matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Baru aku tahu Sepanyol ada raja

Semua orang sudah tahu bahawa Spain telah berjaya muncul sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan setelah mengalahkan Belanda hasil jaringan  Andres Iniesta pada masa tambahan. Tahniah buat Spain. 



Sepanyol (Bahasa Sepanyol: España) ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mempunyai tanah jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balearic di Mediteranean, Pulau Canary di Lautan Atlantik, bandaraya Cueta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Parsley.


Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia. Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.

Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.

Gerakan republik dan antimonarki telah menghalau keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco, dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Perikatan selepas Perand Dunia Kedua kerana menyokong kuasa-kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat. Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.

Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978. Sebagai negara Raja Berperlembagaan, Raja Sepanyol merupakan Ketua Negara. Ketua Kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum. 

Friday, March 12, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Siapa yang tak kenal dengan David Beckham boleh tengok kat sini..

Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej keyahudiannya di khalayak ramai. Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.









Saturday, January 16, 2010

Keputusan Liga Super 16 Januari 2010





Liga Super Perlis VS Kelantan

Berdasarkan rekod Liga Super 2009, Perlis menjinakkan Kelantan 2-0 di sini, kemudian menang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika Kelantan terpaksa beraksi di stadium itu kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan Kelantan menggunakan Stadium Sultan Muhammed Ke-1V di Kota Bharu ekoran insiden luar jangka. Dalam kempen Piala Malaysia pula, di peringkat separuh akhir, Kelantan menundukkan Perlis dengan kelebihan 5-1 apabila menang 2-0 di tempat sendiri dan menjinakkan tuan rumah 3-1 di sini. Kelantan yang mula bertemu rentak dengan kemenangan pertama, melihat bukan mudah untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar ketika turun menentang tuan rumah dalam perlawanan Liga Super, malam ini. Selamat berjuang untuk The Red Warriors !!!

Saturday, January 9, 2010

Tidak menang dan kalah

Aku sungguh- sungguh berharap The Red Warriors beroleh kemenangan dalam perlawanan pertama pada malam tadi tapi hajat tidak kesampaian. By the way nasib baik tidak kalah dan hanya mampu seri menentang pasukan Terengganu.

Kenapa ADA 1Malaysia??

Tirai Liga Super 2010 akan bermula pada 9 Januari ini. Bagi pasukan negeriku Kelantan telah bersiap sedia dengan barisan pemain baru dan lama dalam mencapai target membawa pulang ketiga- tiga piala. Buat perlawanan pertama Kelantan akan berkunjung ke Terengganu dalam usaha memulakan kempen Liga Super dengan kemenangan.
Tahun ini juga Kelantan menganjurkan Tahun Bola Sepak Kelantan bagi mencari bakat- bakat baru bola sepak dan secara tidak langsung mencetuskan fenomena yang boleh dikatakan luar biasa. Namun di sebalik keghairahan tersebut ramai di kalangan peminat Red Warriros berasa agak terkilan juga dengan rekaan jersi baru bagi pasukan Kelantan musim ini. Kenapa ek..?


Ni jersi musim lepas 2009.



Jersi musim 2010 yang masih dalam proses



Dan ini dia jersi yang bakal dipakai oleh The Red Warriors pada musim kali ini. Yang atas itu untuk 'home' dan yang bawah tu untuk 'away'. Cantik bukan? Bezanya yang kat atas tu adalah logo 1Malaysia.



Tidak dinafikan memang ramai yang tak berkenan pasal kenapa la ada logo 1Malaysia kat dada tu. Aku sendiri pun tak faham. Tak tahu la sebab pengurusan ke sebab dasar kerajaan. Tapi tak kisahlah janji main biar hebat. Kalau nak dibandingkan dengan jersi yang terdahulu ada la juga corak- corak batik yang mana bolehlah kita tonjolkan keunikan Pasukan Kelantan. Jersi musim ini diubah dengan corak ala- ala papan dam haji menunjukkan rekaannya seakan- akan 'outdated'. Kesimpulannya jersi musim lepas lebih baik,unik, kemas dan beridentiti rekaannya.

THE RED WARRIORS
GO MORE 
KELATE 
GO MORE

Monday, November 9, 2009

3-1




ni demam piala malaysia punye pasal la.Pertemuan antara sang kijang dan sang rusa. Confirm r dua2 team nak menang. Penyokong pn xnak kalah..tapi aku memang tak puah hati r sebab kelate kalah..tapi nak wat cmne dah negeri 9 bantai 3 gol malam tu..kelate dpt gol sebutir pn dah last minit..kalau kalah penalti laen crite r kan..


lagi xpuah hati tengok gelagat penonton kelate..tau r nak sokong pasukan negeri sendiri.. aku pun sokong gak, tapi xda la sampai nak wat kecoh sana sini..nak bakar itu ini.. nak baling botol,mercun la semua..rilex r bro.. tau la nk marah kat pasukan kelate xperform maen mlm tu, tapi xyah la nak merosakkan harta benda awam..mentang2 la hati korang dah terbakar malam tu korg sesuke hati j nak bakar kerusi stadium..ni bukan harte mak bapak korang punye la wei.. korang ingat kalo buat semua tu boleh menang balik ke hah?? bodoh la siyal...


apa dah jadi ngan orang klate ni..aku orang klate sendiri pn malu ngn benda ni.. nik aziz pun malu.. langsung xmencerminkan semangat kesukanan, lebih kpd semangat kenegerian..sampai bile kita nak duk cm gini..kalo ada game bola kelate maen, msti kecoh..lame2 benda tu dah jadi budaya..orang tengok pn dah pikir laen, padahal bukan salah penyokong kelate sbnrnye.


naik bas naik keto
pulah muto pun ado
hujan turun pun xcaro
tinggal maghrib tinggal isyak
pakat gi tengok sek kito
lepar bedil lepar botol
gomo kelate gomo
maen bola macam celako
masuk final kaloh sokmo
saloh player ko saloh sapo??
ambik coach dari estet mano??
bubuh pemain hok xtau gapo
penonton pun cm taik
gilo..!!


ni blog gua..so suke  hati la gua nak tulis apa pn..hehe jgn marah



Sunday, November 1, 2009

kelate masuk final

akhirnya tercapai jugak kelate
masuk final piala malaysia 2009...
kalo xsilap aku last skali kelate msk final thn 1971..
mmg lama gler dah tggu saat ni...
mngkin lagi best kalo dapat buat balik piala tu
ke negeri che siti wan kembang...
tahniah buat kelate skali lg..


GO MORE KELATE GO MORE!!!!!
previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers