matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Stesen Bas Bandar Kota Bharu


Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) telah menyediakan perkhidmatan bas bandar dengan bayaran mengikut zon-zon yang ingin dituju. Stesen bas bandar di Kota Bharu Bandar Raya Islam terdapat di dua lokasi iaitu di Jalan Pendek dan berdekatan dengan Masjid Muhammadi (Kampung Kraftangan).

Hentian Bas di Jalan Pendek

Berdekatan dengan Parkson dan Pasar Siti Khadijah

Masa berubah, menuju pembangunan. 
Pengangkutan awam harus dipertingkatkan 

Hotlink serba merah. Sebati warna Kelantan


Friday, March 16, 2012

Sebatey Jaley Di Koto Baghu



Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, October 15, 2011

Raja + King + Sultan + Agong = ?????



"Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu". Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. "Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah". Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis"



SINAR BARU RAKYAT MALAYSIA.... "DAULAT TUANKU" & "ALLAHU AKHBAR". Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah diisytihar sebagai yang Yang Di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa 13 Disember 2011 sementara Sultan Kelantan Darul Naim, Sultan Muhammad Faris Petra diisytihar sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.


p/s: Teringat hajat yang masih belum kesampaian untuk menjejakkan kaki di Masjid Brunei di Kg Tok Uban Pasir Mas. Oghe royak ada sejaroh situ. Bilo la buleh gi agok agok..





Thursday, September 22, 2011

Ramli... Ram... Ramli...




Daripada seorang peniaga burger...
kini nama Ramli meniti di bibir rakyat Malaysia...
Dia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia... 
walaupun beliau tidak skor 9A dalam pelajarannya...

"Ramli... Ram... Ramli... 
Score his first goal for Manchester United. 
Ramli From Malaysia..." 
Dialog ni maybe akan menjadi 
kenyataan bila tahun 2100, InsyaAllah..


Monday, September 19, 2011

Ch31sea, Liver40ol dan Ars34al



Percayakah anda aksi 4 gol dalam 10 minit terakhir oleh 
The Red Warriors lagi power dari aksi penalti tak masuk Red Devils? hahaha
Dan semestinya lagi power dari aksi 2 kad merah oleh The Reds..kah kah kah
Red Giants dengan #Misi 33, tak yah cerita la kan..har har har


Kesian badi Fernando Goalles aka Fernogoal Torres


Wednesday, August 10, 2011

Hey Sekali Aku Cincang Kau 18, Baru Kau Tahu Erti PENYESALAN



p/s: sem depan wajib beli jugak..
1 gram gold bar..tak pun 10 dirham kelantan pun jadila...


Tuesday, August 9, 2011

Besero Nok Kelik Kapung Nok Gi Qaryah Ramadhan Eh


Pintu gerbang kampung ramadhan

Hiasan taman dalam qaryah

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Himpunan anak muda semasa kuliah Ustaz Azhar Idrus

Sukarelawan Green-V - Juruh juruh belako ni

Iftar berjemaah

Dalam khemah saf penuh

Solat jemaah sampai ke perkarangan stadium

Kedai kopi ala qaryah ramadhan

Sedekoh jariah sekali sekalo


Sunday, July 31, 2011

Apek Terpaksa Putus Tunang Walau Tiada Orang Ketiga



Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad. Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan. Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


p/s: Ni la bahaya kalau letak status emo kat facebook..terlalu banyak kisah diri dicanang dalam blog..ni semua ujian..gua harap lu sabar dan buat keputusan yang terbaik untuk masa depan lu sendiri.


Wednesday, June 1, 2011

Bola Kelantan & Terengganu | Rasuah

Dua perlawanan melibatkan dua gergasi bola sepak dari pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua dua pasukan ini akan bertemu antara satu sama lain dalam baki aksi liga super pada 6 Jun dan perlawanan akhir Piala FA pada 11 Jun. 

Berdasarkan kedudukan Liga Super sekarang Kelantan memiliki kelebihan gol untuk menerajui liga yang diekori rapat oleh pasukan Terengganu. Perlawanan pada 6 Jun ini bakal menentukan siapakah yang bakal menjuarai liga pada edisi kali ini.


Ada ura ura yang mengatakan perlawanan Final Piala FA telah diatur dan wujud konspirasi rasuah. Cakap cakap yang berbunyi mengatakan perlawanan akhir antara Kelantan dengan Terengganu bakal menyaksikan kemenangan akan diberi kepada pasukan Terengganu.

Sebabnya adalah sebagai hadiah kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan dari Terengganu sempena ulangtahun keputeraan Agong. Tambahan pula tahun 2011 merupakan pelengkap pada tahun kelima bagi giliran Sultan Melayu sebagai Agong.

Dan ura ura mengatakan lagi Kelantan akan mendapat takhta sebagai juara Liga Super 2011 sebagai balasan tersebut. Jelas sekali percaturan ini menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang sanggup memenuhkan stadium, memberi semangat untuk kemenangan pasukan. 

Apa apa pun bagi gua ini adalah tidak lebih sebagai salah satu perang psikologi untuk menambahkan rencah bola sepak tempatan. Dan walaubagaimanapun jika ini benar benar berlaku, ia adalah satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia secara amnya. Nak tahu betul ke tidak cakap cakap bola ini, tunggu dan tengok perlawanan liga super pada 6 Jun ini dan itu mungkin satu penentu dan bayangan kepada Final Piala FA nanti.


Thursday, May 19, 2011

Bandar Red Warriors | Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru


Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. "Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. 

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya. Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. "Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Thursday, May 5, 2011

Royal Wedding: Sultan Muhammad V



Sukanyo ambo dengar khabar berito nih.. Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Sultan Muhammad Faris Petra, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan. "Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda. [Malaysiakini: Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh]




Wednesday, April 13, 2011

Tangan Khairul Fahmi Sudah Berjejari Runcing


Aksi kurang meyakinkan buat penjaga gol kebangsaan dan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pada perlawanan Kelantan menentang Perak dalam kancah Liga Super semalam menimbulkan tanda tanya. Beliau gagal mengawal gawangnya lantas memberikan Kelantan bolos 4 gol tanpa balas. 

Pada aksi terdahulu perlawanan Kelantan bertemu T-Team, Apex juga melepaskan jumlah gol yang sama namun perlawanan tersebut tidaklah seteruk pada malam tadi. Kelantan masih mampu memberikan asakan aksi berjiran itu akhirnya berkesudahan dengan 4-3 sekaligus memihak kepada kelab dari Terengganu. 

Walaupun, beliau lantas bangkit dalam perlawanan menentang Felda United dengan penuh konsisten apabila beliau berjaya mempertahankan gawang tanpa gol bolos. Perlawanan tersebut menyaksikan The Red Warriors meledak kenduri 6 gol. 

Namun, kegagalan saudara Apex mempertahankan gawang beliau tidak boleh disalahkan 100%. Ia juga banyak bergantung kepada peranan pertahanan yang boleh dikatakan agak leka dan tidak kreatif untuk membaca permainan pihak lawan. Tetapi realitinya, prestasi sebegini sudah menjejaskan status beliau sebagai penjaga gol utama negara (Skuad Olimpik dan Skuad Senior) buat masa kini.


Apa sudah jadi dengan keeper kesayangan kita ini? Terlalu banyak populariti kah? Atau terlalu penat mengharungi perlawanan berterusan? Atau tangan beliau sudah berjejari runcing sampai nak tahan bola pun tak lekat? hehehehehee Samalah kita doakan beliau dan pasukan kembali ke top form untuk perlawanan seterusnya.


Imbasan Tajuk Akhbar Hari Ini

Berita Harian: Perak baham Red Warriors
Sinar Harian: Menang bergaya 
New Straits Times: Football: Kelantan stumble


Tuesday, February 22, 2011

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Minat Tengok Cerita Naruto Sebelum Tidur



p/s: Apek suka makan coklat sebelum game. matpek suka makan apa saja sebelum game.. :-)


Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Pertama Menjadi Seorang Gigolo



BUAT PANTUN GUNA KEYWORD SEARCH:

(Pembuka)
Pengalaman pertama menjadi seorang gigolo,
Mak datin datang sebabnya tak puas dengan suami,
Kalau dalam Raja Lawak yang berpantun ialah David Teo,
Kenapa tidak saya mencuba untuk entri kali ini.

Bola sepak Malaysia makin rancak,
Satu stadium penyokong bersorak gamat,
Penjaga gol Harimau Malaya muda lagi kacak,
Nama diberi Khairul Fahmi Che Mat.

Baju Melayu dan sampin pakaian tradisi,
Jangan dilupa capal dan tengkolok,
Baca dulu sampai habis dan kaji apa isi,
Buku kontroversi Novel Interlok.

Kalau suami peluk isteri,
Pasti tidur pun nyenyak,
Kalau nak dekat mengundi,
Pasti turun harga minyak.

Bila makan lauk ayam goreng,
Mesti saya pilih bahagian isi dan dada,
Bila bergosip artis rampas suami orang,
Mesti orang tuduh Fasha Shanda.

Semua wanita adalah cantik belaka,
Tidak kira miskin atau berada,
Paduan suara Loque bersama Atilia,
Maka terhasillah lagu dinda kanda.

Proposal research banyak tak siap lagi,
Akibatnya pensyarah sudah mula berbunyi,
Romen pandai tapi bila mengandung mulahlah lari,
Akibatnya makin banyak cerita pembuangan bayi.

Kalau padi katakan padi,
Jangan saya tertampi habuk,
Kalau jadi katakan jadi,
Jangan saya ternanti nanti dengan drbook.

Buah cempedak di atas peti,
Nampak manis lagi segar,
Cuba tengok ada apa di hujung jeti,
Rupanya seluar dalam wanita timur tepi pagar.

Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang ke daratan,
Siapa juara Piala Malaysia tahun lalu,
Sudah tentu Skuad Kelantan.

Mari kita penuhkan ilmu dalam diri,
Agar tidak nanti dipanggil jahil,
Mari kita mendaki bukit sekali lagi,
Agar tercapai melihat matahari terbit di Broga Hill.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada yang datang,
Boleh kalian komen di sini.
(Penutup)





Sunday, January 23, 2011

Happy Warriors: The Official Kelantan FA Jersey For 2011 Season

Dengan rasminya Syarikat Prabayar Happy-Digi telah menjadi penaja utama sekali gus mendapat hak sebagai title sponsor di jersi baru skuad The Red Warriors musim 2011. Di depan jersi terbaru ini akan tercatat logo 'Happy Warriors'. Happy muncul sebagai penaja terbesar dengan jumlah penajaan mencecah jutaan ringgit walaupun jumlah tepat tidak diumum. Antara penaja lain yang terlibat dalam Skuad Kelantan 2011 ialah UMBRO selaku penaja barangan sukan, Sinar Harian, Alhamra, Al Jabbar dan Yusmira. 

HAPPY ini sebenarnya samalah dengan DIGI. Bila berada di Kelantan dan Terengganu ia akan dikenali dengan nama HAPPY tapi bila lu dah keluar ini area ia akan tukar balik jadi DIGI macam biasa. Nak tahu lebih lanjut ushar kat website HAPPY dan facebook HAPPY Prepaid. Sekarang ni pun ada promosi untuk pengguna internet prabayar HAPPY di Kota Bharu kat sini. Jadi ura ura KAFA nak keluarkan Mobile Phone TRW dan Simkad TRW (rujuk di sini) boleh dianggap satu usaha yang bakal tercapai dengan penglibatan bersama syarikat Happy ini.

Home Jersi Kelantan

Away Jersi Kelantan

Gambar belakang jersi TRW 2011

Penaja di belakang jersi: Yusmira, Al Jabbar, Al Hamra, Sinar Harian

Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM

Barisan pemain The Red Warriors

Nicholas Chan bakat baru yang pernah berlatih di Cardiff City dan West Ham United

 
New Happy Warriors yang baru berusia 19 tahun

Apek happy nampak nya.

Credits to KelantanFA

p/s: Banyak sungguh penaja musim ni. Biasa la tu buat bisnes dengan bola sepak kan. Pengurusan kena pandai cari duit sendiri, baru pasukan boleh naik. Dengan hasil duit tu boleh guna untuk pembangunan bola sepak akar umbi. Klinik bola sepak lepas ni boleh dipertingkatkan bagi mencari bakat bakat muda yang baru. 

Pada masa yang sama ini boleh memasyarakatkan sukan bola sepak di negara kita di samping kebangkitan ultras masing2. Okay, jersi The Red Warriors pun dah happy, harap2 pihak pengurusan, penaja, jurulatih dan penyokong semuanya happy. Jadi main kat atas padang pun kena happy la jugak. Keputusan nanti pun mesti mau happy la ye..


Monday, January 17, 2011

KAFA Bakal Memperkenalkan Simkad Dan Phone The Red Warriors

KAFA bakal mengorak selangkah lagi dengan memperkenalkan handphone dan simkad berjenama “the red warriors”. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Tan Sri Annuar Musa di laman facebooknya.


Beliau juga berkata akan menjadikan musim ini penuh dengan tarikan bola sepak, majukan bola sepak kelantan, dan  merakyatkan bola sepak kelantan dimana semua bersatu dan meneraju persada bola sepak malaysia.Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan tentang handphone dan simkad jenama The Red Warriors ini pada 23hb Januari 2011

p/s: Idea bagus dari KAFA  dan Tan Sri Annuar Musa. Sambutan tak tahu la macam mana nanti. Jarang sekali persatuan bola buat ni. Lagi lagi di Malaysia. Agak agak Dr Rozmey tak tercabar ke? haha Sape2 nanti kasi tau DDR ek...kot2 dia nak buat jugak ke..DrPhone.. ooppsss kalah Iphone...wakakaka


Friday, January 7, 2011

Gambar Pelancaran Skuad Kelantan 2011 Dan Jersi Baru

Pelancaran yang diadakan di KB Mall pada petang tadi. Nampak macam ramai je yang datang ni. Padahal kat Kelantan sekarng tengah hujan lebat dan dah ada yang banjir. Tapi semangat punya pasal kan.

Abe Ya (Sathianatahan) kekal sebagai jurulatih Kelantan bagi musim ini. Semoga berjaya mencatur permainan yang bagus walaypun ketiadaan beberapa pemain bintang.

Pemilik Kelab Cardiff City, Dato Chan Tian Ghee dan isteri. Mereka juga merupakan parent kepada Nicholas Chan, pemain baru Kelantan.  

Barisan pemain Kelantan bersama Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Muka baru yang bertenaga dan pemain yang lama yang berpengalaman memperkuatkan skuad The Red Warriors musim ini.

Peminat setia The Red Warriors. Tak kira musim hujan ko dok. Penuh sokmo. Hok tu la yang kita nak. Hidup bola sepak tempatan. Bukannya bila menang je pujian melambung lambung, bila kalah kejian sehina hinya diberikan.

Dari kiri: Piala Emas Raja Raja, Piala Malaysia, Piala Suzuki AFF. Bakal piala yang menjadi rebutan dalam masa yang terdekat ialah Piala Sumbangsih pada Januari nanti. Selamat berjaya.

 
 Skuad Kelantan dan Pengurusan bersama jersi baru 2011

Dari kiri: Nicholas Chan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), Badri Radzi (Piya), Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Rizal Fahmi Rosid.

Jersi baru kelantan 2011 mempunyai satu bintang menandakan satu piala malaysia.


Lagi berita di Kelate.Net


previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers