matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Stadium. Show all posts
Showing posts with label Stadium. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Hari Ini Semua Orang Bercakap Pasal Bola Sepak


1. Kurang 8 jam je lagi pertarungan hidup mati Harimau Malaya menentang Singapura dalam saingan Pra Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Pilihan yang ada antara layak atau tersingkir. Sebelum ini perjalanan Harimau Malaya dari Stadium Jalan Besar Singapura agak goyah dengan membawa defisit dua gol dan bekalan tiga gol tempat lawan wajib ditebus paling kurang dua gol tanpa bolos untuk layak.

2. Perkiraan nampak senang yakni cari gol awal dan banyak gol tapi percaturan 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah tentu sukar. Tambah lagi dengan kepincangan pada bahagian pertahanan sekaligus memberi kesan pada penjaga gol. Namun, dengan semangat Harimu Malaya pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong mampu membawa kemenangan pada malam ni.


3. Paling penting malam ni bila kita mula membuka jaringan perkara pertama yang player kena lakukan ialah jangan celebrate dulu. Kutip bola dari belakang jaring dan bawa ke tengah padang. Stay focus dan tambahkan nafsu serakah untuk cari lebih banyak gol. 

4. Kemudian bila kita dah score kali kedua pun ulang turutan yang sama, lupakan celebration dulu. Lepas tu gol yang ketiga dan keempat pun buat benda sama jugak. bila dah gol yang kelima kalau korang nak celebrate bukak baju seluar sampai tak ingat dunia pun korang punya pasal lah.

5. Kita mesti buat macam ni sebab walau striker kita dapat score sedozen pun kita tak tahu berapa biji pulak defender dengan goalkeeper kita akan bolos malam ni kan. Papepun kita semua kena positif dan pandang ke depan untuk capai kejayaan. Ingat!! kejayaan kita tu bukan setakat menang di home ground saja tapi mesti layak ke pusingan ketiga. Gua harapkan Malaysia akan menang dengan jaringan 3-0 malam ni..cayaaallahh..AAUUUUMMMM


Kita layan dulu lagu hitam kuning hitam kuning go tigers go tigers!!!







Thursday, May 19, 2011

Bandar Red Warriors | Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru


Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. "Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. 

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya. Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. "Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers