*klik untuk tumbesaran
Bangun pagi2 mesti ushar paper Kosmo dulu. Aktiviti harian la katakan. Tapi hari ni Kosmo kantoi dengan gua beb...hehe Silap besar la lu. Minta maaf la sebab gua dah buat screenshot dan publish kat sini. Bab typo error ni gua malas nak cerita panjang2 sebab semua orang pernah buat silap. Itu semua benda lazim je.
Apa yang penting kat sini ialah gua nak tahu adakah terma 'pialaq' ni memang diguna pakai di negeri2 utara Malaysia.? Memandangkan laporan yang disentuh ialah berkaitan pasukan bola negeri Kedah, penulis Kosmo ni mungkin terikut ikut dengan dialek utara. Atau kemungkinan besar juga penulis mempunyai bini orang utara.
p/s: Kesan sampingan dari study subjek pharmacognosy yang berlebihan dan boleh membunuh bila2 masa saja. Study bahasa lagi senang kan :-)