Kalu kita bertanya 10 orang mengenai definisi Aidil Fitri; kita akan mendapat 10 jawapan yang berbeza;
1. Ustaz: Aidil Fitri adalah hari kemenangan menentang hawa nafsu setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan
2. Pendakwah: Aidil Fitri adalah hari graduasi madrasah ramadhan
3. Bapak-Bapak: Aidil Fitri adalah hari untuk menghabiskan segala bonus dan elaun yang ada.
4. Ibu-Ibu: Aidil Fitri adalah hari untuk menukar perabot dan curtain
5. Anak-Anak: Aidil Fitri adalah hari untuk bermain bunga api, mercun dan mengutip duit raya
6. Mat Rempit: Aidil Fitri adalah hari untuk menambah statistik Ops Sikap melalui KJR
7. Wikipaedia encyclopaedia: Aidil Fitri adalah "Fasting Day of Celebration"
8. PLUS: Aidil Fitri adalah hari untuk membuat keuntungan dari kutipan tol sebanyak mungkin
9. Polis dan JPJ: Aidil Fitri adalah hari di mana semua cuti kakitangan dibekukan
10. Anak-Anak Yatim: Aidil Fitri adalah hari untuk menitis airmata semasa mendengar takbir raya dan menerima sumbangan dari pihak korporat.
Anda Bagaimana? Apakah pandangan anda mengenai definisi dan cara yang sepatutnya Aidi Fitri dirayakan? Perlukah didefinisi semula?
1 comment:
terbaikk, pape pun Selamat Hari Raya . hati2 balik kampung yea :)
following you :)
Post a Comment