Kiriman pada Monday, February 16 @ 20:54:14 EST oleh Dino
adam_zam writes ">
>
>
> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
> jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
> Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
>
> Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
> kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
> penggantian ke atas diriku.
>
> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
> lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
> lagi unsur dan bukannya sebatian.
>
> Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
> songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
>
> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
>
> Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
> penyelesaian yang kau berikan masih lagi
> belum sahih.
>
> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
> di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan
> cinta yg kau berikan.
>
> Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
> bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-
> janji manis yg bergerak secara rawak.
>
> Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
> proses pencaran dan perolakan.
>
> Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
> perkahwinan kita mengalami rintangan?
>
> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
> untuk mengurangkan rintangan itu.
>
> Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
>
> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
> nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop
> cahaya.
>
> Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
> aktif dan bertindak balas dengannya.
>
> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
> dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian
> segi tiga untuk menyelesaikannya.
>
> Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan
> arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
>
> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
> dalam bentuk lazim.
>
> Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
> tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg
> seragam.
>
> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
> dari iman.
>
> Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
>
> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
> belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
>
> Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan
> ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku
> akan mengalami hemolisis.
>
> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
> plasmolis.
>
> Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
> tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan
> aku sendirian........
FIGHTING CANCER 1
5 years ago
No comments:
Post a Comment