RSukacita dimaklumkan bahawa sekitar jam 9.00 pagi esok, 18 Oktober 2008 (Isnin), Majlis Perajaan Negeri Kelantan dijangka akan melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Majlis Perajaan Negeri Kelantan, di dalam mesyuaratnya itu, dijangka akan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Tuanku Faris dan Tengku Fa-Iz serta Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Dengan jangkaan terpilih dan terlantiknya Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, yang menyandang gelaran Tengku Bendahara Kelantan mulai dari tarikh 30 Mac 1989, selaku Tengku Mahkota Kelantan ini maka akan lengkaplah dan akan sukar digugatlah sistem pewarisan takhta dalam institusi kesultanan Kelantan.
Pemilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada mana-mana pihak pun memandangkan kepada hubungan teramat akrab yang sedia terjalin di antara Baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, selama ini.
Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, selaku seorang yang berpendidikan tinggi, juga adalah seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip dan yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada kakanda Baginda.
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua perisytiharan ini dijangka akan diberikan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 3.00 petang esok, 18 Oktober 2008 (Isnin).
Allahu Akbar.
Baca lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment