matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Hikayat Merong Mahawangsa. Show all posts
Showing posts with label Hikayat Merong Mahawangsa. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama, Pasti Ada Muslihat



Pada gua Amerika tidaklah sebodoh ini untuk mengkantoikan diri mereka dengan cara sebegini. Tapi siapa tahu ini mungkin petunjuk dari Allah untuk kantoikan perbuatan jahat mereka. Namun yakinlah pasti Amerika dan Yahudi Zionist sedang merancang yang lebih teruk untuk memecahbelahkan umat Islam. Semoga Allah menjaga kita semua dari segala musibah fitnah dunia akhir zaman.


Thursday, March 17, 2011

Box Office Sampai Kiamat. Hikayat Merong Mahawangsa Pun Kalah


Tadi gua saja la masuk kat website Finas sebab nak cek berapa kutipan semasa filem Hikayat Merong Mahawangsa nih. Cewwahhh, mentang2 la pergi tengok wayang semalam kan. hahahaha Tak silap waktu gua masuk tu baru cecah 2.05 juta. Tak pasti la pulak ini untuk kutipan sampai hari ke berapa.

Ni first time gua masuk website finas. Saja la kan gatal tangan pergi tekan tekan tengok kutipan filem tahun tahun yang lalu. Dari tahun 2010 ke tahun 2009 ke tahun 2008 dan seterusnya sampai la ke tahun 2007. Lepas tu gua stop sebab terkejut.

Hang tengok berapa kutipan untuk Filem Zombi Kampung Pisang. 2371 million. Gua silap tengok ke ni? Ke mata gua dah rabun ni? Biar betul? Ke streamyx rumah gua buat hal hari ni? So, no wonder la kan Mamat Khalid buat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni yang sekuelnya dari cerita zombi nih. Zomba pun zomba la Pak Abu.


Siapa yang tak nampak sila gunakan kanta pembesar. 
Boleh juga tolong gua cek betul ke ini semua kat sini.


p/s: Damn..buang masa syiall tekan refresh banyak kali page Finas ni, sama je..Kenapa baru tadi gua tahu esok ada test retail !!!!!


Ayat Dalam Hikayat


Kamawas: "Empangan kalau dah dibuka,
masakan boleh ditahan airnya".
Double meaning sioott !!!
Gua tak tau pulak zaman dulu dah ada empangan..hahaha 


Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua,
 bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama. 
Sampai masa tibanya waktu tidur, 
gua dah tak larat gelak fikir aksi cermin sakti 
Archimedes menewaskan hulubalang Geruda yang 'amat tough'.


p/s: Gua bagi 3.5 bintang je la Hikayat Merong Mahawangsa ni. Aksi boleh dikatakan terbaik. Watak semua in karekter..Jalan cerita lebih kurang je. dah nama pun hikayat kan. huahua. Tahniah KRU untuk standard filem Melayu. Tapi sebab abang Anuar Zain yang nyanyi lagu OST HMM ni gua kasi tambah 0.5 lagi jadi 4 bintang la. Hidup suku berparut !!!


Thursday, June 10, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa



Gila smart r filem ni..Gua tabik spring r kat KRU ni..Yang aku tahu filem ini ada shot dekat Pantai Bukit Keluang Besut..Tengok trailer pun dah macam gempak..Ada gaya macam cerita epik dari Hollywood mungkin..hahaha Tak sabar nak tengok filem ni..Cayalah KRU..Memang jauh beza dengan karya KRU sebelum ni filem Cicakman dan Duyong..Moga filem ini boleh diangkat ke peringkat antarabangsa kerana para pelakonnya bukan saja dari rakyat tempatan malah menggunakan khidmat pelakon luar..

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?






previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers