matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �

Tuesday, August 9, 2011

Besero Nok Kelik Kapung Nok Gi Qaryah Ramadhan Eh


Pintu gerbang kampung ramadhan

Hiasan taman dalam qaryah

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Himpunan anak muda semasa kuliah Ustaz Azhar Idrus

Sukarelawan Green-V - Juruh juruh belako ni

Iftar berjemaah

Dalam khemah saf penuh

Solat jemaah sampai ke perkarangan stadium

Kedai kopi ala qaryah ramadhan

Sedekoh jariah sekali sekalo


Friday, August 5, 2011

Hanya Mampu Bertahan 2 Tahun


Disebabkan kereta dah 3 hari tak leh start enjin, gua syak mesti problem bateri. Hari ni baru ada masa nak fikir pasal kereta dek kerana kesibukan labwork. Pagi dah kena masuk fakulti, petang baru balik, bukak puasa, terawih, penat terus tidur kroh kroh. Rutin berulang2 untuk dua tiga minggu ni.


So, pagi2 lagi gua dah gerak pergi petronas fasa 2 dengan motor topek. Parking dan terus masuk dalam. Lalu pulak tepi peti ais, memang orang tengok. Mentang2 la sekarang ni bulan puasa, ramai la pulak yang ushar pelik sebab gua beli air . Tapi rilek lar der, gua memang beli air, tapi air bateri je kot. Terbang 2 hinggit pitis.




Balik rumah, tuang air sampai habis. Ikut pengalaman dalam 30 minit dah boleh cuba start. Tapi yang ni, lepas setengah jam enjin masih segan silu nak bekerja. Terpaksa cuba jump start, nasib baik min ada jumper. Nice, enjin kembali berfungsi. eureka eureka eureka!


Tapi still tak puas hati. Kena gi check power battery kat kedai jugak. Walau dalam hati mintak2 lah bateri ni boleh pakai lagi. Sampai shah alam 2, ada satu kedai je yang bukak. Gua parking baik punya depan kedai suruh apek tu check power battery.


Sekali tengok, memang sah battery weak. Pastu dia suruh start enjin. Ngam ngam la pulak enjin tak hidup toorrbaikkkkk. Perasaan dah pasrah sebab terpaksa beli bateri baru. Buat2 tanya dah tak boleh cas balik ke..? isi air bateri baru ke...? konon2 nak sedapkan hati..haha


Harga bateri 162 lepas jual balik bateri lama 8 hinggit..Nego sama uncle tu..kasi can la sikit kat gua as first customer hari ni..nanti gua promote uncle punya kedai kat blog...hehe dapat jugak diskaun 7 hinggit, gua angkat MF Yokohama Battery NS40ZL dengan harga 155 hinggit..sekali dengan warranty one year from the fixing..MF tu maintenance free jenis yang tak perlu isi air bateri.


Andrew |  Cathay Auto Service & Repair | Shah Alam 2

p/s: Kereta dah setel. Duit dah kering. Sewa rumah masih tertunggak. Labwork tak siap lagi. LR lagi la tak siap. Roadtax kereta pulak dah mati. Camna nak balik raya nih


Tuesday, August 2, 2011

Bazar Ramadhan Dan Plastik


Salam Ramadhan buat semua umat manusia di muka bumi ini.

1. Okeh, hari ni hari pertama puasa. Alhamdulillah, rezeki ada untuk bukak puasa. Kat bazar pun banyak gerai yang bukak walaupun kurang pilihan. Tambah lagi duit pun pokai, jadi beli je apa yang ada. Hari pertama berbuka dah celebrate dengan blackout. damn!!!

2. Hari ni gua bawak balik 3 beg plastik. 1 untuk air, 1 untuk lauk dan 1 untuk kuih. Nasi, topek yang masak kat rumah sewa hahaha. Kalau ikutkan jarang2 je gua beli kuih kat bazar puncak alam ni. Biasanya hanya nasi dan air. simple.


3. Lepas terawikh tadi gua gerak pergi kedai, tetiba terfikir pasal plastik. Gua anggarkan setiap hari gua bawak balik 2 beg plastik yakni 1 ada makanan dan 1 ada air. Maknanya di sini, selama sebulan puasa ni gua akan membawa 60 beg plastik ke rumah setiap kali balik dari bazar Ramadhan. Itupun kalau tiap2 hari beli benda yang sama ye dak

4. Habis beg plastik, belum campur lagi dengan plastik pembungkus air dan bekas polistren yang bungkus nasi. Contoh la kita ambil angka yang sama. Kalau sehari maknanya 1 plastik pembungkus air dan 1 bekas polistren. Jadi jumlahnya selama sebulan puasa gua telah mengumpulkan 30 pembungkus air dan 30 bekas polistren secara tak sengaja. 

5. Wooww..selama sebulan gua akan ada paling minimum 60 beg plastik, 30 plastik pembungkus dan 30 bekas polistren. Bayangkan, itu gua sorang. Tak campur dengan budak2 rumah sewa ni lagi. Itu untuk satu rumah je. Cuba kira berapa rumah yang ada kat puncak alam ni..berapa ramai orang yang pergi bazar bawak balik plastik kat puncak alam ni ..

6.Jawapannya...brader lori sampah yang akan kira plastik gua tiap2 minggu. Tanpa sedar kerana puasa gua selama sebulan nanti, gua terpaksa menunggu 100 hinnga 500 tahun untuk plastik itu lupus. Maafkan gua wahai bumi. Gua tak sanggup lagi bawak beg sendiri pergi bazar ramadhan.



Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers