matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira ganti Proton Waja. Inspirasi la sangat...

Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira. Ia bukanlah model sepenuhnya dari Proton tapi telah diubahsuai dari model Mitsubishi Lancer.

 
Ini adalah model Mitsubishi Lancer

Dan ini pula model Proton Inspira

Anda dapat dilihat persamaannya bukan. Bila difikirkan balik hampeh jugak gua rasakan sebab apa yang nak kita banggakan sebagai rakyat Malaysia yang konon kononnya dah merdeka lebih 50 tahun tapi masih menggunakan model orang lain untuk dijadikan model sebuah syarikat kereta milik negara. Di mana kemampuan kita dalam berinovasi.


Hakikatnya kita tidak dapat lari dari merujuk sesebuah model yang telah laris di pasaran untuk dijadikan idea dan kita boleh ubahsuaikan mengikut cita rasa dan keperluan rakyat tempatan. Isu ini bukan sahaja berlaku pada Proton tetapi juga pada syarikat kenderaan gergasi yang lain.


Apa yang gua nak kongsi di sini ialah jikalau Proton nak tiru Lancer sekalipun, cukuplah hanya dari aspek luaran sahaja. Dari segi body mungkin sama. Rekaan facelift diubah sedikit. Lampu depan dan belakang mungkin tak banyak berbeza. Itu semua boleh diterima lagi.


Yang tak boleh diterima ialah aspek dalaman jugak mahu ditiru. Habis diangkut teknologi dari luar ini. Ini kerana Proton Inspira ini didatangkan bersama enjin MIVEC atau nama penuhnya Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system. Mana hebatnya Proton ini yang kita banggakan ini? Mana hebatnya enjin Campro dan teknologi CPS yang dikatakan hasil kejuruteraan Proton?


Bagi gua Proton Inspira ini hanyalah indah sekadar pada namanya. Badan luar dan isi dalamnya bukanlah dari Proton sepenuhnya. Yang jelas, gua rasa ia bukan model baru yang dapat kita banggakan sangat. Mungkin kita boleh banggakan ialah Proton dari dulu lagi bijak menciplak dari model kereta orang lain.


Memang betul bercakap itu amat senang dari melakukannya. Namun apa gunanya duit rakyat berjuta juta dilaburkan pada syarikat Proton untuk menggaji jurutera dan designer yang mampu mencipta kereta buatan Malaysia sepenuhnya, tapi akirnya hanya sekadar meniru model orang lain.Tiada gunanya jasad yang bernama Proton yang kita lihat berlambak di atas jalan raya tapi rohnya bukanlah berjiwa Proton sepenuhnya.

p/s: Ia adalah pandangan peribadi penulis secara general dan tidak berfakta. Rebadge pun rebadge le Proton oii..janji aku boleh balik kampung dengan senang. Bila hujan pun tak basah. Bila panas boleh pasang ada air cond. Tapi gua tak nak la nanti gua rasa macam duk kat negara China plak, sebab semua bahagian nak ciplak dari orang...hehehe Tagline gua kali ini..Inspirasi la sangaaaattt...!!!


No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers