matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, February 1, 2010

1+1+1=1?

terdetik di hati saya untuk menulis cerita ini, cerita rekaan semata-mata. Cerita ini saya gunakan bahasa yang mudah supaya difahami seluruh lapisan masyarakat, sama ada yang muda mahupun yang sudah lanjut usia.

Di suatu petang yang redup, si ayah membawa anak-anaknya bersama si ibu pergi mengutip buah duku di sebuah kebun peniggalan arwah abah si ayah itu.Lalu dibawa bersama mereka 3 bakul kecil untuk anak-anaknya, dan 1 bakul besar.

Setibanya mereka di kebun arwah abahnya, si ayah terus mencapai galah yang juga dibawa bersama untuk mengait buah duku.

setelah selesai buah dikait, si ayah menyuruh anak-anaknya mengambil bakul setiap seorang untuk mengutip buah itu, lalu si ayah berkata, "siapa yang paling banyak kutip buah ni, dia yang menang". Lalu anak-anak terus meluru dan berebut akan buah-buah yang gugur itu. Sememangnya laju sungguh, maklumlah, anak-anak kecil, tenaga mereka lagi banyak.

Akan tetapi semasa mengutip buah ada juga berlaku pertengkaran kecil di antara si anak, disebabkan berebut dan hendak menang. Setelah selesai, semua buah yang gugur itu licin dikutip dengan lajunya oleh anak-anak kecil, lalu anak-anak pergi menunjukkan hasil kutipan mereka kepada si ayah untuk menentukan siapa pemenangnya.

Si ayah bersedia untuk mengadili siapa yang bakal jadi pemenang dalam acara mengutip buah itu tadi. Si ibu sekadar mampu melihat gelagat anak-anaknya sahaja. Si ayah menyuruh si ibu untuk mengambil sebuah bakul yang besar di boot kereta. Tibalah saat yang dinanti-nantikan untuk mengetahui siapakah juara mengutip buah yang paling banyak.

Si ayah menyuruh anak-anaknya memasukkan buah-buahan yang dikutip tadi ke dalam sebuah bakul yang besar. Anak-anak tanpa banyak persoalan terus memasukkannya ke dalam bakul besar tersebut. Tiba-tiba salah seorang dari anak-anak tersebut bertanya, "bagaimana nak tahu siapa menang kalau dah semua masukkan buah ke dalam bakul ni?"

Si ayah tersenyum, lalu berkata kepada anak-anaknya, "anak-anak, kita semua adalah pemenang, tiada siapa kalah, semuanya adil, tiada berlaku pergaduhan, begitu juga kita dalam beragama Islam ini, kita semua sama sahaja, tiada syiah mahupun sunni, kita adalah MUSLIM!

kita adalah umat yang bersatu, dan bukannya umat yang berpecah belah, umat Islam paling kuat apabila saf-saf di dalam solat tidak putus, sama dan lurus, itulah kekuatan dalam Islam, PERSEFAHAMAN DAN PERPADUAN". Si anak tersenyum ceria kerana bangga menjadi seorang MUSLIM.

wallahu'alam....

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers