matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, June 10, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa



Gila smart r filem ni..Gua tabik spring r kat KRU ni..Yang aku tahu filem ini ada shot dekat Pantai Bukit Keluang Besut..Tengok trailer pun dah macam gempak..Ada gaya macam cerita epik dari Hollywood mungkin..hahaha Tak sabar nak tengok filem ni..Cayalah KRU..Memang jauh beza dengan karya KRU sebelum ni filem Cicakman dan Duyong..Moga filem ini boleh diangkat ke peringkat antarabangsa kerana para pelakonnya bukan saja dari rakyat tempatan malah menggunakan khidmat pelakon luar..

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?






No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers