Ada ulamak menyatakan tidak salah untuk minat pada dunia bola kerana ianya juga merupakan salah satu aktiviti riadah yang berfaedah. Namun para ulamak menegaskan kita yang harus mengawal aktiviti bola dan bukannya bola yang mengawal aktiviti kita. Kita juga dinasihati supaya tidak menjadi bodoh kerana bola.
Uztaz Azhar daripada Terengganu menasihati para peminat bola khususnya dimusim WORLD CUP ini dapat mencuri masa untuk bertahajud ketika masa rehat ketika menunggu separuh masa kedua demi mendapat keredhaan ALLAH swt dalam aktiviti berhibur ini.
Para ulamak dan ilmuan Islam juga mengutuk segala usaha kerajaan yang menghalalkan judi bola dan meyifatkan sesiapa yang menghalal dan menyokong judi bola dihalalkan ini sama seperti menyokong syaitan laknatullah kerana judi yang haram ini sangat disukai oleh iblis laknatullah.

Semoga WORLD CUP tahun ini dirai dengan sederhana dan jangan lupa kita semua bertahajud ketika waktu rehat dengan harapan kita tidak tergolong orang-orang yang rugi dan hanya mendapat hiburan bola semata-mata. Selamat Datang Tahajjud Sedunia.
No comments:
Post a Comment