matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, January 8, 2010

Buat duit dengan blog

"Buat duit dengan blog"... Ramai yang suka berkata sebegitu dan ada juga yang tak tahu apakah itu blog sebenarnya. Tetapi ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana buat duit dengan blog? Aku pun tak tahu sebenarnya macam mana dengan hanya blog kita dapat menghasilkan pendapatan sampingan.. Tapi tidak dinafikan juga ramai blogger yang dah otai kat luar sana mampu menjana pendapatan sampai mencecah ribuan ringgit Malaysia.

Sebagai contoh blog seorang minah ni, nama dia Hanis Zalikha. Orangnya masih muda, cantik, hot dan boleh dikatakan 'famous' jugalah kerana blog beliau inibelogsaya.blogspot.com mempunyai peminat hampir 6 ribu orang. Dan baru- baru ini sisipan berita harian dan kosmo ada mengeluarkan artikel berkaitan dengan dirinya yang dikatakan mampu menjana pendapatan melalui blog. Ishsh2..hebat la kalau macam tu dah monthly dia cakap boleh dapat sampai RM3000. Sampai masuk paper lagi tu dan tidak hairanlah blog beliau sentiasa menjadi tumpuan muda mudi.

Beralih kepada menjana pendapatan melalui blog ini, aku sendiri pun belum pasti bagaimana caranya dan masih tertanya- tanya apa yang patut kita buat dengan blog ni. Ada yang cakap kena ada produk sendiri la, pastu promote kat blog kita..kira macam online promotion rasanye. Dan ada juga cakap suruh join member sebagai google adsence..Yang ni aku memang tak tahu macam mana caranya..Tapi yang penting aku nak cuba belajar tentang iklan kat blog. Mana la tahu boleh dapat duit lebih..hehe Apa yang penting kena ada usaha dan kerja keras la.

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers