matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, May 24, 2010

Perjalanan Ke Kuala Lumpur


Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, gua singgah sebentar di Raub untuk merehatkan diri dan juga berhenti untuk makan malam dan sembahyang jamak. Seperti biasa bila keseorangan memandu kereta gua tidak memilih sangat untuk makan dan tempat yang paling senang gua berhenti je kat depan pejabat TM Raub yang sebelahnya juga terdapat masjid.

Sementara menunggu makanan sampai tetiba gua ternampak ada seekor cicak melekat di siling dekat luar kedai itu. Sambil merenung apa yang dibuat oleh cicak tersebut tanpa disedari minda gua sedang berfikir fasal cerita superhero malaysia iaitu cicakman. Filem itu diterbitkan oleh syarikat KRU dan pengarahnya kalau tak silap ialah Yusri.


Berbalik kepada hal cicak ini bermain di fikiran gua kenapa la haiwan yang bernama cicak ini yang diangkat sebagai superhero. Menurut filem tersebut cicakman ini mampu menyelamatkan manusia dari serangan anasir jahat yang diketuai oleh Professor Klon di Kota Metrofulus. Gua tidak mahu ulas panjang kerana tidak mengingati sepenuhnya dalam filem itu, sekadar menonton untuk menghilangkan kebosanan.

Sebelum ini gua ada la dengar ceramah yang mana cicak itu sunat dibunuh. Mengikut apa yang gua tau (kalau silap tolong betulkan ek) berkenaan Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah termasuk la peristiwa semasa Rasulullah dan sahabat, Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di Gua Tsaur ketika dalam perjalanan ke Madinah. Mengikut yang diceritakan peristiwa labah-labah membuat sarang di pintu gua supaya musuh tidak tahu baginda dan sahabat berada di dalam gua itu sebelum seekor cicak berbunyi membuatkan rahsia itu diketahui Abu Lahab yang ketika itu berada di luar gua itu.



Apa yang mahu ditimbulkan di sini ialah di Malaysia kita duk sibuk buat cerita tentang cicak (Cicakman) sedangkan di negara barat buat cerita tentang lelabah (Spiderman). Adakah ini suatu kebetulan kalau kita ingin mengaitkannya dengan peristiwa Hijrah tersebut. Atau mungkin ini adalah satu usaha Yahudi untuk memesongkan umat Islam walaupun kita sedar watak Spiderman itu seiring dengan karekter penyelemat dalam kedua dua situasi ini dengan pertolongan Allah. Hal ini secara tidak langsung kita akan lalai lantas terlalu menggagungkan karekter tersebut yang dimainkan oleh pihak Barat.


Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.

Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. 

Think, Think and Think... :-)

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers