Mentang mentang lah kebelakangan ini nama Harimau Malaya mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, FAM mengambil langkah menggantikan logo Liga Super Malaysia bagi edisi terbaru 2011.
Logo lama Malaysia Super League yang ditaja oleh Telekom Malaysia.
Perubahan ini berlaku kerana TM sendiri tidak melanjutkan program tajaan mereka.
tambahan corak Harimau dan perubahan corak bola yang menarik. Aauuuummmm...!!!
Gambar dicilok di Facebook Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM
Astro telah berjaya mendapatkan hak penjaan bersama Liga Malaysia 2011.
Hak penyiaran mungkin dikongsi antara RTM dan juga ASTRO.
Satu langkah re-branding yang tepat bagi liga tempatan.
p/s: Harap harap bila logo dah berubah ni, mutu permainan bola sepak negara kita meningkat juga. Semoga pentadbiran persatuan bola sepak negeri dan kebangsaan dapat diurus dengan teratur. Sokongan peminat Ultras Malaya pun akan bertambah. Kalau dulu kita main sepak bola, sekarang biarlah kita main bola sepak.

