matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Phone TRW. Show all posts
Showing posts with label Phone TRW. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Happy Warriors: The Official Kelantan FA Jersey For 2011 Season

Dengan rasminya Syarikat Prabayar Happy-Digi telah menjadi penaja utama sekali gus mendapat hak sebagai title sponsor di jersi baru skuad The Red Warriors musim 2011. Di depan jersi terbaru ini akan tercatat logo 'Happy Warriors'. Happy muncul sebagai penaja terbesar dengan jumlah penajaan mencecah jutaan ringgit walaupun jumlah tepat tidak diumum. Antara penaja lain yang terlibat dalam Skuad Kelantan 2011 ialah UMBRO selaku penaja barangan sukan, Sinar Harian, Alhamra, Al Jabbar dan Yusmira. 

HAPPY ini sebenarnya samalah dengan DIGI. Bila berada di Kelantan dan Terengganu ia akan dikenali dengan nama HAPPY tapi bila lu dah keluar ini area ia akan tukar balik jadi DIGI macam biasa. Nak tahu lebih lanjut ushar kat website HAPPY dan facebook HAPPY Prepaid. Sekarang ni pun ada promosi untuk pengguna internet prabayar HAPPY di Kota Bharu kat sini. Jadi ura ura KAFA nak keluarkan Mobile Phone TRW dan Simkad TRW (rujuk di sini) boleh dianggap satu usaha yang bakal tercapai dengan penglibatan bersama syarikat Happy ini.

Home Jersi Kelantan

Away Jersi Kelantan

Gambar belakang jersi TRW 2011

Penaja di belakang jersi: Yusmira, Al Jabbar, Al Hamra, Sinar Harian

Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM

Barisan pemain The Red Warriors

Nicholas Chan bakat baru yang pernah berlatih di Cardiff City dan West Ham United

 
New Happy Warriors yang baru berusia 19 tahun

Apek happy nampak nya.

Credits to KelantanFA

p/s: Banyak sungguh penaja musim ni. Biasa la tu buat bisnes dengan bola sepak kan. Pengurusan kena pandai cari duit sendiri, baru pasukan boleh naik. Dengan hasil duit tu boleh guna untuk pembangunan bola sepak akar umbi. Klinik bola sepak lepas ni boleh dipertingkatkan bagi mencari bakat bakat muda yang baru. 

Pada masa yang sama ini boleh memasyarakatkan sukan bola sepak di negara kita di samping kebangkitan ultras masing2. Okay, jersi The Red Warriors pun dah happy, harap2 pihak pengurusan, penaja, jurulatih dan penyokong semuanya happy. Jadi main kat atas padang pun kena happy la jugak. Keputusan nanti pun mesti mau happy la ye..


Monday, January 17, 2011

KAFA Bakal Memperkenalkan Simkad Dan Phone The Red Warriors

KAFA bakal mengorak selangkah lagi dengan memperkenalkan handphone dan simkad berjenama “the red warriors”. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Tan Sri Annuar Musa di laman facebooknya.


Beliau juga berkata akan menjadikan musim ini penuh dengan tarikan bola sepak, majukan bola sepak kelantan, dan  merakyatkan bola sepak kelantan dimana semua bersatu dan meneraju persada bola sepak malaysia.Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan tentang handphone dan simkad jenama The Red Warriors ini pada 23hb Januari 2011

p/s: Idea bagus dari KAFA  dan Tan Sri Annuar Musa. Sambutan tak tahu la macam mana nanti. Jarang sekali persatuan bola buat ni. Lagi lagi di Malaysia. Agak agak Dr Rozmey tak tercabar ke? haha Sape2 nanti kasi tau DDR ek...kot2 dia nak buat jugak ke..DrPhone.. ooppsss kalah Iphone...wakakaka


previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers