Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Friday, August 19, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Bazar Ramadhan Dan Plastik
Salam Ramadhan buat semua umat manusia di muka bumi ini.
1. Okeh, hari ni hari pertama puasa. Alhamdulillah, rezeki ada untuk bukak puasa. Kat bazar pun banyak gerai yang bukak walaupun kurang pilihan. Tambah lagi duit pun pokai, jadi beli je apa yang ada. Hari pertama berbuka dah celebrate dengan blackout. damn!!!
2. Hari ni gua bawak balik 3 beg plastik. 1 untuk air, 1 untuk lauk dan 1 untuk kuih. Nasi, topek yang masak kat rumah sewa hahaha. Kalau ikutkan jarang2 je gua beli kuih kat bazar puncak alam ni. Biasanya hanya nasi dan air. simple.
3. Lepas terawikh tadi gua gerak pergi kedai, tetiba terfikir pasal plastik. Gua anggarkan setiap hari gua bawak balik 2 beg plastik yakni 1 ada makanan dan 1 ada air. Maknanya di sini, selama sebulan puasa ni gua akan membawa 60 beg plastik ke rumah setiap kali balik dari bazar Ramadhan. Itupun kalau tiap2 hari beli benda yang sama ye dak
4. Habis beg plastik, belum campur lagi dengan plastik pembungkus air dan bekas polistren yang bungkus nasi. Contoh la kita ambil angka yang sama. Kalau sehari maknanya 1 plastik pembungkus air dan 1 bekas polistren. Jadi jumlahnya selama sebulan puasa gua telah mengumpulkan 30 pembungkus air dan 30 bekas polistren secara tak sengaja.
5. Wooww..selama sebulan gua akan ada paling minimum 60 beg plastik, 30 plastik pembungkus dan 30 bekas polistren. Bayangkan, itu gua sorang. Tak campur dengan budak2 rumah sewa ni lagi. Itu untuk satu rumah je. Cuba kira berapa rumah yang ada kat puncak alam ni..berapa ramai orang yang pergi bazar bawak balik plastik kat puncak alam ni ..
6.Jawapannya...brader lori sampah yang akan kira plastik gua tiap2 minggu. Tanpa sedar kerana puasa gua selama sebulan nanti, gua terpaksa menunggu 100 hinnga 500 tahun untuk plastik itu lupus. Maafkan gua wahai bumi. Gua tak sanggup lagi bawak beg sendiri pergi bazar ramadhan.
Label :
Bazar Ramadhan,
Puncak Alam,
Ramadhan,
Sampah Plastik
Tuesday, September 21, 2010
Sup Gearbox dan Ulam
Gambar ni aku amik kat bazar ramadhan baru ni kat kampung aku di ketereh. Kalau 'giabok' itu ada logiknya ditulis begitu kerana bunyinya seakan akan sama dengan gearbox. Tetapi bagi aku ejaan 'ulang' itu tidak menepati perkataan ulam sedangkan biasanya ulam disebut 'ule' atau 'uley' di negeri Kelantan.
Fuhh..masa snap gambar ni rasa segan tak yah cakap la. Sebab ramai gila kot orang time tu. yang makcik tukang jual tu pun tak habis2 duk jeling kat aku..haha Tapi tak pa bukan orang kat situ cam aku pun. Jarang2 sekali ada bazar ramadhan kan.
Wednesday, September 8, 2010
Tolonglah manusia..Jangan la ramai sangat kat sini. aku nak bernafas pun susah
Mengertilah wahai manusia. Kenapa ramai sangat manusia nak beraya kat kelantan ni. Aduihh..selalu macam ni. Bila nak raya je, mesti penuh manusia di atas jalan raya ni. Tak kira la yang bermotosikal atau pun berkereta. Ni baru penghujung ramadhan, belum masuk syawal lagi. Sudah dapat diagak bila beraya nanti hanya sanak saudara yang dekat je yang mampu aku ziarahi. Sebelum apa2 aku nak ucap selamat hari raya awal2 kat korang semua. Malas sangat nak meredah jalan yang dipenuhi manusia ni semua. Maaf zahir dan batin.
Monday, August 16, 2010
Ini baru betul main bola - Tak puasa tak boleh main bola
Pemain bola sepak popular Iran, Ali Karimi yang turut digelar para peminatnya sebagai Maradona Asia, semalam telah dibuang oleh pihak pengurusan kelabnya, Steel Azin FC kerana dia didapati tidak berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini. Dalam satu kenyataan menerusi laman web kelab itu, pihak pengurusan berkata, mereka terpaksa menyingkirkan Ali, 31, kerana dia tidak berpuasa pada Ramadan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam kecuali golongan tertentu.
"Dia yang pernah menerima anugerah Pemain Terbaik Asia 2004 juga telah menghina pegawai-pegawai persekutuan bola sepak Iran dan penyelia pasukannya di Teheran," kata kenyataan kelab tersebut menerusi www.steelazin.com. Penyingkiran itu dibuat selepas Ali dilaporkan mengkritik gaya pengurusan Pengarah Urusan Steel Azin, Mostafa Ajorlou, yang juga bekas pegawai pasukan elit Pengawal Revolusi Iran.
Pemain itu membuat kritikan menerusi wawancara di laman webnya. Namun, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan Pengerusi Kelab, Hossein Hedayati tidak mengetahui mengenai perkara itu dan membantah penyingkiran Ali yang juga penjaring ketiga terbanyak dalam pasukan kebangsaan.Ali yang pernah mengikat kontrak selama dua tahun di dalam liga utama Jerman, Bundesliga, turut menjaringkan empat gol menerusi 50 penampilan dengan kelab ternama, Bayern Munich.
"Dia yang pernah menerima anugerah Pemain Terbaik Asia 2004 juga telah menghina pegawai-pegawai persekutuan bola sepak Iran dan penyelia pasukannya di Teheran," kata kenyataan kelab tersebut menerusi www.steelazin.com. Penyingkiran itu dibuat selepas Ali dilaporkan mengkritik gaya pengurusan Pengarah Urusan Steel Azin, Mostafa Ajorlou, yang juga bekas pegawai pasukan elit Pengawal Revolusi Iran.
Pemain itu membuat kritikan menerusi wawancara di laman webnya. Namun, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan Pengerusi Kelab, Hossein Hedayati tidak mengetahui mengenai perkara itu dan membantah penyingkiran Ali yang juga penjaring ketiga terbanyak dalam pasukan kebangsaan.Ali yang pernah mengikat kontrak selama dua tahun di dalam liga utama Jerman, Bundesliga, turut menjaringkan empat gol menerusi 50 penampilan dengan kelab ternama, Bayern Munich.
Friday, August 6, 2010
Ku Mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna
a) Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa merangkumi
- Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
- Perkara-perkara yang membatalkan puasa
- Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
- Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
b) Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan seperti
- Ramadhan adalah penghapus dosa
- Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan
- Malam al-Qadar
- Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
- Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
- Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi
- Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
- Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
- Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; "Adakah malam itu lailatul Qadar?‟. Jawab Rasulullah; "Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka".
- Berpuasa dengan sesungguh hati
- Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)
- Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan
- Beriktikaf
- Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)
- Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus
- Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
- Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan
- Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka
- Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
- Bersahur
- Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka dengan berbuka dengan buah kurma atau air dan membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya serta tidak berlebihan ketika berbuka puasa
- Memberi makanan untuk orang berbuka puasa
- Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan
- Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran
Label :
Ramadhan
Friday, September 4, 2009
SEPARUH PERJALANAN

Siang berganti malam. malam berganti siang.sedar tak sedar kita sudah berada pada 15 ramadhan...
sudah separuh jalan kita menunaikan ibadah fardhu puasa pada tahun ini. sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita...
15 hari sudah ia meninggalkan kita namun amatlah rugi buat sesiapa saja yang leka dan alpa tanpa makna dalam hidup ini...
waima demikian masih belum terlambat untuk kita mengejar isi ramadhan kali ini kerana masih tinggal lagi separuh perjalanan yang perlu kita teruskan dengan penuh pengisian zahir dan batin harapnya..
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




