Hari raya tahun cukup bermakna bagi rakyat negeri Kelantan. Bukan saja dapat menyambut Aidil Fitri dengan meriah tetapi mendapat seorang Sultan yang baru. Tuanku Muhammad Faris Petra jelas sekali menujukkan beliau seorang yang mementingkan keagamaan memandangkan Baginda sudah dididik dengan pelajaran agama oleh ulamak sejak dari kecil. Permasyhuran Baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya yang gering memberi sinar baru pemerintahan beraja di negeri ini. Sejak memangku jawatan Sultan Kelantan sebelum, rakyat jelata memang senang hati dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ketua negeri yang berjiwa rakyat dan kuat beragama.
Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata. Pada hari Jumaat 17hb. September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.
Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.
Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.
Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan). Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.
Patik sebagai rakyat Kelantan mendoakan Tuanku dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan terus menyinari syiar Islam di bumi Kelantan.
2 comments:
tak dapat dinafikan lagi, inilah sultan yang paling berjiwa rakyat, paling merendah diri.
meme pom..
Post a Comment