matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, January 11, 2011

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya



Walaupun lagu Pelita ni tak menang AJL 25 tapi gua rasa lirik dia memang bermakna. Muzik rancak yang disulam dengan bait kata jiwa tak mudah menyerah kalah, pantang berundur, yakin etc.. mungkin sesuai dilabel sebagai satu lagu semangat. 

Dinyanyikan oleh A.P.I ~ stand for angkatan pemuda indie maybe.. Loque memang master dalam melodi dan lirik. Azlan pula memang seorang yang hebat dalam menjerit key tinggi dalam nyanyian. Noh Hujan pula memang tak kalah dari segi rambutnya dalam dunia Indie ini. Dengar ulang ulang lagu ni pun tak bosan. Memang PADU habis laa..


No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers