matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Jersi. Show all posts
Showing posts with label Jersi. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Happy Warriors: The Official Kelantan FA Jersey For 2011 Season

Dengan rasminya Syarikat Prabayar Happy-Digi telah menjadi penaja utama sekali gus mendapat hak sebagai title sponsor di jersi baru skuad The Red Warriors musim 2011. Di depan jersi terbaru ini akan tercatat logo 'Happy Warriors'. Happy muncul sebagai penaja terbesar dengan jumlah penajaan mencecah jutaan ringgit walaupun jumlah tepat tidak diumum. Antara penaja lain yang terlibat dalam Skuad Kelantan 2011 ialah UMBRO selaku penaja barangan sukan, Sinar Harian, Alhamra, Al Jabbar dan Yusmira. 

HAPPY ini sebenarnya samalah dengan DIGI. Bila berada di Kelantan dan Terengganu ia akan dikenali dengan nama HAPPY tapi bila lu dah keluar ini area ia akan tukar balik jadi DIGI macam biasa. Nak tahu lebih lanjut ushar kat website HAPPY dan facebook HAPPY Prepaid. Sekarang ni pun ada promosi untuk pengguna internet prabayar HAPPY di Kota Bharu kat sini. Jadi ura ura KAFA nak keluarkan Mobile Phone TRW dan Simkad TRW (rujuk di sini) boleh dianggap satu usaha yang bakal tercapai dengan penglibatan bersama syarikat Happy ini.

Home Jersi Kelantan

Away Jersi Kelantan

Gambar belakang jersi TRW 2011

Penaja di belakang jersi: Yusmira, Al Jabbar, Al Hamra, Sinar Harian

Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM

Barisan pemain The Red Warriors

Nicholas Chan bakat baru yang pernah berlatih di Cardiff City dan West Ham United

 
New Happy Warriors yang baru berusia 19 tahun

Apek happy nampak nya.

Credits to KelantanFA

p/s: Banyak sungguh penaja musim ni. Biasa la tu buat bisnes dengan bola sepak kan. Pengurusan kena pandai cari duit sendiri, baru pasukan boleh naik. Dengan hasil duit tu boleh guna untuk pembangunan bola sepak akar umbi. Klinik bola sepak lepas ni boleh dipertingkatkan bagi mencari bakat bakat muda yang baru. 

Pada masa yang sama ini boleh memasyarakatkan sukan bola sepak di negara kita di samping kebangkitan ultras masing2. Okay, jersi The Red Warriors pun dah happy, harap2 pihak pengurusan, penaja, jurulatih dan penyokong semuanya happy. Jadi main kat atas padang pun kena happy la jugak. Keputusan nanti pun mesti mau happy la ye..


Sunday, January 16, 2011

Jersi Bola Sepak Malaysia: Yang Mana Lagi Laku

Dah lama dah peram entri ni hari ni baru terasa nak publish. Okay berlandaskan fenomena peningkatan skuad bola sepak negara kita baru baru ini dalam kejohaan Piala Suzuki AFF 2010 yang akhirnya Malaysia muncul juara, gua berpendapat bahawa penjualan jersi juga meningkat. Itu budak sekolah pun tahu kan. Tapi yang menjadi persoalan gua ialah jersi yang mana yang menjadi pilihan.

Jersi Kuning Atau Biru 




Base on the match result in  AFF Suzuki Cup, skuad Hariamau Malaya mengharungi 7 perlawanan. 

Perlawanan Kumpulan A
Malaysia vs Indonesia     1-5 Kalah     Jersi kuning
Malaysia vs Thailand     0-0 Seri     Jersi biru
Malaysia vs Laos     5-1 Menang     Jersi biru

Peringkat Separuh Akhir 
Malaysia vs Vietnam     2-0 Menang     Jersi biru (home)
Vietnam vs Malaysia     0-0 Seri     Jersi kuning (away)

Peringkat Akhir
Malaysia vs Indonesia     3-0 Menang     Jersi biru (home)
Indonesia vs Malaysia     2-1 Kalah     Jersi biru (away)


Jersi kuning = Kalah 1  Seri 1
Jersi biru = Menang 3 Seri 1 Kalah 1


[Ramalan]
Jadi ramalan gua ialah lebih ramai orang akan membeli jersi biru berbanding jersi kuning. Gua anggap la kan jersi biru yang dipakai waktu kejohanan ini lebih membawakan tuah kemenangan. Ini teori gua yang menyokong pembelian jersi. Bab player dan team mana lawan gua malas nak sentuh. Mungkin akan berkait tapi itu cerita lain. Cerita ni cerita jersi. Lagi satu sebab apa gua prefer jersi biru dari jersi kuning kerana pada pandangan gua jersi biru itu lebih menggambarkan negara Malaysia dan jersi kuning itu lebih menggambarkan FAM. Bukti??? Hanya pandangan gua saja. 


[Keputusan]
Gua ingatkan peminat akan borong lebih kat jersi biru ni berdasarkan teori 'tuah' gua tuh. Tapi ramalan gua silap. Sebab mengikut pemerhatian, gua nampak ramai rakyat Malaysia cenderung untuk memilih jersi belang kuning hitam berbanding jersi biru. Ni pemerhatian rambang kat kawan2 yang dah beli jersi, dari gambar peminat di facebook yang pergi stadium, dan pendapat kawan2.


[Persoalan kedua]
Kenapa ini orang lebih ramai beli jersi kuning hitam dari jersi biru? Fakta ni tak semestinya betul. Gua main agak je ni. 

1. Ada golongan yang dah dari turun temurun membeli jersi kuning hitam. Dari awal  awal jersi kuning diperkenalkan. Zaman Mokhtar Dahari mungkin...

2. Golongan ini membeli atas faktor minat berdasarkan design jersi belang kuning hitam ini lebih menarik dan menonjol. Kata nama harimau malaya, mesti la mau nampak seperti harimau. Belang2 gitu...Auuummm!!

3. Golongan ini membeli kerana tiada pilihan kerana jersi kuning hitam je yang tinggal. Jersi biru kat semua kedai dah sold out. Faktor pengeluar juga mungkin. Stok jualan jersi kuning sengaja disediakan lebih banyak kuantitinya berbanding dengan jersi biru.

4. Golongan ini membeli jersi atas dasar jersi belang kuning hitam ini jersi tuan rumah. Dengan kata lain jersi ini boleh dianggap sebagai jersi utama negara. Ini fakta mungkin...lol

5. Golongan ini membeli sebab mengikut style kawan2 sendiri. Tengok member beli jersi malaysia rasa macam nak beli juga. Ia boleh diistilahkan juga sebagai pengaruh rakan sebaya. hahaha

6. Golongan ini dah beli jersi awal awal lagi sebelum kejohanan AFF bermula. Jadi munasabah lah tuah keputusan perlawanan tidak memainkan peranan dalam pemilihan jersi ini. 


p/s: Gua sendiri pun takda jersi malaysia. Shembang je lebih..

Friday, January 7, 2011

Gambar Pelancaran Skuad Kelantan 2011 Dan Jersi Baru

Pelancaran yang diadakan di KB Mall pada petang tadi. Nampak macam ramai je yang datang ni. Padahal kat Kelantan sekarng tengah hujan lebat dan dah ada yang banjir. Tapi semangat punya pasal kan.

Abe Ya (Sathianatahan) kekal sebagai jurulatih Kelantan bagi musim ini. Semoga berjaya mencatur permainan yang bagus walaypun ketiadaan beberapa pemain bintang.

Pemilik Kelab Cardiff City, Dato Chan Tian Ghee dan isteri. Mereka juga merupakan parent kepada Nicholas Chan, pemain baru Kelantan.  

Barisan pemain Kelantan bersama Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Muka baru yang bertenaga dan pemain yang lama yang berpengalaman memperkuatkan skuad The Red Warriors musim ini.

Peminat setia The Red Warriors. Tak kira musim hujan ko dok. Penuh sokmo. Hok tu la yang kita nak. Hidup bola sepak tempatan. Bukannya bila menang je pujian melambung lambung, bila kalah kejian sehina hinya diberikan.

Dari kiri: Piala Emas Raja Raja, Piala Malaysia, Piala Suzuki AFF. Bakal piala yang menjadi rebutan dalam masa yang terdekat ialah Piala Sumbangsih pada Januari nanti. Selamat berjaya.

 
 Skuad Kelantan dan Pengurusan bersama jersi baru 2011

Dari kiri: Nicholas Chan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), Badri Radzi (Piya), Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Rizal Fahmi Rosid.

Jersi baru kelantan 2011 mempunyai satu bintang menandakan satu piala malaysia.


Lagi berita di Kelate.Net


Thursday, December 30, 2010

Julia Perez Berjaya Kantoikan Harimau Malaya Final Kedua Piala Suzuki AFF 2010

[1] 
Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya merangkul kejuraan pertama Piala Suzuki AFF 2010. Akhirnya misi untuk mengganyang Indonesia tercapai jua. Bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno pada aksi akhir kedua dengan bekalan 3 gol selesa lantas melayakkan Harimau Malaya muncul juara dengan agregat 4-2.

Pada gua pujian harus diberikan kepada barisan pemain muda Malaysia terutamanya Khairul Fahmi Che Mat @ Apex yang banyak menafikan percubaan padu dari pasukan Garuda terutama sekali menggagalkan sepakan penalti dari Firman Utina. Apex, mu meme hebat sokmo. Kawe meme minat ko demo. Dah la umor sebaya dengan kawe, nama kita pon nak dekat sama doh hahaha.. Semoga lu main sedak dengan Kelantan musim depan dan berjaya mencapai cita2 untuk bermain di kelab Bayern Munich. Try ushar blog gewe apek. Namun ini semua hasil dari kerja sepasukan yang bekerja keras bertungkus lumus sehingga mencapai tahap ini. Tahniah pasukan Harimau Malaya.

Perancangan King Gopal memang menjadi. Setelah lebih kurang 3 tahun memimpin skuad negara walaupun sering dihantui dengan kecederaan pemain, kejayaan telah diterjemahkan dalam aksi Piala Suzuki AFF pada edisi ini. Dah la muka nak sama dengan Arsene Wenger, manager Arsenal. Tambah lagi dengan gaya rambut pun hampir serupa. Bukan setakat itu saja, pemilihan pemain muda sebagai taruhan juga ada persamaan dengan gaya Wenger yang gemar mencari bakat muda dalam pasukannya. Good job Sultan Gopal dan pasukan yang 100% bercop Malaysia.


[2]
Malam tadi gua layan final kat kedai makan dengan member sorang, adik dan sepupu gua. Memang penuh kedai tu. Siap ada lepak atas motor je. Lagi jimat , air tak yah order dah. Suasana tak yah cakap la. Memang gamat dan kecoh. Lagi lagi dengan gelagat pakcik2 kat kampung kan. Dengan semangat nak tengok bola diselang seli dengan loyar buruk orang kampung tambah menyerikan suasana. Ada saja idea mereka. Siap suruh bagi extra time 2 hari pun takpe. Yang paling tak leh blah bila setiap kali bola sampai ke kawasan penalti Malaysia, ada la sorang mak cik ni mesti bertempik kaw2 punya. Orang lain rilek je. Excited punya pasal kan.

Cameraman pun satu hal malam tadi. Nampak gatal semacam je. Sekejap2 zoom kat penyokong Indon. Orang nak tengok bola bukannya nak tengok awek Indon. VIP pun takda la zoom sangat pon. Apa daa. Dalam ramai2 tu ada la muka yang cam seperti Luna Maya dan Manohara. Gua rasa mesti cameraman ni tengah gersang cari Julia Perez yang nak pakai baju dalam berlaser konon kononnya nak hilangkan fokus player Malaysia. Mentaliti entah apa2. Lu ingat ini cerita ibu peri dan tongkat sakti ke..

[3]
Habis game member gua ajak gerak gi pasar malam wakaf che yeh. Gua layan je beb. Dia royak nak gi ushar baju sehelai dua. Apa lagi, berbekalkan kereta myvi puteh gua dan duit yang seberapa ni gua jejakkan kaki ke sana. Semangat bola punya pasal mahu cari jersi harimau malaya satu. Tak banyak kedai yang jual jersi tu. Mungkin baru keluar kot atau pun dah sold out. Pusing punya pusing ada la satu gerai ni. Gila la satu je kedai dalam banyak2 kedai kat pasar malam WCY ni. Hajatnya memang nak angkat la satu yang warna hitam kuning tu. Harga pun boleh la tahan . RM 45 dia bagi.

Kalau tengok dari jauh memang nampak cam ori. Lambang Nike di sebelah dada kiri. Dengan logo Malaysia yang tertulis ' Tanah Tumpah Darahku' kat bahagian dalam pun ada. Cop Authentic dan nombor siri kat bawah pon ada gak. Tapi rasa tak berkenan pulak nak beli.. Biarlah takda jersi pun..tapi semangat mesti mau kuat beb.. Member pulak dah tibai jersi Man City dan tshirt selai. Pergi jalan2 je la jawabnya..

[4]
Balik rumah tup2 dapat tahu Najib mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Tak happy pon sebab Kelantan dah memang cuti pon hari Jumaat. Yang lagi tak best cuti sem kali ni dah nak habis. Tinggal beberapa hari  je lagi nak bukak sem baru. Sumpah tak best yang amat.

p/s: alhamdulillah...tiada insiden kekecohan, pergaduhan dan bakar-membakar berlaku malam tadi...tahniah penyokong Red Giants, Red Warriors dan Skuad Pelanduk (sekadar menyebut beberapa)...yang penting tahniah King Gopal dan Malaysian Tigers!! majulah bola sepak untuk negara...sepandai-pandai Sang Helang terbang, disergah dek Pak Belang, akhirnya tunduk juga~

~KaramSimWayar~



Friday, November 5, 2010

Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Malaysia 2010/2011

 
Ni jersi baru Malaysia yang menggantikan jersi lama yang belang penuh kuning hitam tetapi masih mengekalkan konsep jalur keramat kuning hitam tersebut. Jersi ni bakal digunapakai  buat pertama kalinya oleh skuad Malaysia dalam cabaran Sukan Asia di Guangzhou, China minggu depan. Jersi ini dikeluarkan oleh Nike Malaysia.

Pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha memperagakan jersi baru bola sepak Malaysia. Style jugak kan design baru ni. Tapi mula mula tengok rasa macam pelik sebab dah biasa tengok corak belang hitam kuning tu. Aku ingatkan bentuk 'H' tu stand for Harimau Malaya, tapi rupamya kat tengah kosong tu ruang untuk nombor pemain.

Jersi first tu memang smart dah. Cuma yang jersi second yang warna biru tu nampak yang kurang menarik la. Warna merah putih kat lengan jersi nampak cam design lama sikit. Nak kata macam jersi Thailand pun boleh jadi. Yang ketiga itu adalah jaket. Seperti biasa ia sangatlah cool.

Barisan pemain dengan jersi baru negara semasa penyerahan Jalur Gemilang untuk skuad Sukan Asia oleh TM Pahang. Tapi tak nampak pulak jersi untuk goalkeeper. Takkan pakai design yang lama kot.

Bahagian dalam baju yang tertera tulisan "Tanah Tumpahnya Darahku" sebagai kata pembakar semangat. Tapi kalau pakai pun bukannya nampak tulisan tu sebab tulisan itu terletak di bahagian dalam baju. Kedudukannya pada gambar bendera Malaysia di bahagian depan.

Tertera di bahagian depan dada kiri. Sebelah kanan ada logo Nike. Kini sudah tiada lagi logo FAM seperti jersi yang terdahulu. Kalau dulu pakai logo FAM, sekarang pakai logo Jalur Gemilang. Tapi kebanyakan jersi kat dunia ni yang aku perasan diorang letak logo persatuan bola sepak diorang. 

Dan kat atas logo tu akan ada seberapa banyak bintang bagi pasukan yang telah menjuarai Piala Dunia. Almaklumlah Malaysia nak masuk pusingan akhir pun tak lepas, apatah lagi nak menang Piala Dunia, jadi tiada signifikan jelas perubahan logo FAM ke bendera Malaysia pada jersi yang baru diperkenalkan ini.

No siri bagi baju original yang dikeluarkan oleh Nike. Memang kantoi la nanti kalau siapa2 beli  kat  Uptown atau Golok..hehe Jersi ini akan dijual pada 8 November dengan harga RM 199. Mungkin boleh usyar kat Al-Ikhsan kot. Jersi dah style dah. Harap2 permainan pun ada style la jugak kan.

Tuesday, July 20, 2010

Haram dan Halal

Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. “Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut. “Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini. Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka. Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini. Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers