matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, September 28, 2009

kechiwa~

aduyai apala nasib aku ni...
ada je yang tak kena...

aku buat bnda tu susah2,
boleh pulak dia buat macam tu...
tak pikir ke apa yang aku

dah buat untuk dia...ish2
bukan susah pn untuk ikut pe yang aku suruh
tp nk wat mcm mane dh die xfaham...
apa aku boleh buat lagi...
tp aku mmg sakit ati gile b**i
lar dengan ape yang die buat...
memamg nmpk kecik n simple..
tp cm lansung xhrmat n hargai

permintaan aku...
tau la excited tp dah org ckp jgn, jgn laa..
apa pasai nk ngade2 nye...
ikut die laa nk wt pe
mlas dh aku nk pikir sal ni...
bek aku tdo..
zzzzzz...

p/s: sgat melampau la kamu ni.!!!



Sunday, September 27, 2009

study mood

ramadhan pn dah lepas,
sudah seminggu pn meninggalkan aku...
musim raye pn dah habis..
cuti 10 hari rasa macam kejap je...
sekarang ni sudah kembali ke puncak alam...
pagi tadi baru sampai..
nasib baik jalan tidak jem teruk...
tidak terasa terlalu penat di buatnya...
saat ni aku mula mengatur dan mengorak langkah
perlahan2 untuk mengubah diriku dari 'raya mood' ke 'study mood'...
cuti raye sudah terbuang melepak di rumah
dengan asseymen entah kemana...
langsung tidak diusik...kesian~
lepas cuti ni ada 5 test yg perlu aku tempuh
lantas memaksa aku memerah otak dan keringat...
nak faham lagi, nak hafal lagi..huhu
bermula ngn test biostatistic,
pastu microbology,
then patholgy
dan tentunya 2 test PNS...
asseyment folio CTU
xprepare pape pn lagi..
nk kna cari rujukan 5 biji buku pulak daah..
dah la lusa ad interview plak..
banyaknye keje...
jom buat asseyment!!!!!!

Sunday, September 13, 2009

rAhsiA di sebAlik ciumAn lelAki 2

Kita sambung pulak pasal ciuman di dahi..
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki
mencium pasangan wanitanya di dahi.
Apakah tandanya?
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,
itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda.
Dan kasihnya begitu kudus.
Anda dapat berasakan getaran kasihnya
pada anda begitu syahdu...hehe~



apa lagi...

aku pernah berjanji dulu
akan aku menjagamu sepenuh jiwa
tak mungkin akan ragu
setia pada hanya dirimu
pada dirimu yang ratu
tiada terlintas langsung
niat untuk menduakan dirimu
namun sesuatu yang tak disangka
selalu menyelubungi kita
aku tak tahu harus bagaimana
semua yang jadi tanda tanya
dimana lurusnya,dimana bengkoknya
aku atau kau atau kita
pedih di hati ini
sungguh ku pilu

Saturday, September 12, 2009

kEtikA ciNtA beRtaSbih.....


















Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


p/s:
mmg ske r lagu ni..lirik ye pnuh mkna..dh la pnyanyi ni aku minat...hehe...sape lg klu bkn auntie melly goslow ni..dia feat ngn amee...laki ni aku xknl..pnyanyi bru kot..muda plak tu..lagu ni dr filem ketika cnta b'tasbih la..adaptasi dr novel dr pnulis yg sme ngn citer ayat2 cinta tu...ape ntah nme dia..aku pn xigt..lgpun,aku sdri blom tgk lg movie ni...nt k0rg dgr n hayati lh lagu ni..bagus bangattt......


Thursday, September 10, 2009

AdA ApA dengAn tAnggungjAwAb...

kalau nak jadi ketua...
kena jaga orang bawah...
kalau nak jadi adik...
kena jaga perangai kat abang...
kalau nak jadi kawan...
kena ambik tahu kebajikan kawan...
kalau nak jadi kakak...
kena ambik berat pasal adik...
kalau nk jadi bf...
kena jaga perangai kt gf...
kalau nk jadi gf...
kena jaga maruah diri...
kalau nak jadi pharmacist...
kena pandai buat ubat...
kalau nak jadi ketua blok...
kena jaga maintanance blok...
kalau nak jadi jurutera...
kena reka produk betul2...
kalau nk jadi suami...
kena sedia jaga isteri...
kalau nak jadi isteri...
kena sedia jaga suami...
kalau nk jadi papa...
kena ada kemampuan...
kalau nk jadi ibu...
kena pandai jaga anak...
kalau nak jadi manusia...
kena ada perikemausiaan...
kalau nak jadi orang Islam sejati...
kena ada agama dalam hati...



so, kita nak yang mana??
kalau kata nabil.. lu pikir la sendiri..
tapi ni aku yang cakap...kita pikir la sama2 k..~

menatap mata mu...



Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Kepuasan :-)

test pharmaceutic td selamat habis dengan berjaye!!!
tak sia-sia aku study semalam sampai tak tidur...
huhu legaaa...!!!!

padahal soalan test senang je kot...10 minit je..hehe
tapi soalan last tu tricky gler.. aku rase aku btol kot yang tu...
mula2 dah kompius, tp nasib baik sempat tukar last minit...
dr wong muka puas je dapat trapped budak2 ni..
nasib baek la aku sempat jeling member sebelah...
kalo tak dengan aku2 sekali lingkup...
mintak2 la dapat tinggi markah test, leh skor untuk carry mark...huhu~

Aaagghh...
ngantok..
nak tido!!!

gelora di pagi test pharmaceutics

Kabus malam tanpa bulan bintang...
Di bawah cahaya yang terumbang-ambing...
Ibarat menjauhi sang hina...
Seribu satu kisah suka duka...
Bingung,keliru,kosong,lohong...
Masihkah ada rasa marah-marah selalu...
Aku tidak pasti,mungkin ada hikmah...
Masihkah ada ruang jika kau tersenyum...
Kacau-bilau,berkecamuk,serba salah...
Batinku lemah bak dipukau,rebah,tergelincir...
Masihkah ada rasa dendam benci denganku...
Rapuhnya harapanku,tetap tegar denganmu...
Masihkah ada ruang tempat ku berteduh...
Sampai jalan yang hujung...
Hujan gerimis membasahi pipi...
Menikmati irama sedih di pagi hening...
Meresap ke seluruh sudut memori...

Wajah kaku memujuk sendiri...
Kenangan,sepi,sayang,yatim,gelora...~




p/s: xhbs lg stdy ceutics ni..hrp2 leh jwb test esk ni..huhu~


Wednesday, September 9, 2009

hari ini..

tarikh yang cantik dan bermakna..
09/09/09...20 ramadhan..
mungkin bagi sesetengah pihak melambangkan sesuatu yang baik dan membawa tuah..
mungkin ramai kot yang pilih tarikh ni untuk propose kt awek masing2..tak pun untuk bertunang atau berkahwin..

takdak idea r nak tulis ape..
penat dan ngantok...~

Tuesday, September 8, 2009

sabar..

Aku harus sabar dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup ini. dugaan yang datang tidak kira dari kiri atau kanan, bawah atau atas, depan atau belakang, luar atau dalam dan dari segenap sudut harus aku tempuh dengan perasaan sabar dan tabah kerana Allah swt. aku tahu semua ini dugaan dan ujian dari maha pencipta lagi maha besar untuk umatnya. aku tidak harus mudah kalah dengan hawa nafsu, hasutan syaitan dan keadaan sekeliling kerana aku mengerti apa balasannya jika aku ingkar arahanNya. Ya Allah ya tuhanku berilah kekuatan kepada hamba-hambamu ini untuk terus hidup berbakti kepada Mu di dunia yang fana dan sementara ini. tunjukkanlah kami jalan yang lurus lagi diberkatiMu.. Amin!!


aku mengharapkan ada sinar kebahagian dan keberkatan pada hari esok. insyaAllah~

Sunday, September 6, 2009

Bersama Rabbani...

Terserampak dengan kumpulan nasyid rabbani kt SACC Mall Shah Alam tadi. Diorang baru habis buat persembahan sempena bulan ramadhan.


Ramai jugak la yang datang, sambil2 shopping kt situ. Bukan senang boleh jumpa Rabbani ni. apa lagi terus lar minta nak amik gambar..hahaha bajet gle aku ni..~ ;D.


Banyak la lagu dorang yang best2 cam pergi tak kembali, intifadha. tapi kali ini rabbani tampil tanpa vokalist asal mereka iaitu Ustaz Asri yg telah kembali ke rahmatullah.


Papepun abang2 rabbani ni memang sempoi lar. Semoga maju dan gigih meneruskan perjuangan islam dalam arena nasyid. gud luck!!!

huahuahua!!!!!!

Rahsia di sebalik ciuman lelaki...sangat menarik untuk dikongsi~hua3

Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya....

Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Sekadar menghilang bosan. Nantikan sambungannye ek..salam :D

Hmmm...Anak yatim lagi beruntung?

Tadi aku baca buku motivasi. Tajuknya Aku Terima Nikahnya 2, Bercinta Sampai ke Syurga.. Buku tu agak menarik juga,tapi aku belum sempat habis baca lagi.~huhu

Aku terjumpa ada satu ayat yang menyatakan anak yang yatim lagi beruntung. Untung macam mana tu. Mungkin ada betul kot pandangan si tukang tulis ni

Setahu aku, bila si anak ni kehilangan ibu bapa, pasti kehidupan si anak akan mengalami kesukaran dan semestinya memberi kesan kepada diri mereka. habis tu di mana untung nya berbeza dengan anak2 yang masih ada ibu bapa.

Kuteruskan pembacaan. Rupa-rupanya ada maksud tersirat yang cuba si tukang tulis ketengahkan. Masakan tidak beruntung, derita anak yang hidup tidak beribu dan bapa terlalu kecil berbanding dengan hukuman allah ke atas anak derhaka. memang betul la apa yang beliau huraikan itu.

aku termenung sejenak, memaksa imaginasiku menuju masa depan. andaikan aku berada dalam situasi demikian. mungkin sukar untuk digambarkan bila kita seorang anak yatim. hanya yang mengalami tahu apa erti yang sebenarnya..

tapi hakikatnya anak2 memang beruntung bila dilahirkan ada ibu bapa. namun, sesetengah ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak2. pada dunia hampir kiamat kini ramai anak2 yang benci dengan ibu bapa mereka sendiri. nauzubillah!!!

Saturday, September 5, 2009

SAMPAI SYURGA!!!!

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Friday, September 4, 2009

SEPARUH PERJALANAN



Siang berganti malam. malam berganti siang.sedar tak sedar kita sudah berada pada 15 ramadhan...

sudah separuh jalan kita menunaikan ibadah fardhu puasa pada tahun ini. sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita...

15 hari sudah ia meninggalkan kita namun amatlah rugi buat sesiapa saja yang leka dan alpa tanpa makna dalam hidup ini...

waima demikian masih belum terlambat untuk kita mengejar isi ramadhan kali ini kerana masih tinggal lagi separuh perjalanan yang perlu kita teruskan dengan penuh pengisian zahir dan batin harapnya..

KETEBALAN MENGHANTUI



Tebal nak mampos buku ni.."APPLIED THERAPEUTICS THE CLINICAL USE OF DRUGS"

Baru je dapat tadi.rm165..patut la mahal,tebal rupenya. Aku ingatkan nipis je.rupa-rupanya tebal tahap dewa punya buku ni.memang scary la..

aku buat 4 volume.senang skit nak belek..tapi bile tengok je ketebalannya membuatkanku berfikir banyak kali untuk baca..huhu~

Dalam ni la semua yang akan aku belajar selama 4 tahun dalam degree farmasi kat puncak alam ni dan sebagai rujukan untuk diaplikasikan time kerja nanti..tabahkan hatimu!!!

Betul Atau Kebetulan

"Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan". Mungkin ye kot...bergantung pada pasangan.
"Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan". Barangkali lelaki tengah pening duk fikir pasal duit banyak habis buat majlis kahwin...
"Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan". Yang ni aku rasa sangat betul....~haha

OH BUNGA!

Siapakah si dia itu?...

Si dia yang sangat kusayangi dan kucintai sepanjang hidupku InsyaAllah..Si dia yang bertakhta di hati kecil ini. Yang membuatkan kujatuh hati kepadanya.

Si dia yang mencorakkan hidupku yang gembira, sedih, rindu, sayang, suka duka, pahit manis.. Yang bisa mengenali dan memahami diriku ini.

Sangat istimewakah dia? Mungkin si dia tahu segala-galanya.

Thursday, September 3, 2009

Kehidupan Anak Remaja




menempuh zaman remaja dengan pelbagai pengalaman, ilmu, sahabat, baik buruk, pahala dosa, masa depan, duit, perempuan, sakit, gembira, matang, ujian....mengajarku erti hidup yang sebenar.

monyet dah tak bongok dah skrg!!!!!

Wednesday, September 2, 2009

syukur...

alhamdulillah..

aku bersyukur kepada mu Tuhan kerana melimpah kan rezeki ke atasku dan umatmu sekalian. lebih - lebih lagi bila dah keluar keretaku yang kedua, myvi 1.3 Sxi kaler putih.

aku amik kereta tu 31 julai 2009. so,dah dekat sebulan lebih la aku pakai kereta tu. namun aku masih rindu pada kereta yang lama lagi..deruman enjin yang jarang sekali myvi lain miliki membuatkan aku terkenangkan nya.

kereta myvi yang pertama dulu yang kaler silver tu aku dah jual. dalam family aku, aku rasa aku paling beruntung dan bertuah kerana aku dah memiliki kereta sendiri pada umur 19 tahun.catat sejarah beb. hahaha

tambah lagi dah pakai dua biji kereta pada umur 19 tahun. tak kisah la yang mana satu pun, yang baru ke lama ke.aku sayang kamu berdua..








SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS


‘SPIDERMAN’ Perancis, Alain Robert mengangkat kedua-dua belah tangan sebagai tanda kejayaannya menakluki puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Tuesday, September 1, 2009

SECEBIS HIDAYAH

Panggilan azan dari ribuan menara yang bertebaran di seluruh pelusuk kota hanya mampu menggugah dan menggerakkan hati mereka yang benar – benar tebal imannya.

Mereka yang memiliki tekad beribadah sesempurna mungkin dalam segala musim dan cuaca seperti batu karang yang tegak berdiri dalam terjangan ombak, terpaan badai dan sengatan matahari.

Ia tiada kenal keluh kesah, tetap teguh berdiri seperti yang diperintahkan Tuhan sambil bertasbih sinag dan malam.

Atau seperti matahari yang telah jutaan tahun membakar tubuhnya untuk memberikan penerangan kepada bumi dan seluruh pelusuk alam maya.

Ia tidak pernah mengeluh, ia tiada pernah mengerang sedetik pun menjalankan perintah Allah

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers