matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �
Showing posts with label KOSMO. Show all posts
Showing posts with label KOSMO. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Tangan Khairul Fahmi Sudah Berjejari Runcing


Aksi kurang meyakinkan buat penjaga gol kebangsaan dan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pada perlawanan Kelantan menentang Perak dalam kancah Liga Super semalam menimbulkan tanda tanya. Beliau gagal mengawal gawangnya lantas memberikan Kelantan bolos 4 gol tanpa balas. 

Pada aksi terdahulu perlawanan Kelantan bertemu T-Team, Apex juga melepaskan jumlah gol yang sama namun perlawanan tersebut tidaklah seteruk pada malam tadi. Kelantan masih mampu memberikan asakan aksi berjiran itu akhirnya berkesudahan dengan 4-3 sekaligus memihak kepada kelab dari Terengganu. 

Walaupun, beliau lantas bangkit dalam perlawanan menentang Felda United dengan penuh konsisten apabila beliau berjaya mempertahankan gawang tanpa gol bolos. Perlawanan tersebut menyaksikan The Red Warriors meledak kenduri 6 gol. 

Namun, kegagalan saudara Apex mempertahankan gawang beliau tidak boleh disalahkan 100%. Ia juga banyak bergantung kepada peranan pertahanan yang boleh dikatakan agak leka dan tidak kreatif untuk membaca permainan pihak lawan. Tetapi realitinya, prestasi sebegini sudah menjejaskan status beliau sebagai penjaga gol utama negara (Skuad Olimpik dan Skuad Senior) buat masa kini.


Apa sudah jadi dengan keeper kesayangan kita ini? Terlalu banyak populariti kah? Atau terlalu penat mengharungi perlawanan berterusan? Atau tangan beliau sudah berjejari runcing sampai nak tahan bola pun tak lekat? hehehehehee Samalah kita doakan beliau dan pasukan kembali ke top form untuk perlawanan seterusnya.


Imbasan Tajuk Akhbar Hari Ini

Berita Harian: Perak baham Red Warriors
Sinar Harian: Menang bergaya 
New Straits Times: Football: Kelantan stumble


Tuesday, April 12, 2011

KOSMO dan Spin Tajuk



Gua dah tertipu. Gua baru baca tajuk dah rasa bangga. Tengok2 tajuk tu sekadar penyedap berita saja. Faktanya lain. Hampeh, gua dah kena spin kali ni. Nasib baik tak pengsan lagi. Tajuk memang main peranan untuk orang baca apa isinya dan ternyata KOSMO memang hebat spin tajuk..hahahahha Lenkali letak la tajuk "KL Bandar Raya ke-20 Terbaik Dunia 2021" baru la betul. Aduyaiii..


Sunday, April 3, 2011

Surat Khabar - Coretan Ringkas

Tadi gua lepak breakfast sorang2 kat BNS Maju Curry House Puncak Alam..cewwaahh nama bukan main tapi servis hampeh nak mampus..hahahha. Gua lepak kat situ dari pukul 9.30 pagi. Agak2 dalam 20 minit jugak la duk kat situ. Dek keseorangan dan takda benda nak buat selain makan, gua saja la perhatikan jenis paper yang dibaca oleh manusia Puncak Alam nih. Hasilnya adalah:

Kosmo - 1 naskah
Sinar Harian - 1 naskah
Berita Harian - 2 naskah
Utusan Malaysia - 2 naskah
The Star - 2 naskah
Metro Ahad - 7 naskah

 p/s: Tak pasti kenapa paper Metro ramai yang beli?
Pembaca setiakah? Harga murahkah?
Banyak informasi bergunakah?
Santapan paling ideal bersama teh tarik dan roti canai kah?
Papepun bacalah apa saja kerana itu hak anda.
Pebarang baca Harakah, Suara Keadilan bagai..Metro tetap dihati kami..hahahhaha

Antara paparan muka depan Metro Ahad edisi 3 April 2011

p/s/s: Ana bukan unta...hahahaha Jom buat kerja!!!!


Sunday, March 13, 2011

KOSMO dan Ratu Porno



p/s: Hampeh punya paper sampai berita pasal Maria Ozawa ni pun nak disensasikan. Dah takda berita lain ke nak digunakan sampai terdesak promosi camnih. Taulah miyabi sorang ni hot. Hahahahahahahaha


Thursday, March 3, 2011

Proton Kerjasama Dengan Nissan Selepas Mitsubishi


Sumber: KOSMO


p/s: Apakah model kenderaan generasi akan datang itu? Mungkinkah kerjasama Proton dan Nissan ini dimulakan dengan pengeluaran model gantian Perdana yang mengunakan platform dari model Nissan Fuga. (Pernah ditulis di sini). Kalau itu macam, ini sudah bagus. 


Nissan Fuga, Ihsan dari Google

p/s/s: Tak sabar nak tunggu Proton keluar model yang guna platform Nissan GTR. Kalau tak mampu dan sesuai dengan pasaran Malaysia, boleh cuba platform model Nissan Silvia ke atau pilihan lain Nissan Fairlady pun boleh.  Mesti smart kan..hahahaha.


previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers