matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, May 29, 2010

Siapa kata Ultraman Tough ~ Title tiada kaitan dengan entri..haha


Mark Zuckerberg, pengasas Facebook

Anda mungkin biasa dengan laman web Facebook dan mungkin giat menyertainya setiap hari.  Namun Facebook (FB) yang dimiliki oleh seorang pemuda jutawan berbangsa Yahudi ini merupakan sebuah laman web sosial yang kerap mencetuskan kontroversi kerana sikap keterbukaan terhadap anti-Islam dan layanan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan muslimin Palestin, forum terbuka yang menghina Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad.  

FB yang menjana pendapatan 0.15 sen bagi setiap klik pengunjung (pay-per-clik) pada iklannya dan dengan pendapatan itu, pengasas FB iaitu Mark Zuckerberg yang juga merupakan pakar komputer berjaya menjadi bilionare pada usia 25 tahun.  (Namun ada sumber menyatakan bahawa sebahagian wang tersebut disalurkan kepada pihak tertentu)

Pakistan merupakan antara negara yang menyekat pengaksesan terhadap laman web ini telah mewujudkan satu laman web sosial alternatif bagi para Muslim di seluruh dunia dan turut menjemput pengganut agama lain menyertainya. Enam orang anak muda yang terdiri daripada profesional IT dari Lahore iaitu sebuah kawasan kebudayaan dan hiburan di Pakistan telah membangunkan sebuah laman web yang diberi nama Milatfacebook
  

Milatfacebook (MFB) telah menerima 4300 ahli pada tiga hari pertama dilancarkan dan sambutan yang diterima setiap hari amat menggalakkan.  MFB menggunakan wajah dan kaedah yang hampir serupa dengan FB bagi menarik minat mereka yang telah sekian lama terbiasa menggunakan FB.  Semoga kita sama-sama memanfaatkannya dan dapat menyebarkannya kepada rakan-rakan lain. Sila layari www.millatfacebook.com/

Friday, May 28, 2010

Kalau pakai tudung saji takpela..




KES DERA - Bapa pukul anak kerana anak nak Pakai Tudung!!! Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku...huhu.Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenaper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.


Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi.Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak...!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! 


Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!". Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak..."Panggg....!! Abah labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! Ooooooo..... tidakkkkkkk.. Hahahaha....so funny. Awal-awal baca macam sedih la jugak. Habis je baca cerita ni, aku pun rasa macam nak lempang laju-laju je budak tu. Alim tak bertempat.

Monday, May 24, 2010

Perjalanan Ke Kuala Lumpur


Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, gua singgah sebentar di Raub untuk merehatkan diri dan juga berhenti untuk makan malam dan sembahyang jamak. Seperti biasa bila keseorangan memandu kereta gua tidak memilih sangat untuk makan dan tempat yang paling senang gua berhenti je kat depan pejabat TM Raub yang sebelahnya juga terdapat masjid.

Sementara menunggu makanan sampai tetiba gua ternampak ada seekor cicak melekat di siling dekat luar kedai itu. Sambil merenung apa yang dibuat oleh cicak tersebut tanpa disedari minda gua sedang berfikir fasal cerita superhero malaysia iaitu cicakman. Filem itu diterbitkan oleh syarikat KRU dan pengarahnya kalau tak silap ialah Yusri.


Berbalik kepada hal cicak ini bermain di fikiran gua kenapa la haiwan yang bernama cicak ini yang diangkat sebagai superhero. Menurut filem tersebut cicakman ini mampu menyelamatkan manusia dari serangan anasir jahat yang diketuai oleh Professor Klon di Kota Metrofulus. Gua tidak mahu ulas panjang kerana tidak mengingati sepenuhnya dalam filem itu, sekadar menonton untuk menghilangkan kebosanan.

Sebelum ini gua ada la dengar ceramah yang mana cicak itu sunat dibunuh. Mengikut apa yang gua tau (kalau silap tolong betulkan ek) berkenaan Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah termasuk la peristiwa semasa Rasulullah dan sahabat, Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di Gua Tsaur ketika dalam perjalanan ke Madinah. Mengikut yang diceritakan peristiwa labah-labah membuat sarang di pintu gua supaya musuh tidak tahu baginda dan sahabat berada di dalam gua itu sebelum seekor cicak berbunyi membuatkan rahsia itu diketahui Abu Lahab yang ketika itu berada di luar gua itu.



Apa yang mahu ditimbulkan di sini ialah di Malaysia kita duk sibuk buat cerita tentang cicak (Cicakman) sedangkan di negara barat buat cerita tentang lelabah (Spiderman). Adakah ini suatu kebetulan kalau kita ingin mengaitkannya dengan peristiwa Hijrah tersebut. Atau mungkin ini adalah satu usaha Yahudi untuk memesongkan umat Islam walaupun kita sedar watak Spiderman itu seiring dengan karekter penyelemat dalam kedua dua situasi ini dengan pertolongan Allah. Hal ini secara tidak langsung kita akan lalai lantas terlalu menggagungkan karekter tersebut yang dimainkan oleh pihak Barat.


Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.

Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. 

Think, Think and Think... :-)

Tuesday, May 18, 2010

Hari indah

Aku rasa hari ini awan kat kota bharu ni sungguh cantik..haha

Friday, May 7, 2010

Pulau Perhentian~

Enjoy gile pergi trip kt pulau perhentian ni.. Lepas letih study untuk final exam,lepak kt pulau ni mmg bez sgt..

Tuesday, May 4, 2010

Sebelum paper last

TAK 
SABAR 
NAK 
HABISKAN 
PAPER 
CHEMOTERAPEUTICS 
DRUG 
UNTUK 
SEM 
NI

DAN 

TAK 
SABAR 
NAK 
PERGI 
BERCUTI 
KAT 
PULAU 
PERHENTIAN
SEMOGA
BOLEH
JAWAB
EXAM 
LEPAS
NI

Monday, May 3, 2010

Cakap bangang marah pulak

Sebelum ini kita pernah dengar isu air antara malaysia dan singapura. gua tak tau la nak kata apa dekat pemimpin negara kita sampai bermurah hati sangat dengan negara luar. malaysia jual air kat singapura hanya dengan harga 3 sen untuk 1000 gelen. kalau setakat 10 tahun gua tak kisah beb. tapi ni perjanjian selama 100 tahun bro..yang dibuat apada tahun 1960 kalau tak silap gua..bermaknanya di sini pada 2060 barulah tamat perjanjian ini.. 


Tapi bila gua tengok dan fikir balik, mungkin la ni silap kita.. boleh accept la kan.. mungkin pemimpin dulu tak dapat meramal situasi ini akan berlaku. ini kerana perjanjian ini dibuat semasa singapura masih lagi berada dalam malaysia dan pada tahun 1965 baru singapura keluar dari gugusan malaysia.   


tapi sekarang ni aku ingat pemimpin malaysia sudah belajar dari kesilapan.. rupa- rupanya sama saja apa tindakan mereka semua..bangang agaknya..maaf la kasar sikit.. apa tidaknya bagaimana kawasan cari gali minyak kita di blok L dan M telah tergadai kepada Brunei.. menurut sumber kawasan ini bernilai hampir 320 billion ringgit.. bukan 320 ribu sayang tapi 320 billion!!! kawasan ini yang asalnya milik negara kita telah terlepas kepada brunei pada zaman pemerintahan pak lah badawi dan lagi teruk lagi kita mungkin hilang hak persempadanan laut. apekesni bro??


sungguh senang khazanah negara terlepas ke tangan orang asing.. dulu dengan koridor wilayah pembangunan iskandar yang gah pada nama saja yang mana banyak telah diconquer oleh rakyat singapura. atas dasar pembangunan habis tanah hak milik melayu yang dibeli oleh kerajaan yang kononnya menjana pelaburan negara tapi hakikatnya pemilikan tanah negara telah lesap dimamah orang asing. itu belum cerita bab pertidihan hak ke atas pulau batu puteh dengan singapura juga yang mana kita kalah...


tengok keadaan begini tak tahu la apa lagi musibah yang akan berlaku selagi kepimpinan sekarang tidak berubah. apa gunanya menteri kabinet kalau tidak dapat memberi pandangan baik atau buruk kepada PM.. kalau setakat nak "yes boss" dan nak jaga kepentingan jawatan dalam kerajaan baik tak payah jadi menteri..bacul itu namanya.. 


pernahkah mereka fikir yang rakyat di bawah ini memangkah dan memenangkan kamu untuk menjadi suara kami di parlimen..?? pernahkan mereka dengar rungutan kami semua?? pernahkah mereka fikir yang kamu dipilih untuk menjagauruskan khazanah negara dengan sebaik mungkin?? pernahkah mereka fikir yang khazanah negara itu bukan milik kamu, menteri kamu, keluarga kamu, kerajaan kamu?? tetapi milik allah swt buat rakyat malaysia..


APA YANG KITA ADA SEKARANG??
KHAZANAH DAN ASET NEGARA MAKIN BERKURANG
LAMA- LAMA TINGGAL NAMA SAJA..
MARUAH NEGARA SEMUA TERGADAI..
GUA TAK SANGGUP BEB!!!!

Sunday, May 2, 2010

Tak lama dah


Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.
Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers