Tuesday, August 25, 2009
b.o.r.e.d
apakah kau sedar dengan apa yang kau lakukan saat ini?
dengan tetap menuruti perasaanmu untuk menyesal dan membodoh-bodohkan diri, kau telah merosakkan diri mu sendiri.
ajaran agama kita yang suci melarang manusia membinasakan dirinya sendiri dengan cara dan alasan apa sekalipun.
memaksa diri sampai menderita dengan alasan setia pada cinta adalah perjuangan yang tidak seirama dengan sunnah nabi kita.
cinta sejati dua insan yang berbeza jenis adalah cinta yang terjalin setelah akad nikah. iaitu cinta kita pada pasangan hidup kita yang sah lagi halal.
cinta sebelum menikah adalah cinta semu yang tidak perlu disucikan dan diagung- agungkan.
dunia ini tidaklah hanya selebar daun pisang. masih ada jutaan orang soleh dan solehah di dunia ini yang masih belum menikah.
pilihlah yang salah satu, yang cocok dengan ajaran agama islam. selepas kau menikahinya moga-moga kau akan mendapatkan cinta yang lebih indah dari yang pernah kaurasakan.
Label :
Lyfe
Monday, August 24, 2009
HAMAS: PEJUANG KOTA SUCI BAITULMUQADIS
Hamas adalah fenomena kebangkitan menentang penjajah yang berjaya menempatkan nama mereka dalam lembaran sejarah dunia. Kegigihan dan iltizam mereka berjuang menuntut kemerdekaan adalah berteraskan prinsip yang utuh.
'Islam' itulah sumber inspirasi mereka. Bukan sekadar Islam yang menjadi pendorong dan pembakar semangat yang tidak kunjung malap bagi HAMAS, malah Islam juga yang memastikan perjuangan mereka tidak tersasar.
HAMAS yang menjadi metamorfosis kepada perjuangan Ikhwan al-Muslimin di bumi Palestin menunjukkan kemampuan mereka bagi bertahan. Bermula denagn Intifadah pertama pada tahun 1987 terus kepada Intifadah kedua tahun 2000.
Dan kemuncaknya kemenangan mereka dalam pilihanraya 2006 menunjukkan HAMAS mempunyai rahsia bagi megekalkan momentum mereka.
Tahap revolusi perjuangan HAMAS juga menarik. Seoerti yang kita ketahui, HAMAS bermula dengan proses pendidikan yang berterusan. Kemudian mereka menceburkan diri secara serius dalam usaha kebajikan yang itensif. Akhirnya mereka memacu usaha perjuangan memerdekakan bumi Palestin.
Perjuangan HAMAS tidak berhenti pada penentangan bersenjata sahaja. HAMAS kemudiannya membuktikan dinamisme mereka dengan penglibatan gerakan itu di medan politik.
Kini mereka berada di medan serba baru dan mereka sedang mengalami ujian yang paling getir. Pada saat mereka baru diberikan peluang memerintah sebuah kerajaan, HAMAS dan juga rakyat Palestin diuji dengan keganasan pihak Zionis.

Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)