matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, May 3, 2010

Cakap bangang marah pulak

Sebelum ini kita pernah dengar isu air antara malaysia dan singapura. gua tak tau la nak kata apa dekat pemimpin negara kita sampai bermurah hati sangat dengan negara luar. malaysia jual air kat singapura hanya dengan harga 3 sen untuk 1000 gelen. kalau setakat 10 tahun gua tak kisah beb. tapi ni perjanjian selama 100 tahun bro..yang dibuat apada tahun 1960 kalau tak silap gua..bermaknanya di sini pada 2060 barulah tamat perjanjian ini.. 


Tapi bila gua tengok dan fikir balik, mungkin la ni silap kita.. boleh accept la kan.. mungkin pemimpin dulu tak dapat meramal situasi ini akan berlaku. ini kerana perjanjian ini dibuat semasa singapura masih lagi berada dalam malaysia dan pada tahun 1965 baru singapura keluar dari gugusan malaysia.   


tapi sekarang ni aku ingat pemimpin malaysia sudah belajar dari kesilapan.. rupa- rupanya sama saja apa tindakan mereka semua..bangang agaknya..maaf la kasar sikit.. apa tidaknya bagaimana kawasan cari gali minyak kita di blok L dan M telah tergadai kepada Brunei.. menurut sumber kawasan ini bernilai hampir 320 billion ringgit.. bukan 320 ribu sayang tapi 320 billion!!! kawasan ini yang asalnya milik negara kita telah terlepas kepada brunei pada zaman pemerintahan pak lah badawi dan lagi teruk lagi kita mungkin hilang hak persempadanan laut. apekesni bro??


sungguh senang khazanah negara terlepas ke tangan orang asing.. dulu dengan koridor wilayah pembangunan iskandar yang gah pada nama saja yang mana banyak telah diconquer oleh rakyat singapura. atas dasar pembangunan habis tanah hak milik melayu yang dibeli oleh kerajaan yang kononnya menjana pelaburan negara tapi hakikatnya pemilikan tanah negara telah lesap dimamah orang asing. itu belum cerita bab pertidihan hak ke atas pulau batu puteh dengan singapura juga yang mana kita kalah...


tengok keadaan begini tak tahu la apa lagi musibah yang akan berlaku selagi kepimpinan sekarang tidak berubah. apa gunanya menteri kabinet kalau tidak dapat memberi pandangan baik atau buruk kepada PM.. kalau setakat nak "yes boss" dan nak jaga kepentingan jawatan dalam kerajaan baik tak payah jadi menteri..bacul itu namanya.. 


pernahkah mereka fikir yang rakyat di bawah ini memangkah dan memenangkan kamu untuk menjadi suara kami di parlimen..?? pernahkan mereka dengar rungutan kami semua?? pernahkah mereka fikir yang kamu dipilih untuk menjagauruskan khazanah negara dengan sebaik mungkin?? pernahkah mereka fikir yang khazanah negara itu bukan milik kamu, menteri kamu, keluarga kamu, kerajaan kamu?? tetapi milik allah swt buat rakyat malaysia..


APA YANG KITA ADA SEKARANG??
KHAZANAH DAN ASET NEGARA MAKIN BERKURANG
LAMA- LAMA TINGGAL NAMA SAJA..
MARUAH NEGARA SEMUA TERGADAI..
GUA TAK SANGGUP BEB!!!!

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers