matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts
Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Surat Khabar - Coretan Ringkas

Tadi gua lepak breakfast sorang2 kat BNS Maju Curry House Puncak Alam..cewwaahh nama bukan main tapi servis hampeh nak mampus..hahahha. Gua lepak kat situ dari pukul 9.30 pagi. Agak2 dalam 20 minit jugak la duk kat situ. Dek keseorangan dan takda benda nak buat selain makan, gua saja la perhatikan jenis paper yang dibaca oleh manusia Puncak Alam nih. Hasilnya adalah:

Kosmo - 1 naskah
Sinar Harian - 1 naskah
Berita Harian - 2 naskah
Utusan Malaysia - 2 naskah
The Star - 2 naskah
Metro Ahad - 7 naskah

 p/s: Tak pasti kenapa paper Metro ramai yang beli?
Pembaca setiakah? Harga murahkah?
Banyak informasi bergunakah?
Santapan paling ideal bersama teh tarik dan roti canai kah?
Papepun bacalah apa saja kerana itu hak anda.
Pebarang baca Harakah, Suara Keadilan bagai..Metro tetap dihati kami..hahahhaha

Antara paparan muka depan Metro Ahad edisi 3 April 2011

p/s/s: Ana bukan unta...hahahaha Jom buat kerja!!!!


Sunday, January 23, 2011

Happy Warriors: The Official Kelantan FA Jersey For 2011 Season

Dengan rasminya Syarikat Prabayar Happy-Digi telah menjadi penaja utama sekali gus mendapat hak sebagai title sponsor di jersi baru skuad The Red Warriors musim 2011. Di depan jersi terbaru ini akan tercatat logo 'Happy Warriors'. Happy muncul sebagai penaja terbesar dengan jumlah penajaan mencecah jutaan ringgit walaupun jumlah tepat tidak diumum. Antara penaja lain yang terlibat dalam Skuad Kelantan 2011 ialah UMBRO selaku penaja barangan sukan, Sinar Harian, Alhamra, Al Jabbar dan Yusmira. 

HAPPY ini sebenarnya samalah dengan DIGI. Bila berada di Kelantan dan Terengganu ia akan dikenali dengan nama HAPPY tapi bila lu dah keluar ini area ia akan tukar balik jadi DIGI macam biasa. Nak tahu lebih lanjut ushar kat website HAPPY dan facebook HAPPY Prepaid. Sekarang ni pun ada promosi untuk pengguna internet prabayar HAPPY di Kota Bharu kat sini. Jadi ura ura KAFA nak keluarkan Mobile Phone TRW dan Simkad TRW (rujuk di sini) boleh dianggap satu usaha yang bakal tercapai dengan penglibatan bersama syarikat Happy ini.

Home Jersi Kelantan

Away Jersi Kelantan

Gambar belakang jersi TRW 2011

Penaja di belakang jersi: Yusmira, Al Jabbar, Al Hamra, Sinar Harian

Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM

Barisan pemain The Red Warriors

Nicholas Chan bakat baru yang pernah berlatih di Cardiff City dan West Ham United

 
New Happy Warriors yang baru berusia 19 tahun

Apek happy nampak nya.

Credits to KelantanFA

p/s: Banyak sungguh penaja musim ni. Biasa la tu buat bisnes dengan bola sepak kan. Pengurusan kena pandai cari duit sendiri, baru pasukan boleh naik. Dengan hasil duit tu boleh guna untuk pembangunan bola sepak akar umbi. Klinik bola sepak lepas ni boleh dipertingkatkan bagi mencari bakat bakat muda yang baru. 

Pada masa yang sama ini boleh memasyarakatkan sukan bola sepak di negara kita di samping kebangkitan ultras masing2. Okay, jersi The Red Warriors pun dah happy, harap2 pihak pengurusan, penaja, jurulatih dan penyokong semuanya happy. Jadi main kat atas padang pun kena happy la jugak. Keputusan nanti pun mesti mau happy la ye..


previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers