Showing posts with label Raja. Show all posts
Showing posts with label Raja. Show all posts
Friday, May 6, 2011
Thursday, May 5, 2011
Royal Wedding: Sultan Muhammad V
Sukanyo ambo dengar khabar berito nih.. Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Sultan Muhammad Faris Petra, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan. "Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda. [Malaysiakini: Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh]
Tuesday, November 2, 2010
Kelantan : Antara Kamu Suka Atau Benci
Kehangatan Final Piala Malaysia 2010 belum lagi reda walaupun perlawanan antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan ini sudah berakhir yang menyaksikan The Red Warriors mucul sebagai pemenang dengan mengalahkan skuad Hoben Jang Hoben dengan jaringan 2-1.
Banyak blog dan artikel yang menyiarkan analisis dan kupasan mereka tentang kejayaan pasukan Kelantan yang pertama kali menjulang Piala Malaysia sejak tahun 1921. Kata kata tahniah dan penghargaan diucapkan terhadap semua pihak yang bersungguh sungguh menjadikan impian ini sebgai satu kenyataan.
Kata kata sinis seperti "Negeri Sembilan kasi menang kat Kelantan tahun ni sebab kami tak sanggup tengok ada kerusi stadium dibakar lagi". Ia ucapan biasa saja tapi kadang2 ia boleh menjadi sebagai provokasi yang boleh mencetuskan kemarahan budak2 Kelantan. Itu tak termasuk lagi dengan kata2 yang jelas menghina penyokong Kelantan di laman facebook. Sila jenguk juga kupasan sahabat gua di sini.
Bila anda bercerita tentang bola sepak di Malaysia sekarang, hakikat yang harus anda terima ialah pasukan Kelantan merupakan pasukan mempunyai penyokong yang paling bersemangat dan setia sekaligus memeriahkan arena bola sepak di negara kita. Kehadiran penyokong The Red Warriors meninggalkan populariti The Red Giants selama ini.
Fakta yang wajib anda tahu sebelum mahu mengkritik ialah Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang berjaya mencatatkan kehadiran antara 20000 hingga 25000 (kapasiti maksimum ialah 25000) untuk semua perlawanan home di stadium keramat Stadium Sultan Mohd IV di Kota Bharu pada musim ini.
Dan rata rata perlawanan penyokong The Red Warriors mampu mencapai kehadiran melebihi sebahagian besar pasukan tuan rumah di tempat lawan. Satu pencapaian yang susah dicapai bagi pasukan lain buat masa ini.
Rekod untuk tahun lepas dilaporkan bahawa KAFA telah menyumbang sebanyak RM2.4 juta ke dalam kantung poket FAM, secara langsung atau tidak langsung. Hasil tersebut adalah melalui kutipan jualan tiket, bayaran levi tahunan dan juga termasuk denda kerosakan.
Dan pada musim ini, ulangan final Piala Malaysia antara sang Kijang dan Rusa di Bukit Jalil pada hari Sabtu lepas menarik perhatian dengan hasil jualan tiket sebanyak lebih daripada 90,000 di Bukit Jalil. Lautan merah memenuhi stadium dengan kehadiran 60000. Dianggarkan bahawa FAM berjaya mengumpul sebanyak RM2.8 juta hasil dari jualan tiket sahaja. Dan KAFA, disahkan menjadi penyumbang tertinggi untuk FAM dalam aspek pendapatan.
Jadi anda nilailah sendiri di mana tempat pasukan anda. Sejauh manakah pasukan negeri anda mampu menarik penyokong ke stadium masing2 pada setiap perlawanan. Yang jelas mengikut pengalaman sebagai anak Kelantan dapat gua simpulkan tak semua yang pergi tengok bola tu orang berduit. Mereka hanyalah orang kebanyakan saja malah ada dari golongan petani dan kerja kampung. Tapi disebabkan kesetiaan tinggi mereka terhadap pasukan negeri, tiada alasan mereka untuk ke stadium.
Bukan perangai gua untuk mendabik dada dengan semangat kenegerian tapi ini hakikat yang ramai tak faham. Kami mengakui kami pernah melakukan kesilapan. Tapi bukan semua yang bersifat demikan. Disebabkan hanya segelintir penyokong Kelantan yang bertindak ganas, semua yang kena. Itu jelas tidak adil. Bagi gua orang Kelantan ini simple saja, "kalau lu orang tak kacau (sensitiviti) kami, kami takkan saja2 nak cari pasal" hehe... Dah memang nasib orang Kelantan selalu dikutuk, tapi sabar itu ada hadnya.
Gua harap kita semua dapat hidup dengan penuh harmonis dan jauhilah segala sentimen dan prejudis. Buat pasukan Kelantan sekalung tahniah sekali lagi diucapkan atas kejayaan ini. Piala Malaysia ini khas untuk pertabalan DYMM Sultan Muhammad Ke V dan 20 Tahun pemerintahan TG Nik Aziz.
p/s: Letih weh taip entri ni...panje nok mapus..hahaha

Listen
Read phonetically

Monday, October 18, 2010
Pengisytiharan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Selaku Tengku Mahkota Kelantan
RSukacita dimaklumkan bahawa sekitar jam 9.00 pagi esok, 18 Oktober 2008 (Isnin), Majlis Perajaan Negeri Kelantan dijangka akan melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Majlis Perajaan Negeri Kelantan, di dalam mesyuaratnya itu, dijangka akan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Tuanku Faris dan Tengku Fa-Iz serta Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Dengan jangkaan terpilih dan terlantiknya Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, yang menyandang gelaran Tengku Bendahara Kelantan mulai dari tarikh 30 Mac 1989, selaku Tengku Mahkota Kelantan ini maka akan lengkaplah dan akan sukar digugatlah sistem pewarisan takhta dalam institusi kesultanan Kelantan.
Pemilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada mana-mana pihak pun memandangkan kepada hubungan teramat akrab yang sedia terjalin di antara Baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, selama ini.
Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, selaku seorang yang berpendidikan tinggi, juga adalah seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip dan yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada kakanda Baginda.
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua perisytiharan ini dijangka akan diberikan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 3.00 petang esok, 18 Oktober 2008 (Isnin).
Allahu Akbar.
Baca lanjut di sini.
Saturday, October 9, 2010
Sekitar Majlis Sembelih Lembu Oleh Sultan Muhammad Ke-V Tuanku Faris Petra di Masjid Muhammadi
Program ini adalah bersempena dengan Keputeraan Tuanku Al Sultan Kelantan yang baru. Telah dilangsungkan di perkarangan masjid kesayangan Baginda iaitu di Masjid Muhammadi sebelum solat Jumaat. Lebihan lembu yang lain akan diedarkan mengikut kawasan yang terlibat untuk rakyat miskin. Gambar disediakan oleh Abe Uji @ Topeng Perak Unmasked.
Label :
Kelantan,
Masjid,
Raja,
Tuanku Faris
Friday, October 8, 2010
Sultan Kelantan berkenan agih 99 ekor lembu
KOTA BHARU, 7 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berkenan mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh negeri pada 8 Oktober untuk diagihkan kepada rakyat miskin sempena dengan Keputeraan Tuanku Al-Sultan.
Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata bersempena dengan keputeraan itu, program berbentuk keagamaan dan kebajikan diatur Pejabat Sultan Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan ketua jajahan di negeri ini.
Katanya, pada pagi esok (8 Oktober), baginda akan menyembelih sendiri lembu di Masjid Muhammadi sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut sementara lembu-lembu yang lain akan diedarkan kepada ketua-ketua jajahan untuk diagihakan kepada sekalian rakyat jelata.

Tuanku sedang menyembelih seekor lembu sempena acara korban tahun lepas
p/s; Inilah yang dikatakan ketua agama yang sejati dunia akhirat seimbang sama rata.... Ahamdulillah.. Ya Allah Ya Tuhanku Kau panjangkan umur Tuanku, murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan pentadbiran negeri bawah naungan baginda. Amin!! Rasa berkenan benar bila tengok Tuanku pakai jubah bila ada majlis. Siap pakai kopiah putih lagi tu. Jarang sekali nak jumpa sultan yang macam ni. Senanngnya hati melihat Baginda. Allahu Akbar!!
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadith Riwayat al-Baihaqi).
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadith Riwayat al-Baihaqi).
Label :
Kelantan,
Raja,
Tuanku Faris
Monday, September 20, 2010
Gua bangga dan gembira dapat sultan baru. Dari "DAULAT TUANKU" ke "ALLAHU AKBAR"
Hari raya tahun cukup bermakna bagi rakyat negeri Kelantan. Bukan saja dapat menyambut Aidil Fitri dengan meriah tetapi mendapat seorang Sultan yang baru. Tuanku Muhammad Faris Petra jelas sekali menujukkan beliau seorang yang mementingkan keagamaan memandangkan Baginda sudah dididik dengan pelajaran agama oleh ulamak sejak dari kecil. Permasyhuran Baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya yang gering memberi sinar baru pemerintahan beraja di negeri ini. Sejak memangku jawatan Sultan Kelantan sebelum, rakyat jelata memang senang hati dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ketua negeri yang berjiwa rakyat dan kuat beragama.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata. Pada hari Jumaat 17hb. September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.
Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan). Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.
Patik sebagai rakyat Kelantan mendoakan Tuanku dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan terus menyinari syiar Islam di bumi Kelantan.
Friday, January 15, 2010
Tengku Faris imamkan solat hajat di stadium
Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat. Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ. Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun. Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan. “Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat. “Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)