matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, August 6, 2010

Ku Mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna


Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba ini suka saya kongsikan sedikit persiapan dalam kita menghadapi bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan sebaik mungkin. Antara persiapan yang boleh kita buat untuk memasuki Ramadhan :


a) Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa merangkumi

  • Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
  • Perkara-perkara yang membatalkan puasa
  • Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
  • Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

b) Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan seperti

  • Ramadhan adalah penghapus dosa 
  • Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan 
  • Malam al-Qadar
  • Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan

        (Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)

  1. Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
  2. Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi
  3. Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
  4. Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
  5. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; "Adakah malam itu lailatul Qadar?‟. Jawab Rasulullah; "Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka".
c) Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan seperti: 

  • Berpuasa dengan sesungguh hati
  • Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)
  • Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan
  • Beriktikaf
  • Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)
  • Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus
  • Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
  • Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan
  • Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka
  • Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
  • Bersahur
  • Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka dengan berbuka dengan buah kurma atau air dan membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya serta tidak berlebihan ketika berbuka puasa
  • Memberi makanan untuk orang berbuka puasa
  • Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan
  • Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran


No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers