KUALA LUMPUR: Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut. Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.
Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.
Baca lanjut di sini.
p/s: Ingat key nok kiamat doh Malaysia ado huje salji nih. Pelik2 dih oghe loni.. Berat2
