Ini semua kereta buatan luar negara yang mana jenama Volvo berasal dari benua Eropah dan lebih tepat lagi negara Sweden. Manakala jenama Toyota yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun yang merupakan syarikat pengeluar kenderaan No 1 di dunia buat masa kini.
Apa yang aku lihat dan tahu kereta jenama Volvo jauh memiliki ketahanan yang tinggi yang mungkin setaraf dengan kerata jenama Merc berbanding dengan kereta yang lain. Dan tidak perlulah kita membandingkan dengan kereta jenama Malaysia tidak kiralah sama ada Proton ataupun Perodua kerana kereta tempatan memang direka khas tidak sekeras kereta luar negara atas aspek risiko kemalangan dan kos pembuatan yang lebih rendah.
Entri ini berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kepada bekas MB Perak DS IR Nizar Jamaluddin di mana kerata Camry kelabu yang dipandunya telah melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta Volvo berwarna emas yang keluar secara tiba-tiba.
Sampai terbalik dibuatnya..Dasyat sungguh
Kemek sikit aje..
Nasib baik DS Nizar selamat..
2 comments:
jangan jadi macam tragedi bas sani hari tu sudah la..
keta malaysia mahal kurang berkualiti..
Post a Comment