan juga sebagai pengaruh rakan sebaya. hahaha
6. Golongan ini dah beli jersi awal awal lagi sebelum kejohanan AFF bermula. Jadi munasabah lah tuah keputusan perlawanan tidak memainkan peranan dalam pemilihan jersi ini.
p/s: Gua sendiri pun takda jersi malaysia. Shembang je lebih..
Label :
2011,
Facebook,
FAM,
Home and Away,
Indonesia,
Jersi,
Jersi Malaysia,
Kuning atau Biru,
Laos,
Piala Suzuki AFF,
Thailand,
Vietnam
Saturday, January 15, 2011
Harimau Malaya Semakin Femes
Mentang mentang lah kebelakangan ini nama Harimau Malaya mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, FAM mengambil langkah menggantikan logo Liga Super Malaysia bagi edisi terbaru 2011.
Logo lama Malaysia Super League yang ditaja oleh Telekom Malaysia.
Perubahan ini berlaku kerana TM sendiri tidak melanjutkan program tajaan mereka.
tambahan corak Harimau dan perubahan corak bola yang menarik. Aauuuummmm...!!!
Gambar dicilok di Facebook Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM
Astro telah berjaya mendapatkan hak penjaan bersama Liga Malaysia 2011.
Hak penyiaran mungkin dikongsi antara RTM dan juga ASTRO.
Satu langkah re-branding yang tepat bagi liga tempatan.
p/s: Harap harap bila logo dah berubah ni, mutu permainan bola sepak negara kita meningkat juga. Semoga pentadbiran persatuan bola sepak negeri dan kebangsaan dapat diurus dengan teratur. Sokongan peminat Ultras Malaya pun akan bertambah. Kalau dulu kita main sepak bola, sekarang biarlah kita main bola sepak.
Label :
2011,
Annuar Musa,
ASTRO,
Facebook,
FAM,
Liga Malaysia,
Liga Perdana,
Liga Super Malaysia,
Logo baru,
MSL,
Premier League,
RTM,
Super Leagua,
TM,
Ultras Malaya
Tuesday, January 11, 2011
Fenomena dRBook, Kontroversi Buku Interlok dan Otak Manusia
Dr Rozmey buat hal lagi. Mahu buat dRbook ganti Facebook. Sumber: Facebook
Persepsi gua kata ini adalah fantasi semata mata. Saja je nak buat gempak..lol!!!
Novel Interlok hasil karya Abdullah Hussian cetus kontroversi kaum. Rujuk di sini, sini, sini dan sini
Persepsi gua kata ini novel ini menceritakan realiti sebenar. Bukan sengaja untuk memainkan api perkauman
Betullah kata Prof Bakar tentang otak manusia ni. Masing masing ada pandangan tersendiri. Beliau ibaratkan satu gelas berisi separuh air. Satu pihak kata dia nampak gelas itu ada separuh air. Manakala satu pihak lagi kata dia nampak gelas itu ada separuh udara. Dua dua jawapan tak salah kan. Mereka betul sebab mereka mengikut apa yang mereka nampak.
Samalah dengan kes Dr Rozmey, gua tak mahu menyokong dan membantah. Lantak dialah nak buat dRbook untuk ganti facebook ke hape. Semua orang boleh komen kan. Novel Interlok pun sama jugak. Gua tak pandai nak nilai novel tingkatan 5 ini berunsurkan perkauman atau tak. Bagi la yang pakar buat kerja.
So, konklusinya kita semua melihat dari mata yang sama. Apa yang membezakannya adalah perspektif dan sudut pandangnya. Tapi yang berbeza itu tak semestinya tiada titik persamaan. Terima lah segala perbezaan tu dengan ilmu dan yakin pada Yang Maha Pencipta swt.
p/s: Agak agak ada kaitan tak entri ini.
Sunday, August 15, 2010
Lagi Kes Hina Islam di Facebook
Apa nak jadi dengan budak budak zaman sekarang ni. Makin lama makin teruk perangainya, makin sewel semua. Bila dah tahap mempermainkan hukum Allah dan agama Islam ini adalah sangat berbahaya. Kemungkinan besar boleh jatuh murtad. Nauzubillah.. Moga Salleh Gregor Samsa cepat cepat sedar akan kesilapannya dan bertaubat segera.
*Klik untuk tumbesaran
Subscribe to:
Posts (Atom)

























