matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, January 4, 2011

Harga minyak 2011 naik lagi. Rakyat pasti naik minyak lepas ni..

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.


Sumber: Malaysiakini

Bila mata dah buta, telinga dah pekak, mulut dah bisu, otak dah bengo, hati sudah gelap inilah jadinya. Lepas satu satu naik. Gula, bawang , sayur dan macam2 lah. Kalau nak naik pun agak2 r. Fikirlah orang kat bawah ni. Pah ceroh naik..tapi gaji tak naik2..

Bila harga gula naik, menteri suruh rakyat kurangkan gula, penyakit jaga kesihatan. Bila harga sayur naik, menteri suruh rakyat tanam sayur sendiri. Bila harga minyak naik menteri cakap ini kira dah rendah kalau nak banding dengan negara jiran. Lepas ni rakyat digalakkan guna pengangkutan awam. Bila harga barang naik, menteri suruh berjimat cermat, ubah cara hidup.. Piiirraaahhh.. Bab cakap memang la senang kan. Yang kena ni lah yang menanggung segala kesan.

Gua bukan pakar ekonomi nak bahas menatang ni semua. Yang gua tahu bagi otak gua setakat diploma,ijazah pon takda, ini semua ni tak patut. Kerja membodohkan rakyat. Lantak lah. Nak setuju setujulah, tak nak setuju tak yah setujulah. Adios...~


Ingatkan datang Puncak Alam ni bolehla...

Ingatkan bila datang kat Puncak Alam ni boleh la jugak basuh kereta. (macam lama gila je tak basuh). Tapi harapan tinggal harapan jek. Kat kampung tak yah cakap la. Memang sia sia je basuh kereta memandangkan musim tengkujuh tengah melanda tempias dari angin monsun timur laut. Basuh kereta awal pagi sekalipun, belum tentu dapat bertahan lama. Kalau tidak petang tengah hari sudah berjumpa dengan incik hujan.

Datang2 puncak alam ni agak terasa la lain panasnya. Pakaian pun banyak berjemuran. Tapi kusangkakan panas 2-3 hari rupa rupanya setiap petang hujan. Aduyai..Memang tak basuh lagi la kereta gua tu. Kalau lama tak basuh tambah lagi hari2 mandi hujan boleh rosak woo warna. Nak wat camna ini semua kehendak Yang Maha Esa. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Dan Allah jualah sebaik baik perancang.

p/s: Kalau musim hujan di Kelate mesti makan putu halba.


p/s: Hospital Sungai Buloh.. wait for me..hahhahaha

Attachment Hospital Pharmacy kat Hospital Sungai Buloh 
8 Feb - 12 Mac 2011
Jarak antara Puncak Alam dengan sepital lebih kurang 23 km
mengambil masa lebih kurang 40 minit


Monday, January 3, 2011

Rezeki mencurah curah buat Khairul Fahmi

Setelah berjaya menunjukan prestasi terbaik dalam Piala Suzuki AFF 2010 baru baru ini Khairul Fahmi Che Mat @ Apex tidak semena mena menjadi begitu fofular. Hampir semua orang memperkatakannya dikira di medium apa sekali pun surat khabar mahupun internet. Sampai kekasihnya si Elia pun turut menerima tempias. 

Terbaru KFCM dihadiahkan rumah oleh Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangannya berjaya membantu negara dalam menjuarai Piala Suzuki AFF. Pengumuamnya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangannya ke Kelantan.





p/s: Tahniah atas penghargaan tersebut. Diharap lu tidak cepat berpuas hati dan megah dengan kejayaan kecil. Gua harap lu akan terus menunjukkan kehebatan kerana usia lu masih muda. Gomo Apex Gomo.. Gomo Kelate Gomo.. Gomo Malaysia Gomo..kah kah kah 

Sumber: Kelate.net
Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers