Sedih betul bila tengok tv tadi. Bukan sedih sebab tengok cerita indon tapi sedih sangat bila tengok berita pasal kes buang bayi ni. Buang bayi okeh, bukan buang sampah. Dalam berita tu cakap dalam bulan puasa ni saja dah ada 3 kes buang bayi.. Tu belum campur tolak kira bahagi kes kes yang sebelum buang puasa lagi.Teruk kan. Apa kejadahnya manusia zaman sekarang ni. Memang kambing betul la manusia yang buang bayi masa bulan Ramadhan yang penuh mulia ni..
Sepatutnya bulan Ramadhan ni lah kita nak menambahkan amal ibadat dan memenuhkan kantung untuk di bawa ke akhirat kelak.. Tapi sebaliknya berlaku.. Tak takutkah mereka melakukan kerja dosa ni.. Kalau setakat ponteng kelas Weber tak pe lagi.. Ni dah kira membunuh makhluk Tuhan yang bernama manusia.. Aduyai manusia oh manusia.. Time ko beromen tak fikir pulak nak termengandung. Bila dah mengandung eh silap bila dah beranak tu ko tak fikir pulak macam mana nak jaga bayi tu. Kalau tak mampu nak jaga sendiri pun, bagi je la kat pusat kebajikan ke hape. Ni tak, boleh pulak kau pergi buang bayi tu kat dalam tong sampah tau pun dalam longkang. Tak ke babi kalau perangai macam tu. Bodoh sial. Monyet pun sayang kat anak.
Memang patutla cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati kepada si pembuang bayi ni. Aku sokong seratus peratus. Kalau sebelum ini perogol je dikenakan hukuman mati, kes pembunuh bayi (nama yang lagi sesuai untuk kes buang bayi) patut dihukum mati juga. Hukuman seperti ini akan memberi peringatan keras kepada si pelaku supaya berfikir sebelum melakukan kerja terkutuk ini.
Dan aku cadang lagi satu bila hukuman mati tu nak dilaksanakan, boleh la kita adakan di khalayak ramai. Baru la terkesan dengan hukuman tersebut. Kalau setakat buat kat penjara hanya sesetengah mungkin terkesan. Yang tak sanggup tengok tak yah datang melihatnya. Papepun pasti ramai yang akan datang untuk menyaksikannya dan golongan inilah yang akan mendakwah kepada masyarakat semua. Itulah yang dikatakan hukum hudud ini cukup sempurna. Ia merangkumi semua jenayah yang dilakukan dah hukamannya.
Saturday, August 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmmm..dunia akhir zaman...lelaki dan perempuan yg berzina nih bakal melahirkan generasi yg kita sendiri tak pasti...agama ditolak tepi..ni lar yg jadi..malu dah hilang dalam diri..malangnya jadi insan yg rugi..
apa sudah jadi..minta2 dijauhkan dari keluarga kita perkara seperti ini..
setuju hukum bunuh . barulah org takut sket nak buat jht..
YA Allah, kesiannya . tak sanggup tengok ! Haiwan pun sayangkan anak
Post a Comment