Patutla tablet kitorang ada masalah.rupa rupanya tersilap pakai food starch yang sepatutnya guna corn starch.. siapa la bedal corn starch sampai habis.. mesti ada budak2 ni bawak balik corn starch kat rumah.. aku tak tahu la corn starch ni boleh pakai buat masak ke tak.. tapi yang penting kalau nak buat test macam dalam video ni memang confirm jadi.. smart dowh.. jom bercornstarch dan bertablet..~
Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
My Shit List part I
1) bila seronok tengah online tiba tiba blackout
2) pastu dalam gelap pelbagai bunyi keluar damn it, shitt etc..
3) bila ada makanan tersekat celah gigi, tak mampu nak keluarkan
4) orang yg tak reti nak flush lepas guna jamban
5) ada orang kentut dalam bilik pastu buat buat tanya
6) bila duk dalam dewan kuliah, mengantuk tak boleh nak tahana
7) bila sakit perut nak berak time kuliah.
8) bila tertidur time khutbah jumaat, mimpi jatuh basikal, longkang atau yg seangkatan dgnnya, then terkejut dan badan tersentak, lalu disedari oleh pakcik pakai lebai kat sebelah.
9) budak suka pakai tshirt/kemeje POLO pirate, berkolar tegak.
10) bila tidur pakai kain pelikat bangun pagi esok dah tercabut
11) dengar orang membebel benda yang dah lama tau.
12) tak reti nak kemas barang sendiri lepas guna
13) bila pakai shampoo, buih masuk mata lalu pedih.
14) kaki lepak di shopping complex.bukan beli barang pon.
15) bila nak pakai boxer, butang boxer asyik terbuka
16) kena tunggu lama lama untuk lepaskan dari traffic light
17) bila bersandar kat sofa, sofa terheret ke belakang
18) bila pakai earphone, ada orang sibuk nak panggil
19) guna mesin basuh yang bocor, pastu pulas button spin keluar bunyi cam mesin rosak
20) bila letak kepala kat bantal, bantal tenggelam
2) pastu dalam gelap pelbagai bunyi keluar damn it, shitt etc..
3) bila ada makanan tersekat celah gigi, tak mampu nak keluarkan
4) orang yg tak reti nak flush lepas guna jamban
5) ada orang kentut dalam bilik pastu buat buat tanya
6) bila duk dalam dewan kuliah, mengantuk tak boleh nak tahana
7) bila sakit perut nak berak time kuliah.
8) bila tertidur time khutbah jumaat, mimpi jatuh basikal, longkang atau yg seangkatan dgnnya, then terkejut dan badan tersentak, lalu disedari oleh pakcik pakai lebai kat sebelah.
9) budak suka pakai tshirt/kemeje POLO pirate, berkolar tegak.
10) bila tidur pakai kain pelikat bangun pagi esok dah tercabut
11) dengar orang membebel benda yang dah lama tau.
12) tak reti nak kemas barang sendiri lepas guna
13) bila pakai shampoo, buih masuk mata lalu pedih.
14) kaki lepak di shopping complex.bukan beli barang pon.
15) bila nak pakai boxer, butang boxer asyik terbuka
16) kena tunggu lama lama untuk lepaskan dari traffic light
17) bila bersandar kat sofa, sofa terheret ke belakang
18) bila pakai earphone, ada orang sibuk nak panggil
19) guna mesin basuh yang bocor, pastu pulas button spin keluar bunyi cam mesin rosak
20) bila letak kepala kat bantal, bantal tenggelam
Wednesday, July 28, 2010
Tribute to my housemates
Sekarang ni rumah sewa kitorang sudah dilanda fenomena ikan..bukan setakat fenomena tapi segala ribut taufan ikan pun ada... Habis tempias ikan ikan kat sungai tercampak kat rumah ni.. Rumah ni dah jadi tempat penternakan ikan ikan hiasan budak farmasi.. mana tak nya bukan hanya satu atau dua akuarium wujud di ruang tamu malah sudah jadi empat.. bila akuarium dah banyak ikan tak yah cakap la banyak mana kan.. (hiperbola gila)..
Sebut je pasal ikan ni, masing2 mesti ada cerita tersendiri.. tak kisah la kamu pernah bela ikan yang asalnya 2 ekor sampai ikan tu beranak pinak hingga ke tujuh generasi ke.. siap boleh jual kat member2 lagi tu..paling tidak boleh blah bila lambakan ikan kat dalam bekas tu dijadikan hadiah untuk tackle kat awek..atau pun kamu pernah beli ikan laga kat kedai pak cik meon kat sebelah masjid.. pastu lepas solat jumaat pergi laga ikan siapa yang paling otai...best kan laga2 ikan ni...haha
tapi sebelum tu kalau kita nak beli ikan mesti kita tengok ikan ni lawa ke tak.. baru la ada tarikan orang nak tengok...kalau warna cam bersinar2 tu kira lawa la kan.. ada yang suka jenis bentuk panjang...ada yang suka bentuk ekor yang kembang.. ada yang suka body ala ala saiz 35-25-35 gitu kan.. pastu ada pulak yang jenis ikan yang tak yah kita bagi buih2 buih beroksigen.. setakat tambah air, adun antichlorin skit sehingga sebati, masuk ikan dalam bekas sudah cukup.. bak lagu iklan cucur adabi..
kami dah pulang, emak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati, goreng dan sedia, tepung adabi rahsianya.. senang bukan?
Ok, sambung cerita balik.. masa tu kami duk sibuk bagi makanan ikan.. aku pun tak tahu berapa banyak ikan tu dah makan.. kalau sorang sekali taruk dalam bekas tu pun dah banyak.. kalau dah 3,4 orang tak ke boncit perut ikan tu.. untung rupanya jadi ikan ni kan...dalam hilai ketawa tiba2 ada sorang ni menyampuk..
" kurang asam punya ikan ni.. main tolak2 pulak nak dapatkan makanan.. dah la ko makan banyak dah tadi, bagi la ikan tu makan pulak.. mentang2 ko besar ko buat kepala pulak ek.. gila tak puah hati sial ngan ikan ni..jahat gila"
Begitu lah lebih kurang ayat budak sorang tu... aku pun jawab..
"alaahh..normal la tu.. makanan siapa tak nak kan..kalau dah manusia pun berebut, ni kan pula ikan..lagi2 kalau susah nak dapat.. kalau lambat nanti terlepas pulak.."
habis cerita pasal makanan.. cerita pulak pasal makhluk bernama ikan ni tidur ke tak? logiknya mesti ikan pun nak berehat jugak.. tak kerja nye dia nak berenang dopplohmpat jam sehari suntuk.. sembang punya sembang..mamat tadi lagi skali mengejutkan aku dengan kata2 terkesima... bunyinya begini..
"gila dowh..cuba ko tengok ikan yang kaler putih tu... dia berenang ikut belakang la weh..hebat gila.. tak da lagi aku tengok ikan buat cam tu..( aku tak reti r nak buat ayat terkesima ni.. tapi yang penting mood kagum wujud pada masa itu..)
perbualan kami hanyut entah ke mana mana di bawa angin petang.. biarkan ia berlalu kerana aku punya agenda yang lagi penting.. disebabkan ayat salah sorang housemate yang berkata tentang ikan itu berenang ke belakang, menyebabkan aku terfikir2 adakah logik mamat ni...sebab masa tu dia sorang je yang tengok ikan tu berenang ke belakang.. dah la kali pertama dia tengok ikan berenang ke belakang.. akhirnya aku dah jumpa konklusi.. walaupun tak secara saintifik tapi cukup untuk menghilangkan keterkesimaan 'dia' tentang fenomena ikan berenang ke belakang.. jom tengok video nih..
Sebut je pasal ikan ni, masing2 mesti ada cerita tersendiri.. tak kisah la kamu pernah bela ikan yang asalnya 2 ekor sampai ikan tu beranak pinak hingga ke tujuh generasi ke.. siap boleh jual kat member2 lagi tu..paling tidak boleh blah bila lambakan ikan kat dalam bekas tu dijadikan hadiah untuk tackle kat awek..atau pun kamu pernah beli ikan laga kat kedai pak cik meon kat sebelah masjid.. pastu lepas solat jumaat pergi laga ikan siapa yang paling otai...best kan laga2 ikan ni...haha
tapi sebelum tu kalau kita nak beli ikan mesti kita tengok ikan ni lawa ke tak.. baru la ada tarikan orang nak tengok...kalau warna cam bersinar2 tu kira lawa la kan.. ada yang suka jenis bentuk panjang...ada yang suka bentuk ekor yang kembang.. ada yang suka body ala ala saiz 35-25-35 gitu kan.. pastu ada pulak yang jenis ikan yang tak yah kita bagi buih2 buih beroksigen.. setakat tambah air, adun antichlorin skit sehingga sebati, masuk ikan dalam bekas sudah cukup.. bak lagu iklan cucur adabi..
kami dah pulang, emak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati, goreng dan sedia, tepung adabi rahsianya.. senang bukan?
Ok, sambung cerita balik.. masa tu kami duk sibuk bagi makanan ikan.. aku pun tak tahu berapa banyak ikan tu dah makan.. kalau sorang sekali taruk dalam bekas tu pun dah banyak.. kalau dah 3,4 orang tak ke boncit perut ikan tu.. untung rupanya jadi ikan ni kan...dalam hilai ketawa tiba2 ada sorang ni menyampuk..
" kurang asam punya ikan ni.. main tolak2 pulak nak dapatkan makanan.. dah la ko makan banyak dah tadi, bagi la ikan tu makan pulak.. mentang2 ko besar ko buat kepala pulak ek.. gila tak puah hati sial ngan ikan ni..jahat gila"
Begitu lah lebih kurang ayat budak sorang tu... aku pun jawab..
"alaahh..normal la tu.. makanan siapa tak nak kan..kalau dah manusia pun berebut, ni kan pula ikan..lagi2 kalau susah nak dapat.. kalau lambat nanti terlepas pulak.."
habis cerita pasal makanan.. cerita pulak pasal makhluk bernama ikan ni tidur ke tak? logiknya mesti ikan pun nak berehat jugak.. tak kerja nye dia nak berenang dopplohmpat jam sehari suntuk.. sembang punya sembang..mamat tadi lagi skali mengejutkan aku dengan kata2 terkesima... bunyinya begini..
"gila dowh..cuba ko tengok ikan yang kaler putih tu... dia berenang ikut belakang la weh..hebat gila.. tak da lagi aku tengok ikan buat cam tu..( aku tak reti r nak buat ayat terkesima ni.. tapi yang penting mood kagum wujud pada masa itu..)
perbualan kami hanyut entah ke mana mana di bawa angin petang.. biarkan ia berlalu kerana aku punya agenda yang lagi penting.. disebabkan ayat salah sorang housemate yang berkata tentang ikan itu berenang ke belakang, menyebabkan aku terfikir2 adakah logik mamat ni...sebab masa tu dia sorang je yang tengok ikan tu berenang ke belakang.. dah la kali pertama dia tengok ikan berenang ke belakang.. akhirnya aku dah jumpa konklusi.. walaupun tak secara saintifik tapi cukup untuk menghilangkan keterkesimaan 'dia' tentang fenomena ikan berenang ke belakang.. jom tengok video nih..
betul2 wujud rupanya teknik begini.. gua kagum sama lu bebb.. ko boleh perhatikan satu2 apa ikan tu buat...
Pemberitahuan...
1) Maaf..entri ini tidak bergambar untuk menunjukkan tempat dan bukti kejadian.. kalau nak tengok jemputlah ke rumah..
2) Cerita ini telah ditokok tambah sedikit mengikut imaginasi penulis bagi menyedapkan cerita (padahal tak best pun)
3) buat 'si dia' dalam cerita di atas dan sesiapa di dalam rumah ni yang perasan dialah 'si dia' aku mohon maaf kiranya ada mengguris perasaan..
4) Nasib baik la ko tak da blog, kurang skit possibility ko nak tau pasal sepesel entri untuk ko.. Peace no war~
Label :
berenang,
ikan,
perasaan,
rumah sewa
Monday, July 26, 2010
Kau ingat hisap dadah ni macam buat lawak ke??
Aduh, selepas Apek, kini giliran Yasin Senario pula kantoi positif dadah. Lepas seorang pelawak kantoi dengan dadah, seorang lagi join the club. Apa laaa nak jadi dengan artis Malaysia ini. Yassin ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar jam 1 pagi. Pihak polis telah menjalankan ujian air kencing terhadap 30 orang awam yang berada di pusat hiburan tersebut. Yassin bersama 2 lagi lelaki telah didapati positif dadah selepas pemeriksaan tersebut. Dadah yang diambil oleh Yassin adalah jenis ganja. Bukan Yassin seorang saja tetapi pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin. Best sangat ke hisap dadah ni..?
antara muka artis yang kantoi dadah..
Sunday, July 25, 2010
-hOw c0mE?--bR0wn eyEd giRLs-
How come?
How come?
How come I have come to love you?
How come I've ended up like this?
How come?
How come?
How come?
How come I'm in such distress?
How come I was such a fool like this?
Oops, I never knew this would happen to me
I get tired always waiting for you
So many tragic girls around you
I never wanted to be one of them
Watching you, I would lose myself
My confidence grew weak
Whenever you called me, oh my honey
I'd show up in front of you without delay
You're so handsome, so handsome
Watching you make me dizzy
You're so mean, so mean
You just smile and ignore my feelings, baby
How come?
How come?
How come?
How come I have come to love you?
How come I've ended up like this?
How come?
How come?
How come?
How come I'm in such distress?
How come I was such a fool like this?
No matter how calm I pretend to be
You know what I'm like
I was known for being arrogant
but I've change because of you
So if you turn me back to what I was
I'm warning you red alert
Whenever I'm next to you, why is it?
My heart stops beating
It's a game with such a predictable ending
Everyone tries to stop me everytime I talk about you
But still, I have no choice
Thinking about you keeps me smiling
Day by day, thinking deep about you
It doesn't tell me what's inside you
Watch me only and tell me, oh my darling
Aren't you fed up with so many girls around you?
You're so handsome, so handsome
Watching you is so thrilling, so thrilling
You're so busy, so busy
I want to be with you everyday, baby
How come?
How come?
How come?
How come I have come to love you?
How come I've ended up like this?
How come?
How come?
How come?
How come I'm in such distress?
How come I was such a fool like this?
I know I like you more than you like me
I'm going crazy
My love's getting bigger
What should I do now?
You're the only one that fascinates me
Tell me you love me
How come?
How come?
How come?
How come you were born like that?
How come you've stolen my heart?
How come?
How come?
How come?
How come you walked up to me?
How come you made me love you?
Label :
Brown Eyed Girls,
Music
Friday, July 23, 2010
Bukan UTube mahupun RedTube tapi YouTube
Tadi masa gua layan video kat youtube terperasan ada satu keganjilan pada page youtube tersebut.. Bukan setakat pada video itu saja malah pada page video yang lain.. apa yang lain nye ni? Cuba korang tengok gambar ni..
YouTube 02 Days
Kalau korang nak tahu maksud di sebalik logo di atas ialah dalam masa 2 hari lagi akan ada satu kejadian yang bersejarah.. bersejarah la konon..haha Ia adalah iklan untuk akaun youtube 'lifeinaday'..
Apakah itu??
'Life In A Day' ataupun 'Hidup Dalam Hari' merupakan sebuah percubaan global bersejarah untuk membuat user-generated feature film yang dihasilkan dalam satu hari. Pada tarikh 24 Julai anda mempunyai 24 jam untuk menangkap sekilas hidup anda di depan kamera. Rakaman yang paling menarik dan terbaik akan diedit menjadi filem, yang dihasilkan oleh Ridley Scott dan diarahkan oleh Kevin Macdonald..
Siapakah Kevin Macdonald ni dan Ridley Scott..?
Kevin Macdonald merupakan pemenang pengarah filem Oscar seperti The Last King of Scotland, Touching the Void dan One Day in September, dan beliau akan mengedit rakaman yang paling menarik dalam filem dokumentari ciri untuk menjadi eksekutif. Ia akan dihasilkan bersama oleh Ridley Scott, pengarah latar filem yang pernah menaikkan filem Gladiator, Black Hawk Down, Thelma & Louise, Blade Runner dan Robin Hood. LG Electronics juga turut serta dalam menyokong 'Life In A Day' sebagai sebahagian kunci dalam "Good Life's" kempen dan untuk menyokong terciptanya kandungan filem online yang boleh dikongsi dan dinikmati oleh semua.
Thursday, July 22, 2010
Baru aku tahu Sepanyol ada raja
Semua orang sudah tahu bahawa Spain telah berjaya muncul sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan setelah mengalahkan Belanda hasil jaringan Andres Iniesta pada masa tambahan. Tahniah buat Spain.
Sepanyol (Bahasa Sepanyol: España) ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mempunyai tanah jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balearic di Mediteranean, Pulau Canary di Lautan Atlantik, bandaraya Cueta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Parsley.
Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia. Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.
Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.
Gerakan republik dan antimonarki telah menghalau keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco, dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Perikatan selepas Perand Dunia Kedua kerana menyokong kuasa-kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat. Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.
Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978. Sebagai negara Raja Berperlembagaan, Raja Sepanyol merupakan Ketua Negara. Ketua Kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum.
Tuesday, July 20, 2010
Haram dan Halal
Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. “Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut. “Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini. Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka. Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini. Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
Sunday, July 18, 2010
Sukanya membazir : Kita melihat dari mata yang sama tapi dari sudut yang berbeza
Hari ini selesai sudah RX Family Day kat padang MBSA.. Tak tahu pun ada padang kat situ.. terpaksa meredah jalan jugak la tadi.. Aku bukan committee pun, sekadar jadi person in charge untuk permainan pingpong terapung dan total sum.. tapi sebab ramai yang tak datang tepat pada waktunya bercampur dengan budak part 1 ada koko terpaksalah dibatalkan permainan total sum itu.. masa pun dah drag lama...dan apa lagi kerja aku kat sana buat buat sibuk je la.. apa apa pun keseluruhannya semua orang yang datang termasuk pensyarah enjoy the game.. Yayyyyyy!!! Just for the ending part ada sikit spoil la about the flow of the event.. apa mau buat semua dah jadi.. aku tak mahu komen apa apa sebab yang handle program ni semua yang hebat belaka.. CONGRATULATION TO ALL..
tapi aku agak terkilan lar siapa yang tak datang.. tak kisah la program apa pun..besar ke kecik ke.. bukan apa, pihak committee dah bajet kaw kaw untuk makanan bagi peserta program.. dah la nak dapat bajet kemain punya susah.. sampai program pun kena tunda sana sini.. alih alih bila dah dapat bajet, bukannya dapat penuh bajet tu.. nak kena total up berapa orang akan datang program.. makanan kena berapa banyak..
tup tup tadi berapa ramai yang datang family day.. program kemain gedabak besar..tapi sambutan biasa je..( tahniah untuk yang datang).. yang confirm makanan mesti banyak lebih.. yang aku sedih bila banyak nasi untuk makanan tengah hari tu dibuang begitu saja. makanan yang boleh tahan seperti roti, air kotak, air mineral boleh la accept kan..sebab boleh simpan lama sikit.. ni kalau dah nasi bukan setakat sehari nak simpan, masak pagi tadi petang pun belum tentu boleh makan lagi ke tak.. memang la ada yang bawak balik tapi masih banyak lagi kut yang lebih..
Aku memang rasa agak terkilan r masa buang nasi tadi dalam tong sampah sebab dah berbau.. kalau korang dapat bayangkan betapa banyaknya duit dah dibuang dekat situ.. paling banyak tadi pun bajet dalam 30 bekas..banyak kot.. memang la duit boleh dicari..tapi ni rezeki.. makanan pulak tu.. tak yah cakaplah nasib orang di palestin, kita banding je dengan situasi kat negara kita.. aku tak tahu la macam mana orang yang keluarga susah2 kat kampung sana tu.. dengan duit belanja yang semakin meningkat..harga minyak naik, gula pun naik..lama lama nanti harga barang mesti naik..
kita senang senang je buang makanan/rezeki macam tu je.. tapi memang tak buat macam mana pun.. kalau nak simpan pun bukan boleh buat makan pun.. buat sakit perut boleh laa.. adeiihh.. aku tak mahu salahkan sesiapa dalam keadaan macam ni.. semua dah berusaha, cuma kurang berkesan.. takda antara kita yang minta semua ini berlaku.. tak kisah la apa pun, tapi yang penting dalam masa kita senang boleh makan sedap sedap 2,3 kali sehari.. jangan pula kita lupa akan orang yang bersusah payah mencari sesuap nasi.. aku pun tak da la baik sangat.. tapi untuk kebaikan bersama sama samalah kita kurangkan pembaziran.. selagi boleh guna kita gunakan.. Bukan apa kalau ini yang kita amalkan, berapa banyak program yang akan ada selepas ni.. bagi yang tak datang kena lah ambil tahu yang orang lain dah susah payah anjurkan program untuk korang, sediakan makanan,pengangkutan... don't be too selfish..
masih teringatkan nasi tadi..masa kecik kecik dulu mak ajar kena habiskan nasi kat pinggan tu..jangan bagi ada sebiji pun..kalau tak nanti nasi akan menangis.. kalaula nasi kat MBSA tadi boleh bercakap dah lama kena maki kot... YANG FAKIR...
Thursday, July 15, 2010
Kalau dah bangang tu, bangang jugak la.. habis duit kerajaan, cilok duit rakyat pulak.. baguih sangat laa tu... potong subsidi konon..
Assalamu'alaikum...
Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!!
Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak.
Entah berapa juta diorang dah ambik...
nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?
Bersyukurlahhh...
kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo...
Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh?
cuba tengok keliling korang,
Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang
korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia...
KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia!!!
kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni?
tak jumpa bro!!!
Tu pun korang nak bising-bising.
Berkorbanlah sikit, apa salahnya...
apa korang tak sayang kan negara ke?
Hahhh!!! Apa???
Tak patriotik langsung!!!
Bro...
negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob,
inilah masanya nak tolong negara kita...
inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita...
bila lagi nak berkorban untuk negara?
jangan kata nak lawan Israel
berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani,
takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!!
Sudah la bro
Cuba la fikir secara rasional...
guna la otak kepala lutut tu sikit
Yang mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit
tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada...
kalu makan 2 kali sehari
Cuba tukar diet tu...
makan 2 hari sekali....
Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali
Makan nasi, kandungan gulanya banyak,
elok sangat la kerajaan naikkan harga gula
apa orang kata...
kurangkan gula dalam minuman,
lebihkan gula dalam senyuman...gitu la lebih kurang.
Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh!
Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen...
diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih
nak isi minyak penuh-penuh
nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!!
banyak save tu yob...
Sehari 5 sen,
Kalu setahun dah berapa?
Rasa bangga pula bila Program Imam Muda boleh sampai kat Jerman dan Switzerland
FRANKFURT - Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia berjudul "Imam Muda". Pada masa di kebanyakan negara di barat, program bakat televisyen dianjurkan bagi memilih bintang Malaysia memilih "bintang imam" berikutnya menerusi program pencarian bakat, seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar di Jerman dan Switzerland.
Butiran mengenai program "Imam Muda" dilaporkan dengan meluas oleh akhbar harian; daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger - membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan oleh pembaca dalam komen mereka terhadap laporan berita itu. Menerusi program "Imam Muda", kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen di Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok. Tagesanzeiger, misalnya, menyifatkan calon berkenaan sebagai "superstar" di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda. - (Source)
Lepas ni boleh la sambung buat edisi kedua pula.. kalau dah orang luar pun nak buat liputan meluas pasal progaram realiti televisyen ini, kita kat Malaysia kena la sokong lebih dari tu. Tapi bagi kita yang muslim ni tak cukup sekadar dengan sokong malah harus mengambil input - input yang berharga dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Mungkin boleh diusahakan untuk mengurangkan program realiti TV yang berbentuk hiburan dan banyakkan program berbentuk ilmiah dalam aspek agama,ekonomi,politik. Tak da la kepala otak rakyat malaysia ni asyik terikat dengan hiburan je. Mana taknya, dari kecil lagi dah disumbat dengan program seperti Tom Tom Bak.. Memang ada bagusnya, tapi banyak jugalah yang tak bagus.
Cuba korang tanya budak2 sekolah.. "Adik kenal tak dengan Mawi, Stacy,Shahir..?" Mesti dorang kenal punyalah.. Lagi dasyat siap boleh hurai lagi satu2 tentang penyanyi tu..Asal kat mana, nyanyi lagu apa, dah kapel,/kahwin ke belum.. Yang tahan siap boleh nyanyi tanpa tengok lirik lagi tu.. Kalah orang tua beb.. Kira bagus jugak la tu..update pasal situasi sekarang..haha
Tapi yang tak bagusnya bila kita tanya bab agama, sejarah.. "Adik kenal tak dengan Hassan Al Banna, Syeikh Ahmad Yasin, Abdul Aziz Rantisi..." Jarang la yang tahu pasal tokoh2 Islam ni.. Aku sendiri baru pun kantoi dulu..haha Tapi bila dah baca buku, dapat lah tahu sejarah diorang.. perjuangan diorang dalam memperjuangkan daulah Islamiyah.. Rupa - rupaya tarikh lahir masihi aku sama dengan tokoh Abdul Aziz Rantisi... Harap2 ada la sikit pemangkin untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang... Insya Allah.. Dilemma gejala sosial pada masa kini.. Program- program di televisyen ibarat mencurahkan minyak petrol ke dalam api yang sedang marak.. Dari aku yang fakir...
Label :
AntiDajjal,
AntiYahudi,
Artis,
Islam,
Minda,
Palestin,
Realiti TV
Tuesday, July 13, 2010
Fuck Fucking Fuckers... hahaha
Apa ni?? Title tak senonoh gila.. Tau lar hari ni tengah penat naik bukit puncak alam dengan prof weber..tapi agak2 la takkan sampai nak mencarut kot..
Cool bebeh.. sape kata mencarut.. Cuba tengok video ni betol2.. Nilah jadinya bila Cicak Kobain dah petik gitar dan buat lagu.. Korang tengok dulu..Jom layan sesama..hahaha Anggap ini sebagai gurauan semata.. :-)
FAKTA FAKTA FAKTA!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)