Ahh..lega..baru dapat update belog. Macam mana dengan raya korang kali ni? adakah raya tahun ni sama dengan raya tahun2 lepas. sama duk sibuk pasal hal mercun la, duit raya la, ketupat lemang la eksiden la dan macam2 lagi. biarlah lah macam mana sekalipun kamu merayakan Aidilfitri ini asalkan matlamat hari raya itu tercapai.okeh, yang aku nak cerita ni pasal dodol. takyah cakap la kalau musim raya mesti ada kat kampung2 buat kacau dodol ni. asal raya je mesti ada dodol. asal dodol je mesti raya je kan...haha macam tak betul je kaitan tu.
yang pertama sekali kamu semua mungkin fikir bila buat atau kacau dodol ni konon-kononya bolehlah...dapat merapatkan silaturrahim antara jiran dan orang kampung yang akan membantu bila masa mengacau dodol ni. tapi sebenarnya bila membuat dodol ni akan memungkinkan korang...bertambah menyampah kat orang kampung dan jiran tetangga yang hanya datang time dodol dah masak. mungkin la kan.
bukan setakat itu saja, korang mungkin fikir bila buat dodol ni konon-kononnya bolehlah...mendapat side income sempena raya ni dengan menjual hasil dodol. tapi sebenarnya membuat dodol ni akan memungkinkan korang pokai sebab sebelum sempat korang jual, dodol ni dah habis dimakan dek anak bini dan orang kampung. kalau dapat dijual sekalipun korang mungkin tidak akan sempat merasa kerana duit hasilnya telah dibedal oleh mereka untuk memborong langsir dan baju raya.
habis cerita bab jual dodol. cuba kita tengok yang ni pulak. kamu semua yang lelaki ni mungkin fikir bila buat dodol konon-kononnya bolehlah...berlagak macho depan awek bajet gagah mengacau dodol tak berhenti henti. Tapi sebenarnya bila membuat dodol ni akan memungkinkan korang...jadi bahan lawak dan sindiran kerana tak sampai seminit kacau dodol pun dah nak mintak orang ganti.apedaa...haha
okeh yang last sekali cerita bab dodol ni. korang mungkin fikir bila buat dodol ni bolehlah...berbangga konon-kononnya dapat mewarisi resipi tradisional Melayu ala ala lelaki melayu terakhir gitu haha. Tapi sebenarnya membuat dodol ni akan memungkinkan korang...putus asa untuk belajar resepi tradisional Melayu ni sebab sepanjang panjang pengalaman korang membuatnya tak pernah jadi kan..haha
Thursday, September 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dodol oh dodol.slmt ari rye
Post a Comment