Walaupun negara kita sekarang dilanda pelbagai isu yang menjadi perbualan hangat rakyat marhaen lebih-lebih lagi berkenaan dengan keputusan mahkamah yang telah membenarkan Majalah Herald keluaran gereja untuk menggunakan istilah Allah bagi menggantikan istilah God dalam bahasa Melayu.
Banyak pandangan yang dikemukakan oleh ulamak, ahli akademik dan rakyat jelata berkenaan dengan isu ini. Banyak yang menentang keputusan mahkamah dan ada juga yang tidak membicarakan tentang keputusan mahkamah tetapi sebaliknya menyatakan agama samawi boleh menggunakan nama Allah seperti yang berlaku pada zaman Rasullullah saw.
Masing- masing dengan pandangan mereka dan aku juga tidak mahu mengulas panjang kerana tidak terlalu arif dalam hal begini dan perlu belajar lagi. Namun berita mengejut hari ini tentang sebuah gereja di PJ kalau tidak silap aku telah terbakar ataupun memang sengaja dibakar oleh pihak yang sengaja mahu mencetuskan perbalahan agama.
Islam sendiri tidak mengajar bahkan melarang umatnya dari memusnahkan rumah ibadat bukan Islam. Adakah hal ini sama dengan puak- puak laknat yang membakar masjid dan pusat- pusat Islam di US, Britain dan negara Barat lain. Kita harap puak yang membakar gereja itu bukanlah orang- orang upahan atau mereka yang dihasut dengan penggunaan kalimah Allah oleh Majalah Herald The Catholic Weekly.
Samalah kita memahami apa yang berlaku dengan hikmahnya. Insyaallah.
FIGHTING CANCER 1
5 years ago
No comments:
Post a Comment