matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, July 28, 2010

Tribute to my housemates

Sekarang ni rumah sewa kitorang sudah dilanda fenomena ikan..bukan setakat fenomena tapi segala ribut taufan ikan pun ada... Habis tempias ikan ikan kat sungai tercampak kat rumah ni.. Rumah ni dah jadi tempat penternakan ikan ikan hiasan budak farmasi.. mana tak nya bukan hanya satu atau dua akuarium wujud di ruang tamu malah sudah jadi empat.. bila akuarium dah banyak ikan tak yah cakap la banyak mana kan.. (hiperbola gila)..


Sebut je pasal ikan ni, masing2 mesti ada cerita tersendiri.. tak kisah la kamu pernah bela ikan yang asalnya 2 ekor sampai ikan tu beranak pinak hingga ke tujuh generasi ke.. siap boleh jual kat member2 lagi tu..paling tidak boleh blah bila lambakan ikan kat dalam bekas tu dijadikan hadiah untuk tackle kat awek..atau pun kamu pernah beli ikan laga kat kedai pak cik meon kat sebelah masjid.. pastu lepas solat jumaat pergi laga ikan siapa yang paling otai...best kan laga2 ikan ni...haha
   
tapi sebelum tu kalau kita nak beli ikan mesti kita tengok ikan ni lawa ke tak.. baru la ada tarikan orang nak tengok...kalau warna cam bersinar2 tu kira lawa la kan.. ada yang suka jenis  bentuk panjang...ada yang suka bentuk ekor yang kembang.. ada yang suka body ala ala saiz 35-25-35 gitu kan.. pastu ada pulak yang jenis ikan yang tak yah kita bagi buih2 buih beroksigen.. setakat tambah air, adun antichlorin skit sehingga sebati, masuk ikan dalam bekas sudah cukup.. bak lagu iklan cucur adabi.. 


kami dah pulang, emak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati, goreng dan sedia, tepung adabi rahsianya.. senang bukan?


Ok, sambung cerita balik.. masa tu kami duk sibuk bagi makanan ikan.. aku pun tak tahu berapa banyak ikan tu dah makan.. kalau sorang sekali taruk dalam bekas tu pun dah banyak.. kalau dah 3,4 orang tak ke boncit perut ikan tu.. untung rupanya jadi ikan ni kan...dalam hilai ketawa tiba2 ada sorang ni menyampuk..


" kurang asam punya ikan ni.. main tolak2 pulak nak dapatkan makanan.. dah la ko makan banyak dah tadi, bagi la ikan tu makan pulak.. mentang2 ko besar ko buat kepala pulak ek.. gila tak puah hati sial ngan ikan ni..jahat gila" 


Begitu lah lebih kurang ayat budak sorang tu... aku pun jawab..


"alaahh..normal la tu.. makanan siapa tak nak kan..kalau dah manusia pun berebut, ni kan pula ikan..lagi2 kalau susah nak dapat.. kalau lambat nanti terlepas pulak.."


habis cerita pasal makanan.. cerita pulak pasal makhluk bernama ikan ni tidur ke tak? logiknya mesti ikan pun nak berehat jugak.. tak kerja nye dia nak berenang dopplohmpat jam sehari suntuk.. sembang punya sembang..mamat tadi lagi skali mengejutkan aku dengan kata2 terkesima... bunyinya begini..


"gila dowh..cuba ko tengok ikan yang kaler putih tu... dia berenang  ikut belakang la weh..hebat gila.. tak da lagi aku tengok ikan buat cam tu..( aku tak reti r nak buat ayat terkesima ni.. tapi yang penting mood kagum wujud pada masa itu..)


perbualan kami hanyut entah ke mana mana di bawa angin petang..  biarkan ia berlalu kerana aku punya agenda yang lagi penting.. disebabkan ayat salah sorang housemate yang berkata tentang ikan itu berenang ke belakang, menyebabkan aku terfikir2 adakah logik mamat ni...sebab masa tu dia sorang je yang tengok ikan tu berenang ke belakang.. dah la kali pertama dia tengok ikan berenang ke belakang.. akhirnya aku dah jumpa konklusi.. walaupun tak secara saintifik tapi cukup untuk menghilangkan keterkesimaan 'dia' tentang fenomena ikan berenang ke belakang.. jom tengok video nih..


betul2 wujud rupanya teknik begini.. gua kagum sama lu bebb.. ko boleh perhatikan satu2 apa ikan tu buat...

Pemberitahuan...
1) Maaf..entri ini tidak bergambar untuk menunjukkan tempat dan bukti kejadian.. kalau nak tengok jemputlah ke rumah..
2) Cerita ini telah ditokok tambah sedikit mengikut imaginasi penulis bagi menyedapkan cerita (padahal tak best pun)
3) buat 'si dia' dalam cerita di atas dan sesiapa di dalam rumah ni yang perasan dialah 'si dia' aku mohon maaf kiranya ada mengguris perasaan..
4) Nasib baik la ko tak da blog, kurang skit possibility ko nak tau pasal sepesel entri untuk ko.. Peace no war~

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers