Monday, December 12, 2011
Sunday, November 6, 2011
Salam Aidiladha 1432
"Ambo beli lembu ini satu bahagian dari tujuh dengan harga rm***"
"Ambo wakil ko pokcik bahagian ni untuk sembelih lembu ni"
"Inilah qurbanku kerana Allah Taala."
Label :
Aidiladha
Thursday, November 3, 2011
Sunday, October 23, 2011
Senyum, Tak Perlu Kata Apa Apa
Sudah 22 tahun meninggalkan alam rahim
Oh sungguh cepatnya masa berlalu
Berasa banyaknya dosa kurangnya pahala
Mengharapkan 22 tahun mendatang yang lebih baik
Bersyukur kerana masih mampu tersenyum
Thursday, October 20, 2011
Saturday, October 15, 2011
Raja + King + Sultan + Agong = ?????
"Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu". Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. "Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah". Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis"
SINAR BARU RAKYAT MALAYSIA.... "DAULAT TUANKU" & "ALLAHU AKHBAR". Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah diisytihar sebagai yang Yang Di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa 13 Disember 2011 sementara Sultan Kelantan Darul Naim, Sultan Muhammad Faris Petra diisytihar sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.
p/s: Teringat hajat yang masih belum kesampaian untuk menjejakkan kaki di Masjid Brunei di Kg Tok Uban Pasir Mas. Oghe royak ada sejaroh situ. Bilo la buleh gi agok agok..
Wednesday, October 12, 2011
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011
Ramli... Ram... Ramli...
Daripada seorang peniaga burger...
kini nama Ramli meniti di bibir rakyat Malaysia...
Dia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia...
walaupun beliau tidak skor 9A dalam pelajarannya...
"Ramli... Ram... Ramli...
Score his first goal for Manchester United.
Ramli From Malaysia..."
Dialog ni maybe akan menjadi
kenyataan bila tahun 2100, InsyaAllah..
Wednesday, September 21, 2011
Monday, September 19, 2011
Ch31sea, Liver40ol dan Ars34al
Percayakah anda aksi 4 gol dalam 10 minit terakhir oleh
The Red Warriors lagi power dari aksi penalti tak masuk Red Devils? hahaha
Dan semestinya lagi power dari aksi 2 kad merah oleh The Reds..kah kah kah
Red Giants dengan #Misi 33, tak yah cerita la kan..har har har
Kesian badi Fernando Goalles aka Fernogoal Torres
Monday, September 12, 2011
Sebenarnya Kita Ni Bawah Naungan British kah kah kah
Macam kebetulan la pulak
Malaysia Airlines dan AirAsia taja jersi QPR, sebuah kelab dari England
Label :
Air Asia,
Colony,
Dijajah,
Dinaungi,
MAS,
Merdeka,
Protectorate,
Queen Park Rangers FC,
Tony Fernandes
Wednesday, August 24, 2011
#5 Rabu Yang Bisu
Terima kasih SV
sebab belanja bukak puasa
dan bagi duit raya
Yayyy dah nak balik kampung
hati hati di jalan raya korang
Selamat hari raya aidilfitri buat semua
maafkan gua zahir dan batin
:-)
Tipikal Bola Malaysia
Sesungguhnya rakyat Malaysia begitu berharap agar ada la sorang dua pemain Malaysia dapat bermain di English Premier League atau top league lain. Nak Apek main Manchester United la..Baddrol Bakhtiar dirisik kelab Wigan la (sini). Safee Sali dapat tawaran dari Bundesliga la (video). Ya, ini memang suasana yang bagus untuk bola sepak Malaysia.
Tapi lu kena ingat tiada jalan mudah bro. Banyak benda lagi kena ubah dulu. Hakikat itulah yang terpaksa ditelan oleh rakyat Malaysia. Angan angan pun angan jugak tapi biarlah realistik. Paling kurang kasi Malaysia/pasukan kelab Malaysia juara Piala Asia atau AFC Cup dulu ke baru la nak fikir main EPL. Yang penting kutukan dan kritikan mesti selari dengan sokongan.
p/s: Jalan paling senang beli jer game PES 2012 yang tak lama lagi akan keluar. Lepas tu guna patch Malaysia dan register Safee Sali main QPR...Letak semua player Malaysia dalam kelab EPL. Nanti siap boleh buat QPR tu juara EPL lagi...kahkahkah Apa macam bro?
Tuesday, August 23, 2011
Kelebihan Lelaki Berbulu Lebat
Sebelum ni gua ada cerita pasal kelebihan menyimpan janggut. Baca di sini. Anugerah janggut, misai atau jambang ni bukan semua lelaki yang dapat. Ada sesetengah orang muka suci gila tanpa bulu walaupun sudah baligh. Yang memang jenis keturunan berbulu lebat tak yah cerita la. Ada juga yang jenis kurang berbulu ni siap sapu minyak bon lagi semata mata nak kasi subur.
Mana tidaknya, bulu bulu muka ni menjadi aset penarik pada pandangan awek. Tapi tak semua yang suka lelaki sebegini. Ada seorang ni cakap dia "tak suka lelaki berjambang sebab confirm dia ada bulu dada". Jadi post kali ni berkisar tentang lelaki berbulu lebat. Tak kira la bahagian muka, tangan, kaki, dada ataupun dot...dot..
Bila awek/bini lu pegang tangan korang, dia boleh belai macam belai seekor kucing. Dengan penuh kasih sayang gitu...anda suka? Kalau kucing pun suka dibelai...sudah tentu anda juga suka kan...Ini adalah satu kelebihan sebab orang yang kurang bulu ni jarang dapat belaian kasih sayang ni.
Lagi istimewa kalau awek/bini lu ni yang jenis takut dengan kucing. Ada kucing bawah meja pun nak menjerit. Tapi yang peliknya dia suka pulak tengok kucing yang berbulu lebat ni. Jadi, penyelesaian yang terbaik, lu boleh menjadi kucing untuk awek/bini lu. Sambil2 belai boleh buat cakaran kucing hahaha
Buat awek/bini lu yang mempuyai tahap miang yang tinggi, lelaki yang berbulu kaki lebat memang beruntung. Bila tak puas lagi belai tangan, belai bulu kaki pun layan. Nak belai sambil tengok tv pun takda la tak senonoh sangat kan. Tapi pastikan anda berada di rumah dan bukannya tengok tv kat kedai mamak.
Bulu dada...bahagian yang paling menarik pada mata segelintir awek2..fuhhh walau perut takda sixpack pun atau dada tak tough manapun tapi sebab bulu dada tahap lebat, panjang dan hitam berkilat tetap dianggap seksi giler. Mesti awek/bini korang rajin nak tocang atau belai-belai dengan sikat. yang lagi kemaruk siap buat fesyen bulu dada lagi macam rambut pacak kahkahkah
Kalau orang lain beli syampu anti kelumumur la, conditioner la, cleanser bagai la hanya dapat guna syampu itu untuk rambut kat kepala saja...Bagi yang jenis berbulu tangan, kaki dan dada dapat guna syampu itu untuk satu badan...jimat kan? Untunglaaaa dia cukup beli syampu saja dan tidak perlu beli sabun hahaha
p/s: Dah habis merapu. Yang tak puas hati, sila berkumpul di ruang komen (macam la ada orang nak komen) hahaha. Okay gua chau dulu. mood menghitung hari nak balik beraya kat kampung.
Label :
Bulu Dada,
Bulu Kaki,
Bulu Lebat,
Bulu Tangan,
Jambang,
Janggut,
Kelebihan Janggut,
Misai
Friday, August 19, 2011
Thursday, August 18, 2011
Google Plus Skema La
Jeng la google plus ni. Mentang2 la gua baru nak godek2 google+ ni, gua dah tersalah letak nama kat profile. Mana la gua nak tahu takleh letak nama suka hati je. Disebabkan itu habis google account kena suspended. Damn it!
Nak bukak account youtube tak boleh. Nak upload gambar kat blogspot pun tak keluar. Nak update blog susah nak mampus. Nak bukak blog orang lain, lembab gila. Dah la keluar tulisan je, gambar tak nampak. Nasib baik Gmail boleh bukak. Kuang ajaq betul google ni..
Nak bukak account youtube tak boleh. Nak upload gambar kat blogspot pun tak keluar. Nak update blog susah nak mampus. Nak bukak blog orang lain, lembab gila. Dah la keluar tulisan je, gambar tak nampak. Nasib baik Gmail boleh bukak. Kuang ajaq betul google ni..
Wednesday, August 17, 2011
Wednesday, August 10, 2011
Hey Sekali Aku Cincang Kau 18, Baru Kau Tahu Erti PENYESALAN
Harakah Daily: Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809
p/s: sem depan wajib beli jugak..
1 gram gold bar..tak pun 10 dirham kelantan pun jadila...
Label :
Dinar dan Dirham,
Kelantan,
KL Gangster
#3 Rabu Yang Bisu
Mekasih abah. First time dia tolong bayarkan roadtax,
walau gua tak mintak pon. mana nak cekau seribu hinggit bai..
Macam tau2 je gua tengah pokai sekarang ni.
p/s: misi berani mati balik raya dengan roadtax mati tak jadi
Tuesday, August 9, 2011
Besero Nok Kelik Kapung Nok Gi Qaryah Ramadhan Eh
Pintu gerbang kampung ramadhan
Hiasan taman dalam qaryah
Kuliah Ustaz Azhar Idrus
Himpunan anak muda semasa kuliah Ustaz Azhar Idrus
Sukarelawan Green-V - Juruh juruh belako ni
Iftar berjemaah
Dalam khemah saf penuh
Solat jemaah sampai ke perkarangan stadium
Kedai kopi ala qaryah ramadhan
Sedekoh jariah sekali sekalo
Friday, August 5, 2011
Hanya Mampu Bertahan 2 Tahun
Disebabkan kereta dah 3 hari tak leh start enjin, gua syak mesti problem bateri. Hari ni baru ada masa nak fikir pasal kereta dek kerana kesibukan labwork. Pagi dah kena masuk fakulti, petang baru balik, bukak puasa, terawih, penat terus tidur kroh kroh. Rutin berulang2 untuk dua tiga minggu ni.
So, pagi2 lagi gua dah gerak pergi petronas fasa 2 dengan motor topek. Parking dan terus masuk dalam. Lalu pulak tepi peti ais, memang orang tengok. Mentang2 la sekarang ni bulan puasa, ramai la pulak yang ushar pelik sebab gua beli air . Tapi rilek lar der, gua memang beli air, tapi air bateri je kot. Terbang 2 hinggit pitis.
Balik rumah, tuang air sampai habis. Ikut pengalaman dalam 30 minit dah boleh cuba start. Tapi yang ni, lepas setengah jam enjin masih segan silu nak bekerja. Terpaksa cuba jump start, nasib baik min ada jumper. Nice, enjin kembali berfungsi. eureka eureka eureka!
Tapi still tak puas hati. Kena gi check power battery kat kedai jugak. Walau dalam hati mintak2 lah bateri ni boleh pakai lagi. Sampai shah alam 2, ada satu kedai je yang bukak. Gua parking baik punya depan kedai suruh apek tu check power battery.
Sekali tengok, memang sah battery weak. Pastu dia suruh start enjin. Ngam ngam la pulak enjin tak hidup toorrbaikkkkk. Perasaan dah pasrah sebab terpaksa beli bateri baru. Buat2 tanya dah tak boleh cas balik ke..? isi air bateri baru ke...? konon2 nak sedapkan hati..haha
Harga bateri 162 lepas jual balik bateri lama 8 hinggit..Nego sama uncle tu..kasi can la sikit kat gua as first customer hari ni..nanti gua promote uncle punya kedai kat blog...hehe dapat jugak diskaun 7 hinggit, gua angkat MF Yokohama Battery NS40ZL dengan harga 155 hinggit..sekali dengan warranty one year from the fixing..MF tu maintenance free jenis yang tak perlu isi air bateri.
Andrew | Cathay Auto Service & Repair | Shah Alam 2
p/s: Kereta dah setel. Duit dah kering. Sewa rumah masih tertunggak. Labwork tak siap lagi. LR lagi la tak siap. Roadtax kereta pulak dah mati. Camna nak balik raya nih
Label :
Bateri Rosak,
Cathay Auto Service and Repair,
Duit,
Kereta,
Labwork,
Myvi 1.5,
Myvi 2011,
Puasa,
Puncak Alam,
Research,
Shah Alam 2
Tuesday, August 2, 2011
Bazar Ramadhan Dan Plastik
Salam Ramadhan buat semua umat manusia di muka bumi ini.
1. Okeh, hari ni hari pertama puasa. Alhamdulillah, rezeki ada untuk bukak puasa. Kat bazar pun banyak gerai yang bukak walaupun kurang pilihan. Tambah lagi duit pun pokai, jadi beli je apa yang ada. Hari pertama berbuka dah celebrate dengan blackout. damn!!!
2. Hari ni gua bawak balik 3 beg plastik. 1 untuk air, 1 untuk lauk dan 1 untuk kuih. Nasi, topek yang masak kat rumah sewa hahaha. Kalau ikutkan jarang2 je gua beli kuih kat bazar puncak alam ni. Biasanya hanya nasi dan air. simple.
3. Lepas terawikh tadi gua gerak pergi kedai, tetiba terfikir pasal plastik. Gua anggarkan setiap hari gua bawak balik 2 beg plastik yakni 1 ada makanan dan 1 ada air. Maknanya di sini, selama sebulan puasa ni gua akan membawa 60 beg plastik ke rumah setiap kali balik dari bazar Ramadhan. Itupun kalau tiap2 hari beli benda yang sama ye dak
4. Habis beg plastik, belum campur lagi dengan plastik pembungkus air dan bekas polistren yang bungkus nasi. Contoh la kita ambil angka yang sama. Kalau sehari maknanya 1 plastik pembungkus air dan 1 bekas polistren. Jadi jumlahnya selama sebulan puasa gua telah mengumpulkan 30 pembungkus air dan 30 bekas polistren secara tak sengaja.
5. Wooww..selama sebulan gua akan ada paling minimum 60 beg plastik, 30 plastik pembungkus dan 30 bekas polistren. Bayangkan, itu gua sorang. Tak campur dengan budak2 rumah sewa ni lagi. Itu untuk satu rumah je. Cuba kira berapa rumah yang ada kat puncak alam ni..berapa ramai orang yang pergi bazar bawak balik plastik kat puncak alam ni ..
6.Jawapannya...brader lori sampah yang akan kira plastik gua tiap2 minggu. Tanpa sedar kerana puasa gua selama sebulan nanti, gua terpaksa menunggu 100 hinnga 500 tahun untuk plastik itu lupus. Maafkan gua wahai bumi. Gua tak sanggup lagi bawak beg sendiri pergi bazar ramadhan.
Label :
Bazar Ramadhan,
Puncak Alam,
Ramadhan,
Sampah Plastik
Sunday, July 31, 2011
Apek Terpaksa Putus Tunang Walau Tiada Orang Ketiga
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad. Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan. Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”
p/s: Ni la bahaya kalau letak status emo kat facebook..terlalu banyak kisah diri dicanang dalam blog..ni semua ujian..gua harap lu sabar dan buat keputusan yang terbaik untuk masa depan lu sendiri.
Friday, July 29, 2011
Photo of the Day | Harimau Malaya
TEARS OF FRUSTRATION... Striker Norshahrul Idlan Talaha, who could not play in last night’s match because of injury, being consoled by his wife while watching the World Cup qualifier second leg between Malaysia and Singapore at the National Stadium in Bukit Jalil. The match finished 1-1, ending Malaysia’s campaign. — NST picture by Osman Adnan Jul 29, 2011 1:56 am [new straits times online]
Skandal Dahlia Teck Pembakar Semangat Khairul Fahmi
Bismillahirahmanirahim...
1. Malaysia 1, Singapura 1. Agregat Malaysia 4, Singapura 6. Congratulations Lions. Tak lupa tahniah juga buat rakyat jelata yang sanggup memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. 85000 tu derr..Itu yang kita nak. Lawan Arsenal, Liverpool, Chelsea boleh datang, inikan Harimau Malaya. Thumbs up!
2. Perlawanan yang menarik tapi taktikal macam sampah. 1st eleven seperti dibayangkan. Cuma status Ismail Faruqi saja diragui. Tempo permainan laju. Bola cepat sampai pada target man dan bola juga cepat hilang. sebab tu bagi gua itu sampah. Lagi satu taktik long ball passing sampah diguna pakai. Memang kalah la kalau stricker kita nak beat dengan defender Singapura yang tinggi lampai tuh. Kalau setakat jarang2 guna long ball passing ok jugak, ni sampai sepuluh kali main taktik tu, memang bodoh la nak lepas.
3. Midfield. Main pulak long ball, yang passing tu mostly dari right left defender. Langsung tengah tak hidup. Tambah lagi bila Ismail Faruqi yang jadi 1st eleven, impak serangan kurang dan ball winning hampir tiada. Kalau ada pun, mesti passing ke flanker. kalau tak pun terus buat long passing walaupun tiada pressure dari pihak lawan. Tapi gua puji Ismail sebab agak confident untuk pegang bola dribble, tapi macam chhaiiiss bila bawak bola sampai atas..Agak2 la nak pegang bola lama2 pun. Pertukaran Ismail Faruqi dengan K.Gurusamy dikala kita mahukan more offensive game diragui kerana Guru dilihat lebih sebagai defensive midfielder.
4. Defence. Aidil yang main hanya 20 minit lebih sebab cedera, ditukar dengan Muslim bagi kesan pada perlawanan malam ni. Aidil tiada, tiada leader dalam padang walau Safee kapten. No leader no playmaker. Overall gua puji defender kita kali ni sebab lebih pressure oppenent, berani tackle dan kurang buat mistakes bodoh. Right left defender selalu buat overlap dan cepat turun cover balik. Gol Singapore, pada gua kita leka sedikit sebab terlalu asyik menyerang. Man marking kurang.
5. Goalkeeper. Khairul Fahmi Che Mat @ Apex gua angkat dia sebagai Man Of The Match. Banyak save bola bahaya dari Singapura. Minit2 awal serangan depan gol, kaki Apex jadi penghalang. Tangkapan meyakinkan. Free kick, sepakan penjuru berjaya diselamatkan dengan superb sekali. Paling awesome bila serangan one to one dari counter attack Singapura. Perrgghhh terbaik. Walaupun dilanda skandal, permainan lu memang patut dipuji 100%. No doubt.
6. Attacking. Sekali lagi Safee Sali membuktikan dia adalah penyerang terbaik Malaysia buat masa kini. Menjadi pemain pertama yang beraksi di Liga Indonesia, shot on target beliau tidak mengecewakan. Lihat golnya, tenang saja melepaskan rembatan padu menewaskan sorang defender dan goalkeeper walau sudutnya agak sukar. Kesungguhan beliau harus dipuji. Tapi kalau main bagus pun, taktikal passing sampah buat apa. Gandingan Hadi Yahya- Safee Sali kurang menjadi. Hadi tenggelam tak timbul2 bila disuruh bermain sebagai backup stricker sedangkan beliau selalu bermain sebagai top stricker.
7. Dahtu, Fakri Saarani pulak masuk jadi supersub. This is the worst tactical by King Gobal. Tak tengok ke camna budak Fakri ni main first leg. Liga Super pun tak perform. Pilihan lain ada je, Ashaari Samsudin, Badrool Bakhtiar lagi berkesan dari mamat ni. Harapkan tinggi je lebih. Tapi biasa la, "saya kenal pemain saya", "itu hak saya" mesti jawapannya. hehe Supersub jadi super red card wadehel...Takpun hanya mampu tolak pemain lawan keluar padang supaya tidak melengahkan permainan..hahaha
8. Winger. S. Kunalan dan Amirul Hadi. Banyak bagi sumbangan pada serangan. Rajin dan bertenaga. kadang2 je buat mistakes bila passing dan control ball. Tak tahu la taktikal King Gobal ni, winger lebih kepada ball crossing dari tepi dan kurang untuk jadi advance playmaker untuk penetrate kawasan Singapura.
9. Rumusan. Good game, wrong tactical but great effort. Menyenaraikan Aidil Zafuan yang masih belum cukup fit merugikan taktikal King Gobal sebab kena buat pertukaran awal. Memilih Ismail Faruqi berbanding pemain yang lebih pengalaman di international level macam Badrool dan Ashaari memakan diri Rajagobal. Kemasukkan Fakri ternyata membawa kehancuran untuk Datuk Raja.
10. Sekadar luahan hati, maaf kalau silap. Kita cuba lagi nanti. Gua tetap akan sokong Harimau Malaya. Go tigers go tigers. Singa pura penuh dengan pura pura bak luahan seorang rakan "it was very frustrating watching game in stadium when only one team is trying their best to play football and the other trying their best to waste time".
Thursday, July 28, 2011
Hari Ini Semua Orang Bercakap Pasal Bola Sepak
1. Kurang 8 jam je lagi pertarungan hidup mati Harimau Malaya menentang Singapura dalam saingan Pra Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Pilihan yang ada antara layak atau tersingkir. Sebelum ini perjalanan Harimau Malaya dari Stadium Jalan Besar Singapura agak goyah dengan membawa defisit dua gol dan bekalan tiga gol tempat lawan wajib ditebus paling kurang dua gol tanpa bolos untuk layak.
2. Perkiraan nampak senang yakni cari gol awal dan banyak gol tapi percaturan 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah tentu sukar. Tambah lagi dengan kepincangan pada bahagian pertahanan sekaligus memberi kesan pada penjaga gol. Namun, dengan semangat Harimu Malaya pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong mampu membawa kemenangan pada malam ni.
3. Paling penting malam ni bila kita mula membuka jaringan perkara pertama yang player kena lakukan ialah jangan celebrate dulu. Kutip bola dari belakang jaring dan bawa ke tengah padang. Stay focus dan tambahkan nafsu serakah untuk cari lebih banyak gol.
4. Kemudian bila kita dah score kali kedua pun ulang turutan yang sama, lupakan celebration dulu. Lepas tu gol yang ketiga dan keempat pun buat benda sama jugak. bila dah gol yang kelima kalau korang nak celebrate bukak baju seluar sampai tak ingat dunia pun korang punya pasal lah.
5. Kita mesti buat macam ni sebab walau striker kita dapat score sedozen pun kita tak tahu berapa biji pulak defender dengan goalkeeper kita akan bolos malam ni kan. Papepun kita semua kena positif dan pandang ke depan untuk capai kejayaan. Ingat!! kejayaan kita tu bukan setakat menang di home ground saja tapi mesti layak ke pusingan ketiga. Gua harapkan Malaysia akan menang dengan jaringan 3-0 malam ni..cayaaallahh..AAUUUUMMMM
Kita layan dulu lagu hitam kuning hitam kuning go tigers go tigers!!!
Wednesday, July 27, 2011
#2 Rabu Yang Bisu
p/s: Sepanjang hidup sampai hari ni, belum pernah lagi gua buang sampah
dalam tong sampah kitar semula..kesian kan Malaysia ada rakyat macam gua.
Hanya bait bait lagu "coklat untuk kaca, biru kertas punya, jingga untuk tin..
dan plastik juga" jadi kenangan..ppffftttt!!!
Sunday, July 24, 2011
Abang Long Fadhil Ganti Fadhli Shas Jadi Centre Back Malaysia
[First Half Goals]
[Second Half Goals]
1. Kesilapan mudah pemain pertahanan. Lack of man marking. Tiada guna perlawanan persahabatan dengan kelab gergasi EPL kalau takda perubahan. Kena belajar balik tengok match Malaysia XI vs Chelsea macam mana Ong Kim Swee buat. Kena ada sorang centre defender otai. Aidil salah seorang.
2. Seperti biasa, kalau defend hancur goalkeeper akan kena teruk. Sama macam game pertunjukan Arsenal dan Liverpool. Tak kira la Apek ke Sharbinee, bolos besar la jawabnye. Kalau letak Zila Bakarin pun belum tentu selamat. Apa pun tak boleh
3. Kunalan memang rajin. Naik turun kejar bola. Give pressure to opponent. Speed dia memang gua puji. Ball control pun OK. Amirul Hadi masuk baru ada sedikit kesan pada serangan. Gandingan Kunalan dan Amirul Hadi bahagian sayap sebagai pilihan terbaik. Next match Amirul Hadi 1st eleven.
4. Sentuhan Safee Sali sudah kembali. Seperti biasa tenang menjaringkan gol. Tapi mungkin second leg nanti Singapore akan jaga habis2. So need a backup stricker. Harap2 Matyo dapat main kat Bukit Jalil nanti. Kalau tak Abdul Hadi Yahya sebagai 1st eleven. Tak perlu kot letak Fakhri Saarani tuh. Tinggi je lebih.
5. Safiq Rahim out. No more advantage on freekick set pieces. Attacking midfielder lain yang boleh ganti Safiq sudah tentu Badrool Bakhtiar atau K. Gurusamy. Atau pun Shakir Shaari boleh jadi penganti yang sesuai. Amar Rohidan as defensive midfielder kena lebih kreatif lagi. Kurangkan back passing semata mata.
6. Apa yang penting second leg nanti kita nak 2 gol je untuk layak. Away goal dah ada 3 bijik. Maknanya defender mesti mau kebal. Selalu buat overlapping. Tengah boleh pegang bola lama. Mesti kasi pressure bila lawan pegang bola. Stricker mesti pandai cari peluang dari di rantai defend..wajib kasi pecah itu singa punya gawang..
7. Penyokong..Itu yang paling penting The 12th Player...Seperti biasa.. Support kat stadium la derr bukan setakat reti condemn je.. Apa guna mencarut bagai kat facebook, twitter dan segala social network tapi tak pergi stadium macam gua ni..hahaha KING Gopal gua taruh harapan sama luuu... Kritik untuk perubahan bukan membunuh. Gomo Malaysia Gomo ! Tanah Tumpah Darahku !
Saturday, July 23, 2011
Sponsor Kahwin Bagai Nak Rak
Jauh baik abe salih yaacob jugok kut mano2 pon...
bukan setakat sore duo ore bini...
tapi 4 isteri tu derr... jare2 ore jah buleh buat ni...
relek jah dio nikoh... menteng pah ko loni...
siap dapat anugeroh lagi dari Kerajae Kelate...
glemor pah cerroh...hahaha baso dio doh la mugo artis key...
tapi gak mikir2 sapo tokse jadi wedding of the year...
ko guano adik kakok abe pokcik mokcik blako???
.
Friday, July 22, 2011
Perempuan Suka Lelaki Berjangggut ?
Semua orang tahu yang ada janggut, misai, jambang dan kumis itu adalah lelaki. Orang lelaki amat digalakkan untuk menyimpan janggut kerana merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda menyuruh umatnya supaya tidak menyerupai kaum Yahudi. Orang-orang Yahudi menyimpan misai dan mencukur janggut lalu Rasulullah menyuruh umatnya supaya menyimpan janggut dan mencukur misai.
Selain dapat pahala sunnah free2, janggut juga merupakan perhiasan bagi spesies lelaki. Ibaratnya macam perempuan perhiasan diorang adalah rambut dan that's why la kenapa ramai yang suka tunjuk2 rambut kan..pastu boleh pulak kaler2 bagai kan..hahaha
Ada orang cakap bila lelaki simpan janggut atau jambang ia dapat mengelakkan seseorang tu dari penyakit AIDS yakni melalui faktor perkongsian pisau cukur. Yaa..gua rasa pun ni betul gak..tapi kan statement ni boleh pakai zaman 60, 70-an kot. Sebab zaman sekarang ni mana ada dah orang kongsi2 shaver ni waima di kedai gunting sekalipun.
Lagi satu ada orang cakap dengan menyimpan janggut atau jambang ni korang boleh menjimatkan belanja harian atas faktor terpaksa membeli pisau cukur. Betul ke? Bagi gua korang beli shaver ni bukan hanya nak cukur misai atau janggut semata mata. Banyak lagi benda boleh shave kan (faham2 sendiri laa).
Jadi kalau bab jimat belanja gua kurang setuju. Kalau boleh jimatkan masa gua memang setuju. Iyalah korang terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur janggut. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya. Remember time is money.
Bagi yang masih ragu2 pasal kelebihan janggut ni, korang tahu tak yang ada kajian bagitahu yang janggut ni ada kelebihan yang istimewa. Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya. Bukan setakat tu je. Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya. Wooww..korang percaya tak? Gua malas nak cerita panjang2, korang tengok je video kat bawah ni.
Jadi kalau bab jimat belanja gua kurang setuju. Kalau boleh jimatkan masa gua memang setuju. Iyalah korang terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur janggut. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya. Remember time is money.
Bagi yang masih ragu2 pasal kelebihan janggut ni, korang tahu tak yang ada kajian bagitahu yang janggut ni ada kelebihan yang istimewa. Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya. Bukan setakat tu je. Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya. Wooww..korang percaya tak? Gua malas nak cerita panjang2, korang tengok je video kat bawah ni.
Ni gua jumpa kat website wonderfulinfo.com Scientific benefits for having a Beard
- A beard protects the face from harmful chemicals, and pollution in the air, which will cause cell damage, and increase wrinkling and bad skin. So keeping a beard protects your skin from the elements, reduces wrinkles, ageing, and bad skin.
- The beard covers the skin, which protects the sebaceous glands from being infected by acne vulgaris bacteria, thus preventing acne/spots/pimples.
- Keeping your face warmer and protects your chin from dangers.
- It prevents disease of throat and gums.
- Most of the respiratory problems are prevented by keeping beard.
- It is the identity for a man with respect to woman.
- Research says the longer and thicker the beard the wiser the person is supposed to be.
Klik kat sini kalau nak tahu pasal mamat omputih yang buat experiment pasal jambang dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan testing dengan mencukur separuh jambangnya.
Wednesday, July 20, 2011
Birthday Present - Renew License
Sumber: Lesen ikut tarikh lahir pemandu
"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam. Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya. Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.
Label :
Birthday Present,
JPJ,
Lesen Memandu,
Renew License
Monday, July 18, 2011
OMG UiTM Buat Contest
Sesiapa pelajar UiTM
sila angkat tangan sekarang
kah kah kah
Sesiapa pelajar UiTM
jika tak mahu dikenali sila pakai topeng sekarang
kah kah kah
Sesiapa pelajar UiTM
yang menang ini award gua salute sama lu
kah kah kah
p/s: Apa benda la anugerah camni..buat malu UiTM jer...
Saturday, July 16, 2011
Chlorophobia dan Xanthophobia Dalam Laskar Pelangi
Warna itu milik kita semua
Pilihlah warna yang mana yang kamu suka
Hiasilah hidup kamu dengan warna warna yang ada
Biar orang kata hitam itu hodoh tapi bagi kamu ia menawan
Biar orang kata putih itu tiada apa apa tapi bagi kamu ia adalah kesempurnaan
Biar orang kata kelabu itu suram tapi bagi kamu ia adalah pelengkap
Biar orang kata biru itu sedih tapi bagi kamu ia adalah ketenangan
Biar orang kata hijau itu dengki tapi bagi kamu ia adalah harapan
Biar orang kata merah itu sengsara tapi bagi kamu ia adalah kekayaan
Biar orang kata kuning itu lucah tapi bagi kamu ia adalah kedaulatan
Jadikan warna warna ini sebagai senjata buat kamu
Biar ia mencorak berkembang menentang sengketa
Semoga terus utuh dan tiada runtuh dalam diam semacam lenyap
Friday, July 15, 2011
Sarkis Sarkis Yang Tak tahu Malu
Betapa taksubnya Fans Liverpool terhadap pasukan, sampaikan memaksa seorang yang pakai jersi Manchester United supaya menukar baju pakai jersi Liverpool di khalayak ramai. Kenapa tidak anda sendiri paksa DIRI ANDA untuk sarung jersi kebangsaan, TANAH TUMPAHNYA DARAHMU??? Shame on you!!!
"If you are ashamed to stand by your colors,
you had better seek another flag"
- Mokhtar Dahari (Supermokh) -
Wednesday, July 13, 2011
Royal London Sarkis - FAM Kenyang Perut
Malaysia 0
Arsenal 4
(Aaron Ramsey 4’, Theo Wallcott 35’, Carlos Vela 59’, Rosicky 90')
Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K.Rajagobal tidak terdaya memberikan
saingan kepada Arsenal, apabila tewas 0-4 kepada skuad barisan Arsene Wenger dalam
aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
saingan kepada Arsenal, apabila tewas 0-4 kepada skuad barisan Arsene Wenger dalam
aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Rumusan:
Biasala tu kalah 4-0...Malaysia kan main away game...
sorakan penyokong Harimau Malaya tenggelam dek sorakan penyokong ARSENAL.
TAHNIAH FAM kerana telah memalukan pemain Harimau Malaya di SNBJ...
TAHNIAH JUGA UTK PENYOKONG ARSENGAL DI SBNJ
kerana memaki bangsa sendiri di bumi sendiri
1 gol untuk FAM
1 gol utk ProEvents
1 gol untuk ASTRO
1 gol untuk bangsa2 London celup
gua ulangi perlawanan sebentar tadi telah berlangsung dengan jayanya di Emirates Stadium dengan kelihatan ramai rakyat Malaysia disana. Dipercayai mereka adalah student student oversea Malaysia yang berpendidikan sangat tinggi hingga tergamak
boo player Malaysia..lulz !
#1 Rabu Yang Bisu
"If you are ashamed to stand by your colors,
you had better seek another flag"
- Mokhtar Dahari (Supermokh) -
you had better seek another flag"
- Mokhtar Dahari (Supermokh) -
Monday, July 11, 2011
Baju BERSIH 2.0 Jadi Bahan Sejarah
NOTA:
baju bersih yang digunakan pada 9 julai lalu
jangan di basuh
jangan ganggu gugat
keringkan elok elok
kemudian pergi kedai buat bingkai kaca
upah buat bingakai kaca
masukkan baju bersih ke bingkai kaca
letakkan di ruang tamu
kerana tak lama lagi hari raya
nanti di hari raya tunjukkan pada
sanak saudara tentang sejarah
yang kita lakar bersama
yakinlah 20 tahun dari hari ini
baju ini adalah cult classic
yakinlah 20 tahun dari hari ini
apa yang tertulis dalam ini akan menjadi kenyataan
baju bersih yang digunakan pada 9 julai lalu
jangan di basuh
jangan ganggu gugat
keringkan elok elok
kemudian pergi kedai buat bingkai kaca
upah buat bingakai kaca
masukkan baju bersih ke bingkai kaca
letakkan di ruang tamu
kerana tak lama lagi hari raya
nanti di hari raya tunjukkan pada
sanak saudara tentang sejarah
yang kita lakar bersama
yakinlah 20 tahun dari hari ini
baju ini adalah cult classic
yakinlah 20 tahun dari hari ini
apa yang tertulis dalam ini akan menjadi kenyataan
ARTIFAK SEJARAH
NOTA:
jangan lupa cari satu lagi
kerana setiap hujung minggu
kita semua nak pakai kuning
jangan lupa cari satu lagi
kerana setiap hujung minggu
kita semua nak pakai kuning
HASIL KARYA TUKAR TIUB
Label :
Baju Bersih 2.0,
Bersih,
BERSIH 2.0 Rally,
Kuala Lumpur,
Malaysia,
Najib,
PM Malaysia,
Politik,
Rasuah,
Sejarah,
SPR,
Undi Pos
Subscribe to:
Posts (Atom)