matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, November 13, 2009

No Woman No Cry

Ni bukan sal lagu Bob Marley laa.. Kalo korg nk tau wanita a.k.a perempuan a.k.a gadis menangis 64 kali setahun. Wooww..banyaknye.. Dah sah bahawa wanita menangis lebih kerap, lebih lama dan dramatik berbanding lelaki. Menurut satu kompilasi kajian saintifik yang dijalankan oleh Persatuan Oftamologi Jerman, secara puratanya, wanita menangis di antara 30 hingga 64 kali setahun. Sedangkan lelaki hanya menangis sekitar enam hingga 17 kali dalam tempoh yang sama. Jadi, xheran la kalo tgk pompuan nangis2 selaloo ni. Tempoh tangisan lelaki biasanya berlangsung sekitar dua hingga empat minit manakala sesi tangisan wanita pula kira-kira enam minit. Para penyelidik mendapati wanita menangis ketika dibelenggu sesuatu masalah yang sukar diselesaikan atau apabila teringat kenangan lampau. “Lelaki pula lazimnya menangis apabila mengasihani orang lain atau ketika berdepan dengan kegagalan sesuatu hubungan,” jelas salah seorang penyelidik. Fungsi sebenar menangis masih tidak dikenal pasti. Namun, tangisan dipercayai menjanjikan sesuatu kesan yang melegakan tuan empunya badan.



No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers