matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, August 24, 2009

HAMAS: PEJUANG KOTA SUCI BAITULMUQADIS

Hamas adalah fenomena kebangkitan menentang penjajah yang berjaya menempatkan nama mereka dalam lembaran sejarah dunia. Kegigihan dan iltizam mereka berjuang menuntut kemerdekaan adalah berteraskan prinsip yang utuh.

'Islam' itulah sumber inspirasi mereka. Bukan sekadar Islam yang menjadi pendorong dan pembakar semangat yang tidak kunjung malap bagi HAMAS, malah Islam juga yang memastikan perjuangan mereka tidak tersasar.

HAMAS yang menjadi metamorfosis kepada perjuangan Ikhwan al-Muslimin di bumi Palestin menunjukkan kemampuan mereka bagi bertahan. Bermula denagn Intifadah pertama pada tahun 1987 terus kepada Intifadah kedua tahun 2000.

Dan kemuncaknya kemenangan mereka dalam pilihanraya 2006 menunjukkan HAMAS mempunyai rahsia bagi megekalkan momentum mereka.





Tahap revolusi perjuangan HAMAS juga menarik. Seoerti yang kita ketahui, HAMAS bermula dengan proses pendidikan yang berterusan. Kemudian mereka menceburkan diri secara serius dalam usaha kebajikan yang itensif. Akhirnya mereka memacu usaha perjuangan memerdekakan bumi Palestin.

Perjuangan HAMAS tidak berhenti pada penentangan bersenjata sahaja. HAMAS kemudiannya membuktikan dinamisme mereka dengan penglibatan gerakan itu di medan politik.

Kini mereka berada di medan serba baru dan mereka sedang mengalami ujian yang paling getir. Pada saat mereka baru diberikan peluang memerintah sebuah kerajaan, HAMAS dan juga rakyat Palestin diuji dengan keganasan pihak Zionis.




No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers