Dalam bajet 2010 yang dibentangkan PM ada satu projek bersepadu akan dilaksanakan iaitu Warisan Merdeka. Ia membabitkan menara 100 tingkat sebagai pencakar langit baru bagi Kuala Lumpur yang dijadual siap pada 2020 berharga RM5 bilion.
Kalau sebelum ini kita dah ada KLCC dan KL Tower yang sudah ada rekod dalam ketinggian masing2 projek ini juga akan menjadikan ia menara tertinggi di Malaysia. 100 tingkat tu bai.. Projek itu juga akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
Apa pendapat anda semua tentang projek ini? Adakah ia satu pelaburan atau pembaziran? Adakah projek sebegini bersesuaian dengan keadaan ekonomi pada masa sekarang dan akan datang? Adakah projek sebegini memberikan pulangan kepada semua rakyat marhaen si pembayar cukai?
Bagi aku cadangan ini bukanlah salah secara total dan pasti ia ada pro and cons. RM 5 billion itu bukan sedikit. Seharusnya kerajaan perlu melaburkan wang rakyat hasil cukai ke arah pembangunan yang lebih bermanfaat. Contohnya pembangunan modal insan. Itu jauh lebih penting kerana taraf pembangunan modal insan berbanding pembangunan material di negara kta masih lagi tidak seimbang.
Memang kita nampak kat KL sana tu berlambak bangunan yang tinggi2. Tapi sejauh manakah rakyat mendapat limpahan hasil dari pembangunan tersebut. Ia mungkin menjadi lubuk rezeki kepada golongan atasan. Golongan pertengahan mungkin juga boleh merasa limpahan dek pembagunan itu. Tapi kita jangan lupa golongan bawahan yang masih banyak terabai di negara kita ini.
Pada pendapat gua projek menara ini tak perlu kerana kita sudah ada KL Tower dan KLCC. Kalau setakat binaan itu nak dijadikan kebanggaan, tetapi ia tidak mendatangkan keuntungan, seelok eloknya ia dikaji secara mendalam dulu. Bagi gua baik kerajaan melabur lebih untuk RnD ke daripada buat bangunan tinggi2 ni. Akhirnya, hanya golongan tertentu yang mendapat hasilnya.
Dalam konteks ekonomi dunia kini, kerajaan seharusnya menyediakan landskap politik dan ekonomi yang berkesan. Secara lebih jelas kita boleh dilihat contohnya sesetengah pihak mengatakan negara kita sedang menuju ke arah negara maju. Akan tetapi cuba kita lihat ke mana hala tuju para graduan kita. Adakah lubang2 kerja sedia ada kini mampu untuk menampung para graduan dan bakal graduan kita dan pada masa yang sama masih relevankah peluang tersebut dengan trend sekarang.
Pak Lah dulu ada sebut pasal modal insan. Dia kata modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Jadi pembanguan modal insan itu jauh lebih penting kerana tiada guna ada bangunan tinggi2 tetapi rakyat hancur.
Realitinya Wawasan 2020 ialah target yang paling dekat dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. Ia merujuk bukan hanya KL yang maju tetapi satu negara Malaysia yang maju. Tidak dinafikan KL adalah penyumbang terbesar ke arah wawasan ini. Jadi secara sinisnya timbul kewajaran projek ini boleh dilaburkan di lokasi strategik selain Kuala Lumpur yang sudah terlalu padat dengan pembangunan materialnya. Ia bukan saja membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepda rakyat dan secara tak langsung ia mungkin dapat mengurangkan jurang bandar dan luar bandar serta kaya dan miskin.
p/s: Entri paling mengarut sebab teramat bosan..
4 comments:
entry ilmiah ni, bagus utk jwb esei exam nak masuk kerja gov..
@blog-tips-kurus hahaha..pengkomen tegar rupanya..hebat2 xda la ilmiah sgt pun..ni sekadar merapu je..hehe shembang semata2...
sembang2 tapi ada pengisian!
tenkiu...
Post a Comment