matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, November 27, 2010

Trend Drama Melayu Sekarang

Adakah anda peminat cerita melayu? Kalau anda peminat drama melayu mesti anda perasan akan satu perubahan ini. Sejak akhir akhir ini trend dalam drama melayu kebanyakan watak perempuan mula mengenakan tudung. Ini sudah bagus bukan.

Kita tengok evolusi ini. Bermula dengan drama Nur Kasih yang mengangkat elemen cinta dan agama dalam jalan ceritanya. Lakonan Tiz Zagyah yang memegang watak sebagai gadis kampung yang bernama Nur Amina benar benar memberi kesan kepada penonton dan jalan ceritanya. Dan ternyata drama ini telah mencatatkan jumlah penonton yang tinggi dan telah diulang siar bagi memenuhi permintaan orang ramai.



Seterusnya, baru baru ini gua telah terpengaruh dengan osmate gua dengan cerita Chinta di TV3. Jalan ceritanya boleh dikatakan agak menarik pada awalnya tapi pada pengunjungnya kurang berkesan. Namun drama ini turut menjadi hits kerana mempertaruhkan Fasha Shanda sebagai Chinta serta pelakon terkenal lain. Drama ini mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung. Kalau anda mengikuti drama ini, anda akan dapati hampir semua pelakon utama memakai tudung.

 
Terbaru, gua terlayan cerita Ahmad Durrah slot Zehra di TV3. Sekali dengar macam pelik je nama Ahmad Durrah tu, sebab namanya seakan akan nama perempuan. Tapi abaikan fasal nama itu. Drama ini bermula dengan Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli seorang ahli korporat yang jatuh muflis melarikan diri dari kota menuju kampung untuk mencari ketenangan jiwa. Ditakdirkan Ahmad Durrah menjadi perebutan cinta antara Islah (Eja), Fatanah (Nabila Huda) dan Anisa (Nik Zaris Nelydia Senrose). Dalam cerita ini Fatanah dan Anisa turut bertudung.


Cukuplah dengan tiga contoh ini sahaja. Apa yang jelas trend bertudung dalam drama melayu kini menjadi perhatian bagi pengarah buat masa ini. Bagi gua ini adalah satu perubahan yang baik. Trend ini bukan sahaja menarik minat penonton untuk menutup aurat bahkan mencerminkan budaya timur dan memberikan contoh yang baik kepada penonton. 

Walaupun masih banyak lagi yang boleh diperbaiki dalam menegakkan syariat Islam namun ini adalah salah satu permulaannya. Gua tidak mahu bersikap prejudis dalam hal ini dan memandang positif trend ini. Mungkin ada sesetengah orang menggangap pembuat drama saja menggunakan elemen agama untuk menarik penonton. Dan pelakon juga hanya memakai tudung untuk menurut kemahuan skrip sahaja. Apa kata anda?? Jadi gua tinggalkan untuk anda semua fikirkan bersama.


Sunday, November 14, 2010

Di sebalik perlawanan China dan Malaysia (Sukan Asia 2010)

MALAYSIA tewas 0-3 kepada tuan rumah, China pada perlawanan terakhir Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010, namun tetap mara ke pusingan kedua selaku salah satu daripada empat pasukan yang menduduki tangga ketiga terbaik kumpulan.

Malaysia akan meneruskan cabaran dalam pusingan 2 menentang Iran nanti. Dalam perlawanan malam tadi, Malaysia dipaksa bermain dengan 8 orang selepas tiga pemain Malaysia telah dilayangkan kad merah selepas prestasi ‘buruk’ pengadil perlawanan.

Pengadil yang bertugas bagi perlawanan tersebut ialah Ben Williams yang berasal dari Australia. Mutu pengadilan yang dapat gua simpulkan adalah terlalu teruk dan tidak adil kerana pasukan Malaysia menerima layangan 7 kad kuning termasuk 3 kad merah. Biasa le tu main kasar kasar sikit , paling kurang pun kad kuning sudah memadai. Kalau tak nak kasar baik main congkak la weh...hehehe

Setahu gua kalau kita tengok perlawanan antarabangsa sekalipun jarang sekali sesebuah pasukan menerima lebih dari 2 kad merah. Isu ini patut diteliti kerana perlawanan ini melibatkan pasukan China yang juga tuan rumah bagi Sukan Asia 2010. Gua syorkan pasukan Malaysia menghantar memo bantahan kat FIFA lepas ni.

Gua rasa siapa yang tengok perlawanan tadi pasti akan mengeluarkan kata kata cemuhan berkenaan dengan mutu pengadilan Ben Williams yang agak berat sebelah dan tidak tepat. Lagi hebat cemuhan itu bukan sahaja hanya terpampang di komen2 status facebook malah telah ada satu page "Say No to Ben Williams". Gua rasa perlawanan tadi baru je habis tak sampai 5 jam. Gila progresif rakyat Malaysia..haha Ini sudah bagus. Majulah sukan untuk negara!!! hahaha


Antara komen penyokong Malaysia

gua tak faham apa kaitan ketiak dengan kad merah

ni lagi celaka..boleh pulak dia buat lawak bodoh..

smart joke i think hahaha

sek kelate ni...baling mercun la kerja

luahan hati seorang cikgu pj...kesian

tau tak pe..page paling pantas orang like

ni lagi pundek...agak2 la. langsung tak kaitan kot..


ni lagi satu lawak antarabangsa...hahah sejak bila sprm ada kaitan pulak ni..

ada. awak nak tak? hahahaha

gua sokong lu...ben 10 jauh lagi bagus dari ben williams...

p/s: Entri ini khas untuk Ben Williams. Bukan niat nak memalukan orang yang komen dalam page tu. Kalau aku tak screenshot pon orang still boleh tengok kot apa yang lu tulis. hehehe Siapa yang nak tengok page tu boleh klik kat sini. Selamat berjuang rakyat Malaysia. Saya anak bangsa Malaysia. Racism is so yesterday. Peace bro !!!


Thursday, November 11, 2010

Hutang darah dibayar darah

Aah..tidak ku sangka cepat gila masa yang berlalu. Sehari ke sehari sungguh cepat  berlari meninggalkan aku. Sejak hari tu akan ku ingat sampai bila bila apa yang dah berlaku. Serius kejam beb. Lantaklah orang nak cakap apa pun. Yang faham bagus la. Yang tak faham tu buat buat la faham sendiri. Tak kisah la korang nak anggap gua ni bersekongkol dengan pembunuh ke hape. Yang penting hajat dan suruhan itu terlaksana.


Hari yang ku tunggu tunggu telah tiba. Hari Rabu nanti peristiwa berdarah berulang lagi. Aku mahu berjuang habis habisan. Aku mahu balas dendam.  Siapa yang gentar silalah berundur. Dan siapa yang berani sahaja maju ke depan. Kepada geng sekalian anda semua diminta bersiap sedia dengan pisau dan parang yang sudah diasah dengan tajam. Semoga darah pekat mengalir dipisau-pisau sahabat sekalian. Ayuh kita nikmati bersama !!!

Wednesday, November 10, 2010

Jersi dan jerseng jauh beza kot

*credits to sha popo

OK SUDAH FAHAM KAN

SPELLING IS NOTHING

CUBA TENGOK YANG NI PULAK

HASIL KEYWORDS SEARCH

KAT NUFFNANG AKU



WHAT DO YOU THINK ???

JERSI DENGAN JERSENG 

JAUH BEZA KOT...HAHAHA

p/s: Harap harap gua dan rakan rakan  dapat menjawab exam dengan baik dan  lulus semua final exam paper terutamanya paper CVS pagi esok..huhu cuak gila. kena psycho dengan 2 orang housemate pulak tu sekarang ni. Tensi2. May Allah bless we all tomorrow. :-)


Friday, November 5, 2010

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Hutang emas dibawa belayar hutang tag kenalah buat tag tu jugak. "Once you have been tagged, you are supposed to write a note 25 random facts, or goal about you. At the end choose 25 people to be tagged, you have to tagged the person that tagged you. If I tagged you, it means I want to know more about you."

1. Nama mengikut surat beranak ialah Muhammad Affiq Bin Muhammad. Dilahirkan secara ceasarean dari perut ibu. Alhamdulillah baru sahaja mencapai usia 21 tahun. Masih belum berkahwin.

2. Antara nama panggilan yang pernah melekat ialah apek, achong dan matpek.

3. Anak sulong dan adik beradik gua semua lelaki.

4. Tinggal, membesar dan bersekolah di Kelantan. Tak pernah berpindah rumah sejak dari lahir lagi.

5. Pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh sejenis di Kuala Lumpur selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5. (2 tahun batin gua terseksa bhai bila sekolah semua laki nih)

6. Akibatnya pernah terlanjur menjadi pembaca tegar novel cinta setelah terpengaruh dengan rakan2. 2 hari tu biasa je gua habiskan satu novel. Sekarang sudah insaf dengan tabiat ini.

7. Dikatakan mempunyai bibir yang agak merah...eeuuww. Tak tahu kenapa jadi begini (tension gila masa sekolah bila kawan kawan termasuk cikgu2 tanya awak ni pakai lipstick ke)

8. Mempunyai tabiat tidur yang melampau. Bila tak tidur kadang2 boleh mencapai satu hari dan bila tidur pun mesti lama gila.

10. Pernah patah tangan kanan semasa tadika disebabkan jatuh dari pokok rambutan. Time tu gua bukan tengah mencuri buah atau skodeng awek lalu.

11. Suka korek tabung masa kecik2 dulu tapi tak suka korek hidung di depan orang ramai

12. Sudah terjebak dalam arena drama korea walaupun tak pernah sepanjang hayat menjejakkan kaki ke bumi Korea. Cuma pernah melantak di Seoul Garden sahaja.

13. Mula belajar memandu kereta ketika berumur 16 tahun. Dan hanya sekali sahaja dalam sejarah pernah langgar bontot kereta orang. Itupun sebab orang depan yang salah

14. Memiliki kereta atas nama sendiri (bulan2 gua bayar sendiri tau)

15. Baru meminati bidang fotografi dan sangat beringinan untuk memiliki sebuah kamera DSLR  

16. Peminat barangan Body Shop tapi masih tak expert dengan Adobe Photoshop

17. Kurang menyukai haiwan bernama kucing walaupun kat rumah ada je bela kucing. Paling benci apabila  kucing duk main2 kat kaki masa makan. Gua tak tahan beb..

18. Boleh bermain semua jenis sukan tak kira lah sukan darat atau air mahupun sukaneka.

19. Benda yang wajib dibawa apabila keluar ialah wallet, jam tangan, cincin, kunci kereta dan juga handphone

20. Dalam dashboard kereta selalu ada barangan spare seperti berus gigi, perfume, minyak rambut, deodorant

21. Masih lagi menggunakan kotak pensel yang sama dari form 2. Sticker dragon ball pun ada lagi dalam tu. Biarlah sudah berkarat hijau pun, dia tetap menjadi pujaan hatiku.

22. Bila mana menjelmanya musim exam pasti akan ada satu atau dua jerawat timbul di muka.

23. Memandangkan sekarang rambut gua dah panjang, gua selalu ikat rambut toncang ala ala genji apabila berada di rumah.

24. Seorang yang skema, poyos dan penyegan. Tapi kadang2 gua rasa gua ni seksi..haha 

25. Kawan2 sekelas ramai yang tak kenal gua masa awal2 masuk degree farmasi sebab kehadiran sangat tidak memuaskan. 

26. Kalau perasan gua lupa nak buat point yang ke 9 hehehe Okeh  kira setel la ek buat benda ni. Dah takda dah hutang tag dengan siapa2 lagi. Lepas ni boleh tidur lena. Aku tak tahu nak tag siapa dah. So, siapa2 yang baca entri ni anda secara automatik telah ditag oleh tuan blog. 


Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Malaysia 2010/2011

 
Ni jersi baru Malaysia yang menggantikan jersi lama yang belang penuh kuning hitam tetapi masih mengekalkan konsep jalur keramat kuning hitam tersebut. Jersi ni bakal digunapakai  buat pertama kalinya oleh skuad Malaysia dalam cabaran Sukan Asia di Guangzhou, China minggu depan. Jersi ini dikeluarkan oleh Nike Malaysia.

Pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha memperagakan jersi baru bola sepak Malaysia. Style jugak kan design baru ni. Tapi mula mula tengok rasa macam pelik sebab dah biasa tengok corak belang hitam kuning tu. Aku ingatkan bentuk 'H' tu stand for Harimau Malaya, tapi rupamya kat tengah kosong tu ruang untuk nombor pemain.

Jersi first tu memang smart dah. Cuma yang jersi second yang warna biru tu nampak yang kurang menarik la. Warna merah putih kat lengan jersi nampak cam design lama sikit. Nak kata macam jersi Thailand pun boleh jadi. Yang ketiga itu adalah jaket. Seperti biasa ia sangatlah cool.

Barisan pemain dengan jersi baru negara semasa penyerahan Jalur Gemilang untuk skuad Sukan Asia oleh TM Pahang. Tapi tak nampak pulak jersi untuk goalkeeper. Takkan pakai design yang lama kot.

Bahagian dalam baju yang tertera tulisan "Tanah Tumpahnya Darahku" sebagai kata pembakar semangat. Tapi kalau pakai pun bukannya nampak tulisan tu sebab tulisan itu terletak di bahagian dalam baju. Kedudukannya pada gambar bendera Malaysia di bahagian depan.

Tertera di bahagian depan dada kiri. Sebelah kanan ada logo Nike. Kini sudah tiada lagi logo FAM seperti jersi yang terdahulu. Kalau dulu pakai logo FAM, sekarang pakai logo Jalur Gemilang. Tapi kebanyakan jersi kat dunia ni yang aku perasan diorang letak logo persatuan bola sepak diorang. 

Dan kat atas logo tu akan ada seberapa banyak bintang bagi pasukan yang telah menjuarai Piala Dunia. Almaklumlah Malaysia nak masuk pusingan akhir pun tak lepas, apatah lagi nak menang Piala Dunia, jadi tiada signifikan jelas perubahan logo FAM ke bendera Malaysia pada jersi yang baru diperkenalkan ini.

No siri bagi baju original yang dikeluarkan oleh Nike. Memang kantoi la nanti kalau siapa2 beli  kat  Uptown atau Golok..hehe Jersi ini akan dijual pada 8 November dengan harga RM 199. Mungkin boleh usyar kat Al-Ikhsan kot. Jersi dah style dah. Harap2 permainan pun ada style la jugak kan.

Tuesday, November 2, 2010

Kelantan : Antara Kamu Suka Atau Benci

Kehangatan Final Piala Malaysia 2010 belum lagi reda walaupun perlawanan antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan ini sudah berakhir yang menyaksikan The Red Warriors mucul sebagai pemenang dengan mengalahkan skuad Hoben Jang Hoben dengan jaringan 2-1.

Banyak blog dan artikel yang menyiarkan analisis dan kupasan mereka tentang kejayaan pasukan Kelantan yang pertama kali menjulang Piala Malaysia sejak tahun 1921. Kata kata tahniah dan penghargaan diucapkan terhadap semua pihak yang bersungguh sungguh menjadikan impian ini sebgai satu kenyataan.


Namun ada juga sesetengah pihak yang menulis analisis yang berunsurkan persepsi yang kononnya boleh menjadi bahan lawak kepada para pembaca. Bagi gua itu tidak salah sekiranya tulisan tersebut tidak menyentuh sensitiviti dan bersifat provokasi. Setakat lawak Hai-O (seperti di sini) itu tiada masalah bahkan lawak itu memang menjadi pun.

Kata kata sinis seperti "Negeri Sembilan kasi menang kat Kelantan tahun ni sebab kami tak sanggup tengok ada kerusi stadium dibakar lagi". Ia ucapan biasa saja tapi kadang2 ia boleh menjadi sebagai provokasi yang boleh mencetuskan kemarahan budak2 Kelantan. Itu tak termasuk lagi dengan kata2 yang jelas menghina penyokong Kelantan di laman  facebook. Sila jenguk juga kupasan sahabat gua di sini.


Bila anda bercerita tentang bola sepak di Malaysia sekarang, hakikat yang harus anda terima ialah pasukan Kelantan merupakan pasukan mempunyai penyokong yang paling bersemangat dan setia sekaligus memeriahkan arena bola sepak di negara kita. Kehadiran penyokong The Red Warriors meninggalkan populariti The Red Giants selama ini.

Fakta yang wajib anda tahu sebelum mahu mengkritik ialah Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang berjaya mencatatkan kehadiran antara 20000 hingga 25000 (kapasiti maksimum ialah 25000) untuk semua perlawanan home di stadium keramat Stadium Sultan Mohd IV di Kota Bharu pada musim ini

Dan rata rata perlawanan penyokong The Red Warriors mampu mencapai kehadiran melebihi sebahagian besar pasukan tuan rumah di tempat lawan. Satu pencapaian yang susah dicapai bagi pasukan lain buat masa ini.



Rekod untuk tahun lepas dilaporkan bahawa KAFA telah menyumbang sebanyak RM2.4 juta ke dalam kantung  poket FAM, secara langsung atau tidak langsung. Hasil tersebut adalah melalui kutipan jualan tiket, bayaran levi tahunan dan juga termasuk denda kerosakan.

Dan pada musim ini, ulangan final Piala Malaysia antara sang Kijang dan Rusa di Bukit Jalil pada hari Sabtu  lepas menarik perhatian dengan hasil jualan tiket sebanyak lebih daripada 90,000 di Bukit Jalil. Lautan merah memenuhi stadium dengan kehadiran 60000. Dianggarkan bahawa FAM berjaya mengumpul sebanyak RM2.8 juta hasil dari jualan tiket sahaja. Dan KAFA, disahkan menjadi penyumbang tertinggi untuk FAM dalam aspek pendapatan. 


Jadi anda nilailah sendiri di mana tempat pasukan anda. Sejauh manakah pasukan negeri anda mampu menarik penyokong ke stadium masing2 pada setiap perlawanan. Yang jelas mengikut pengalaman sebagai anak Kelantan dapat gua simpulkan tak semua yang pergi tengok bola tu orang berduit.  Mereka hanyalah orang kebanyakan saja malah ada dari golongan petani dan kerja kampung. Tapi disebabkan kesetiaan tinggi mereka terhadap pasukan negeri, tiada alasan mereka untuk ke stadium.   


Bukan perangai gua untuk mendabik dada dengan semangat kenegerian tapi ini hakikat yang ramai tak faham. Kami mengakui kami pernah melakukan kesilapan. Tapi bukan semua yang bersifat demikan. Disebabkan hanya segelintir penyokong Kelantan yang bertindak ganas, semua yang kena. Itu jelas tidak adil. Bagi gua orang Kelantan ini simple saja, "kalau lu orang tak kacau (sensitiviti) kami, kami takkan saja2 nak cari pasal" hehe... Dah memang nasib orang Kelantan selalu dikutuk, tapi sabar itu ada hadnya.

Gua harap kita semua dapat hidup dengan penuh harmonis dan jauhilah segala sentimen dan prejudis. Buat pasukan Kelantan sekalung tahniah sekali lagi diucapkan atas kejayaan ini. Piala Malaysia ini khas untuk pertabalan DYMM Sultan Muhammad Ke V dan 20 Tahun pemerintahan TG Nik Aziz.

p/s: Letih weh taip entri ni...panje nok mapus..hahaha



Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers