matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, January 16, 2010

Beza Tuan Guru Nik Aziz Dan Anwar Ibrahim


Politik sekarang dan masa depan adalah bukan melawan orang dengan menggunakan kuasa atau wang tetapi sebaliknya memerlukan politik ketelusan, politik perjuangan rakyat, yang dapat merangsang rakyat.

Kita ambil contoh tentang sejarah Negara India. Kalau perjuangan Parti Kongres India melawan British dengan kekerasan mungkin mereka tidak berjaya dan mungkin membawa porak peranda kepada India. Tetapi mereka melawan atas dasar kemanusiaan Mahatma Ghandi. Tetapi Parti Kongres India tetap dengan kepimpinan yang ada. Misalnya Perdana Menteri, kalau menang nanti ialah Nehru.

Begitu juga pandangan tentang perjuangan Pakatan Rakyat. Jadi soal siapa menjadi Perdana Menteri, itu soal lain dan saya percaya tidak ada siapa pun nak pertikai kalau Pakatan menang Datuk Seri Anwarlah yang jadi ketua, pada lazimnya. Orang tidak akan bimbang soal Anwar.

Dan Tok Guru Nik Aziz dilihat sebagai Pejuang Spiritual kerana beliaulah yang melambangkan perjuangan kita. Orang yang tidak mementingkan kekayaan, tidak mengamalkan rasuah, mementingkan nilai-nilai agama dan beliau melambangkan segala-gala yang kita perlu ketengahkan dalam melawan gergasi tua bernama Barisan Nasional ini.Jadi inilah reformasi, revolusi Malaysia mestilah berasaskan kepada ini. Mungkin juga ini salah satu cara memperkukuhkan PAS kerana akhirnya bagi politik semenanjung, ialah politik Melayu.

Memanglah Umno sudah lama hendak rosakkan Tok Guru Nik Aziz kerana beliaulah yang memenangkan Kelantan selama 20 tahun. Jadi Umno kena usahalah. Usaha nak jatuhkan Tok Guru Nik Aziz dah berlaku lama. Tapi apa pun yang Umno lakukan, imej Tok Guru kekal, penghormatan rakyat kepada beliau kekal.UMNO mungkin boleh jatuhkan Datuk Seri Anwar dengan memburuk-burukkannya.Tapi bagi Tak Guru susahlah.

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers