matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Kelebihan Janggut. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Janggut. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Kelebihan Lelaki Berbulu Lebat


Sebelum ni gua ada cerita pasal kelebihan menyimpan janggut. Baca di sini. Anugerah janggut, misai atau jambang ni bukan semua lelaki yang dapat. Ada sesetengah orang muka suci gila tanpa bulu walaupun sudah baligh. Yang memang jenis keturunan berbulu lebat tak yah cerita la. Ada juga yang jenis kurang berbulu ni siap sapu minyak bon lagi semata mata nak kasi subur.

Mana tidaknya, bulu bulu muka ni menjadi aset penarik pada pandangan awek. Tapi tak semua yang suka lelaki sebegini. Ada seorang ni cakap dia "tak suka lelaki berjambang sebab confirm dia ada bulu dada". Jadi post kali ni berkisar tentang lelaki berbulu lebat. Tak kira la bahagian muka, tangan, kaki, dada ataupun dot...dot..

Bila awek/bini lu pegang tangan korang, dia boleh belai macam belai seekor kucing. Dengan penuh kasih sayang gitu...anda suka? Kalau kucing pun suka dibelai...sudah tentu anda juga suka kan...Ini adalah satu kelebihan sebab orang yang kurang bulu ni jarang dapat belaian kasih sayang ni.

Lagi istimewa kalau awek/bini lu ni yang jenis takut dengan kucing. Ada kucing bawah meja pun nak menjerit. Tapi yang peliknya dia suka pulak tengok kucing yang berbulu lebat ni. Jadi, penyelesaian yang terbaik, lu boleh menjadi kucing untuk awek/bini lu. Sambil2 belai boleh buat cakaran kucing hahaha

Buat awek/bini lu yang mempuyai tahap miang yang tinggi, lelaki yang berbulu kaki lebat memang beruntung. Bila tak puas lagi belai tangan, belai bulu kaki pun layan. Nak belai sambil tengok tv pun takda la tak senonoh sangat kan. Tapi pastikan anda berada di rumah dan bukannya tengok tv kat  kedai mamak.

Bulu dada...bahagian yang paling menarik pada mata segelintir awek2..fuhhh walau perut takda sixpack pun atau dada tak tough manapun tapi sebab bulu dada tahap lebat, panjang dan hitam berkilat tetap dianggap seksi giler. Mesti awek/bini korang rajin nak tocang atau belai-belai dengan sikat. yang lagi kemaruk siap buat fesyen bulu dada lagi macam rambut pacak kahkahkah

Kalau orang lain beli syampu anti kelumumur la, conditioner la, cleanser bagai la hanya dapat guna syampu  itu untuk rambut kat kepala saja...Bagi yang jenis berbulu tangan, kaki dan dada dapat guna syampu itu untuk satu badan...jimat kan? Untunglaaaa dia cukup beli syampu saja dan tidak perlu beli sabun hahaha

p/s: Dah habis merapu. Yang tak puas hati, sila berkumpul di ruang komen (macam la ada orang nak komen) hahaha. Okay gua chau dulu. mood menghitung hari nak balik beraya kat kampung.


Friday, July 22, 2011

Perempuan Suka Lelaki Berjangggut ?


Semua orang tahu yang ada janggut, misai, jambang dan kumis itu adalah lelaki. Orang lelaki amat digalakkan untuk menyimpan janggut kerana merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda menyuruh umatnya supaya tidak menyerupai kaum Yahudi. Orang-orang Yahudi menyimpan misai dan mencukur janggut lalu Rasulullah menyuruh umatnya supaya menyimpan janggut dan mencukur misai. 

Selain dapat pahala sunnah free2, janggut juga merupakan perhiasan bagi spesies lelaki. Ibaratnya macam perempuan perhiasan diorang adalah rambut dan that's why la kenapa ramai yang suka tunjuk2 rambut kan..pastu boleh pulak kaler2 bagai kan..hahaha 


Ada orang cakap bila lelaki simpan janggut atau jambang ia dapat mengelakkan seseorang tu dari penyakit AIDS yakni melalui faktor perkongsian pisau cukur. Yaa..gua rasa pun ni betul gak..tapi kan statement ni boleh pakai zaman 60, 70-an kot. Sebab zaman sekarang ni mana ada dah orang kongsi2 shaver ni waima di kedai gunting sekalipun.

Lagi satu ada orang cakap dengan menyimpan janggut atau jambang ni korang boleh menjimatkan belanja harian atas faktor terpaksa membeli pisau cukur. Betul ke? Bagi gua korang beli shaver ni bukan hanya nak cukur misai atau janggut semata mata. Banyak lagi benda boleh shave kan (faham2 sendiri laa).

Jadi kalau bab jimat belanja gua kurang setuju. Kalau boleh jimatkan masa gua memang setuju. Iyalah  korang terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur janggut. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya. Remember time is money.

Bagi yang masih ragu2 pasal kelebihan janggut ni, korang tahu tak yang ada kajian bagitahu yang janggut ni ada kelebihan yang istimewa. Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya. Bukan setakat tu je. Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya. Wooww..korang percaya tak? Gua malas nak cerita panjang2, korang tengok je video kat bawah ni.



Ni gua jumpa kat website wonderfulinfo.com  Scientific benefits for having a Beard

  1. A beard protects the face from harmful chemicals, and pollution in the air, which will cause cell damage, and increase wrinkling and bad skin. So keeping a beard protects your skin from the elements, reduces wrinkles, ageing, and bad skin.
  2. The beard covers the skin, which protects the sebaceous glands from being infected by acne vulgaris bacteria, thus preventing acne/spots/pimples.
  3. Keeping your face warmer and protects your chin from dangers.
  4. It prevents disease of throat and gums.
  5. Most of the respiratory problems are prevented by keeping beard.
  6. It is the identity for a man with respect to woman.
  7. Research says the longer and thicker the beard the wiser the person is supposed to be.
Klik kat sini kalau nak tahu pasal mamat omputih yang buat experiment pasal jambang dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan testing dengan mencukur separuh jambangnya.



previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers