matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �
Showing posts with label Google+. Show all posts
Showing posts with label Google+. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Google Plus Skema La



Jeng la google plus ni. Mentang2 la gua baru nak godek2 google+ ni, gua dah tersalah letak nama kat profile. Mana la gua nak tahu takleh letak nama suka hati je. Disebabkan itu habis google account kena suspended. Damn it!

Nak bukak account youtube tak boleh. Nak upload gambar kat blogspot pun tak keluar. Nak update blog susah nak mampus. Nak bukak blog orang lain, lembab gila. Dah la keluar tulisan je, gambar tak nampak. Nasib baik Gmail boleh bukak. Kuang ajaq betul google ni..




Sunday, September 5, 2010

Ya Tuhan Ganti Google.. Lagi inovasi dari negara Iran



Kerajaan Iran membangunkan enjin carian Internet sendiri bagi menggantikan enjin carian antarabangsa seperti Google, Yahoo atau Alta Vista. Enjin carian terbaru yang dinamakan 'Ya Haq', yang bermaksud 'Ya Tuhan' dalam bahasa Farsi itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencarian yang lebih laju dan keselamatan maklumat yang lebih tinggi untuk komunikasi atas talian di negara itu.

Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Syarikat Teknologi Maklumat Iran, Hadi Malek-Parast berkata, Ya Haq akan sedia dilancarkan pada tahun 2012. Menurutnya, projek tersebut adalah projek Intranet domestik yang berbeza dengan perkhidmatan Internet antarabangsa.

Pegawai Teknologi Maklumat, Pujan Ziaie berkata, kerajaan Iran bukan sahaja membangunkan enjin carian, tetapi jua program Intranet, iaitu program seperti Internet dalaman bagi negara itu di mana pengguna akan mendapat akses kepada laman sesawang yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Perbincangan mengenai pembangunan Intranet ini telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan atas pendirian bahawa Internet merupakan senjata Barat. "Jadi apa yang Iran sedang cuba lakukan bagi mengelakkan ancaman ini adalah dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh China," katanya.

p/s: Tahniah buat negara Iran. Semakin lama semakin banyak inovasi dilakukan walaupun dikecam hebat oleh Amerika dan sekutu berhubung projek pembinaan reaktor nuklear. Tak silap gua dalam sebulan dua yang lepas Iran baru melancarkan jet pejuang tanpa pemandu. Hebat bukan. Bagi sebuah negara Islam inovasi ini sangatlah penting bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap kuasa asing. Ini sekali gus mengelakkan kita dari mudah tunduk dari tekanan mereka. Syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga Islam dan Melayu di Malaysia juga mampu mengahasilkan inovasi yang bertaraf dunia.

Friday, August 27, 2010

Oh kanda dinda...mari kita bergravity bersama google

Mari sini semua. Yang jauh jauh tu mari dekat sikit. Yang dah dekat tu mari lagi rapat. Gua nak share pasal google gravity ni. Jom cuba Google Gravity kat sini...haha boleh baling baling icon yang ada kat front page google. memang sempoi la. sambil lu orang layan google gravity tu boleh juga layan lagu kekanda adinda oleh Monoloque dan Atilia..PADU habis gua cakap lu. Sebelum layan google gravity tu, ushar dulu video yang gua baru buat ni...

previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers