matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Jurnal. Show all posts
Showing posts with label Jurnal. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Kenapa Kucing Selalu Datang Dekat?

Sebut pasal makan mesti semua orang suka kan. Tapi kadang2 bila sebut pasal makan mesti ada juga yang tak suka. Bagi gua sendiri gua memang tak suka bila masa makan ada sesuatu yang mengganggu terutama sekali bila makan kat kedai.

Bila cakap pasal makan ni, hampir semua deria kita seperti mata, lidah, hidung, sentuhan dan otak tengah memberi tumpuan terhadap hidangan di atas meja. Bayangkan bila tengah syok menyuapkan sesuatu ke dalam mulut, tetiba rasa macam ada makhluk lain di sebelah.

Gua memang pantang bila makan kat kedai, ada kucing datang lepak kat kaki. Fuuuhh..Potong stim betul laa. Mood nak makan terus jadi kacau  bilau. Dah la tengah syok makan di tambah pula tengah kebulur kan, boleh pulak dia parking kat sebelah. Iyalah, terus terang gua cakap yang gua ni memang bukan manusia yang mesra alam terhadap kucing.



Tapi sebenci benci gua terhadap kucing pun takda la sekejam sampai nak sepak, bunuh, dan buat sup kucing ni macam kat sini. Gua masih ada iman beb. Gua tahu dia lapar. Bagi la sikit makanan. Walaupun gua memang ada tabiat benci bila masa makan ada kucing kat sebelah, tak semestinya gua ni boleh dianggap secara total sebagai 'penakut' akan kucing. haha ayat cover..

Terbukti bila gua dekat dengan kucing dalam 'keadaan sedar' contohnya diuji dengan membelai dan memegang kucing gua takda masalah pon.  Siap boleh men cium cium lagi. Ini tipu okay. Yang menggugat kejantanan gua ni bila dalam 'kedaaan separa sedar'. Maknanya otak gua tengah fokus dengan benda lain tetiba dia muncul. Lagi psycho bila gua pandang dia, dia pandang gua balik. Lomah semangat den..Lagi sakit hati bila dia duk berkeliaran kat kaki dan main pusing2 bawah meja. Demm..Bikin panas betull..!!



Peristiwa ini bukan sekali dua berlaku daam hidup gua. Banyak kali. Tak kisah la di Kelantan, Selangor mahupun di mana mana. Sama saja. Ia juga tidak mengambil kira sama ada gua makan sorang2 ataupun berjamaah. Si kucing tetap sukakan gua. Siapa yang jumpa kucing masa gua tengah makan ni tolong la ek, halaukan untuk gua. 

Menurut pakar komputer fakulti farmasi selaku osmate gua si Shafiq ni, dia pernah mengutarakan teori bahawa kucing akan datang dekat bila seseorang itu tidak suka @ takut akan kucing. Gua memang sokong je sebab ternyata teori ini memang terbukti tepat berlaku pada diri gua. Tapi tak tahulah teori ini valid atau tidak bagi orang lain.

Jadi, siapa2 budak farmasi part 6 yang masih takda tajuk research lu orang leh kaji sal benda ni...hahaha poyos di situ. Sejauh manakah kebenaran teori ni, atau ia sekadar kebetulan saja. Kalau la betul kan, agak2 sebab apa kucing ni datang dekat. Sebab dia lapar tu salah satu atau haiwan kucing ni memang dikurniakan sixth sense oleh Allah untuk tahu seseorang yang tak suka kat dia. 

Tapi seyesli gua memang tak suka bila makan ada kucing kat sebelah. Senang cerita, i'm halfly ailurophobia person - the fear of cats. Tak kronik pun. 50% jek..huahua


p/s: tak puas hati kucing mana la g berak depan rumah. yang lagi menyirap bila ada sekali tuh dia selamba je kencing depan2 kitorang.. berani betul ek lu berak kencing kat rumah gua. nanti gua berak, kencing kat rumah lu pulak..hahaha

p/s/s: Jurnal tak habis baca lagi. Pening nak buat proposal research lagi. 



previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers