Showing posts with label Tuanku Faris. Show all posts
Showing posts with label Tuanku Faris. Show all posts
Friday, May 6, 2011
Thursday, May 5, 2011
Royal Wedding: Sultan Muhammad V
Sukanyo ambo dengar khabar berito nih.. Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Sultan Muhammad Faris Petra, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan. "Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda. [Malaysiakini: Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh]
Saturday, October 9, 2010
Sekitar Majlis Sembelih Lembu Oleh Sultan Muhammad Ke-V Tuanku Faris Petra di Masjid Muhammadi
Program ini adalah bersempena dengan Keputeraan Tuanku Al Sultan Kelantan yang baru. Telah dilangsungkan di perkarangan masjid kesayangan Baginda iaitu di Masjid Muhammadi sebelum solat Jumaat. Lebihan lembu yang lain akan diedarkan mengikut kawasan yang terlibat untuk rakyat miskin. Gambar disediakan oleh Abe Uji @ Topeng Perak Unmasked.
Label :
Kelantan,
Masjid,
Raja,
Tuanku Faris
Friday, October 8, 2010
Sultan Kelantan berkenan agih 99 ekor lembu
KOTA BHARU, 7 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berkenan mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh negeri pada 8 Oktober untuk diagihkan kepada rakyat miskin sempena dengan Keputeraan Tuanku Al-Sultan.
Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata bersempena dengan keputeraan itu, program berbentuk keagamaan dan kebajikan diatur Pejabat Sultan Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan ketua jajahan di negeri ini.
Katanya, pada pagi esok (8 Oktober), baginda akan menyembelih sendiri lembu di Masjid Muhammadi sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut sementara lembu-lembu yang lain akan diedarkan kepada ketua-ketua jajahan untuk diagihakan kepada sekalian rakyat jelata.

Tuanku sedang menyembelih seekor lembu sempena acara korban tahun lepas
p/s; Inilah yang dikatakan ketua agama yang sejati dunia akhirat seimbang sama rata.... Ahamdulillah.. Ya Allah Ya Tuhanku Kau panjangkan umur Tuanku, murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan pentadbiran negeri bawah naungan baginda. Amin!! Rasa berkenan benar bila tengok Tuanku pakai jubah bila ada majlis. Siap pakai kopiah putih lagi tu. Jarang sekali nak jumpa sultan yang macam ni. Senanngnya hati melihat Baginda. Allahu Akbar!!
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadith Riwayat al-Baihaqi).
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadith Riwayat al-Baihaqi).
Label :
Kelantan,
Raja,
Tuanku Faris
Monday, September 20, 2010
Gua bangga dan gembira dapat sultan baru. Dari "DAULAT TUANKU" ke "ALLAHU AKBAR"
Hari raya tahun cukup bermakna bagi rakyat negeri Kelantan. Bukan saja dapat menyambut Aidil Fitri dengan meriah tetapi mendapat seorang Sultan yang baru. Tuanku Muhammad Faris Petra jelas sekali menujukkan beliau seorang yang mementingkan keagamaan memandangkan Baginda sudah dididik dengan pelajaran agama oleh ulamak sejak dari kecil. Permasyhuran Baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya yang gering memberi sinar baru pemerintahan beraja di negeri ini. Sejak memangku jawatan Sultan Kelantan sebelum, rakyat jelata memang senang hati dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ketua negeri yang berjiwa rakyat dan kuat beragama.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata. Pada hari Jumaat 17hb. September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.
Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan). Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.
Patik sebagai rakyat Kelantan mendoakan Tuanku dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan terus menyinari syiar Islam di bumi Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)