matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Proton Perdana. Show all posts
Showing posts with label Proton Perdana. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Proton Kerjasama Dengan Nissan Selepas Mitsubishi


Sumber: KOSMO


p/s: Apakah model kenderaan generasi akan datang itu? Mungkinkah kerjasama Proton dan Nissan ini dimulakan dengan pengeluaran model gantian Perdana yang mengunakan platform dari model Nissan Fuga. (Pernah ditulis di sini). Kalau itu macam, ini sudah bagus. 


Nissan Fuga, Ihsan dari Google

p/s/s: Tak sabar nak tunggu Proton keluar model yang guna platform Nissan GTR. Kalau tak mampu dan sesuai dengan pasaran Malaysia, boleh cuba platform model Nissan Silvia ke atau pilihan lain Nissan Fairlady pun boleh.  Mesti smart kan..hahahaha.


Wednesday, January 5, 2011

Inspira Mampu Ganti Perdana Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan


Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan. Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed berkata, cadangan itu sudah dihantar kepada kerajaan dan kini terpulang kepada kerajaan memilih model Proton yang sesuai.

"Dengan adanya model Proton Inspira 2.0 CVT (Transmisi Penghantaran Berubah Berterusan), ia boleh menggantikan model Perdana standard kerana ia lebih murah walaupun mempunyai kelajuan yang sama. Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber: Kosmo

p/s: Satu cadangan yang bagus. Secara pandangan kasar gua (tiada fakta di sini) terhadap Proton Inspira ini, jualannya tidak memberansangkan. Satu sebab mungkin masih terlalu awal dalam tempoh pelancarannya. Sebab kedua 'abangnya' Mitsubishi Lancer sudah ada peminatnya sendiri. Jadi persaingan dan mentaliti pengguna masih sukar dikikis yang mana Inspira ini hanya rebagde model Lancer. Tiada value di situ. Sebab ketiga, harga minyak sudah naik. Orang malas fikir nak beli kereta mahal mahal, pakai Saga FL pun cukup..hahaha

Bagi gua kerajaan harus nilai dan terima cadangan Proton. Salah satu sebab ia boleh menguntungkan syarikat Proton sendiri dan memulihkan imejnya. Dengan itu dapatlah cover jualan Inspira yang tak seberapa ni. Sebab kedua memandangkan Proton sendiri juga sudah memberhentikan pengeluaran baru model Proton Perdana standard, ini adalah salah satu pilihan mengapa Inspira perlu mengambil alih Perdana. Sebab ketiga, mengikut paper Kosmo ia lagi murah. 

previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers