matpek's property ©
skip to main |
skip to sidebar
Berdasarkan rekod Liga Super 2009, Perlis menjinakkan Kelantan 2-0 di sini, kemudian menang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika Kelantan terpaksa beraksi di stadium itu kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan Kelantan menggunakan Stadium Sultan Muhammed Ke-1V di Kota Bharu ekoran insiden luar jangka. Dalam kempen Piala Malaysia pula, di peringkat separuh akhir, Kelantan menundukkan Perlis dengan kelebihan 5-1 apabila menang 2-0 di tempat sendiri dan menjinakkan tuan rumah 3-1 di sini. Kelantan yang mula bertemu rentak dengan kemenangan pertama, melihat bukan mudah untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar ketika turun menentang tuan rumah dalam perlawanan Liga Super, malam ini. Selamat berjuang untuk The Red Warriors !!!
No comments:
Post a Comment